Subscribe:

Pages

Sunday, 29 July 2012

Lagu Melayu paling Best Setakat Ini..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

nak share 1 lagu best ni..memang best la..tak boring pun dengar banyak kali..bukan budak-budak je yang suka lagu ni..orang tua pun ada yang suka jugak..nak tau lagu apa sila la tengok video youtube kat bawah ni..siyess memang best..tak rugi kalau dengar..5 bintang lagu ni..hehe..moh le kite layan..


 amacam??best kan lagu ni..

Thursday, 26 July 2012

Kata-kata Hikmah Dari Legenda

"When we stand together as a family, we can achieve great things"
(Kenny Daglish)     

"You must believe that you are the best and then make sure that you are"
(Bill Shankly)

Tuesday, 24 July 2012

Malaysia 1 - 2 Arsenal

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Gol dijaringkan oleh :
Malaysia : Azmi Muslim 45'
Arsenal : Eisfeld 84', Aneke 89'

tengok corak permainan Malaysia tadi ingatkan dah boleh menang dah tapi Arsenal tiba bangkit pada saat2 akhir untuk menjaringkan 2 gol pada saat2 akhir permainan..corak permainan Malaysia agak cun juga la malam ni..dah boleh nak bersaing dengan Arsenal..perlawanan yang agak menarik juga malam ini..apa2 pun walaupun kalah tahniah Harimau Malaya sebab beri saingan sengit perlawanan menentang Arsenal malam ni..

Saturday, 21 July 2012

Kembali Bekerja

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan ni..Bulan Ramdhan bulan penuh keberkatan..hari kedua berpuasa bermakna dah masuk hari kedua bekerja..tapi bukan nak kerja sangat pun..cuma nak menolong kawan kat kedai untuk mengisi masa lapang disamping juga untuk menguatkan otot dan mengisi poket yang semakin kosong..hehe..kerjanya hanya angkat makanan2 beku yang dibekalkan ke tauke2 bazar ramadhan berdekatan..tapi masa kerjanya agak lama..dari pukul 8 pagi sampai 6 petang..masa tu tak dapat la nak online..dah balik kerja baru boleh online..pastu malam pula tidur awal..semalam sebelum pukul 10 dah tidur dah..mungkin disebabkan 1st day puasa tidur tak cukup..dan mungkin juga keletihan yang amat sangat sebab agak dah lama tak kerja..dah 3 tahun tak kerja..sekarang kena aktifkan badan balik..lemak2 kemalasan yang berkumpul kat badan ni kena dinyahcaskan secepat mungkin..
ok2..nak bersiap sedia untuk berkerja pula ni..


SELAMAT BERPUASA SEMUA
JANGAN PONTENG PUASA YE

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

niat puasa..

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua yang menjalani ibadah puasa..
Terawih dan Sahur jangan lupa ye..
Berbuka berpada-pada..
kawal nafsu makan tu..
bulan puasa ni la bulan untuk kita berjimat cermat..
kalau bulan biasa sehari makan RM 10..
bulan puasa ni jadikan lah sehari makan RM 5 atau kurang..

"Jika datang Bulan Ramadhan,
maka akan terbuka pintu Syurga,
tertutup pintu Neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu dirantai"
(Hadis Riwayat Muslim)


SELAMAT BERPUASA
MAAF SEKIRANYA ADA MEMBUAT KESALAHAN

Wednesday, 18 July 2012

Dulu Boring..Sekarang Tak Boring Lagi Dah..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sebelum ni kalau time drive je drive laju2 walaupun kereta tak laju tapi tetap rasa macam laju..boring punya pasal,pedal minyak tetap ditekan sampai ke lantai..time jalan jauh punya la bapak boringnye..kena pulak time jalan jauh drive sorang2 je..lagi la tersangat boring..lalu jalan bukit Grik..pastu lalu pula jalan Muadzam Shah..sebahagian besar perjalanan dikelilingi oleh hutan2 dan pokok kelapa sawit..permandangan yang hijau menyegarkan mata..

setelah berfikir semasak-masaknya sampai hangit macam mana nak hilangkan boring ni, maka berlakulah satu pembaziran yang teramat dasyat ketika diri sendiri diambang kemelesatan ekonomi akibat pokok anggur yang ditanam tidak membuahkan hasil..maka terpasang la woofer rambut terpacak ni atau nama sebenarnya Woofer Mohawk Silver 12 inci..siap dipasang sekali dengan monoblock yang disaat ini lupa jenama apa, speaker Mohawk 6.5 inci, Caliber pre amp, Sony DVD Player dan JBL Tweeter..pastu balik rumah dengan poket kosong..malam tu sebelum tidur mula la duk fikir membazir je aku pasang benda ni..hehehe..

giler bersepah dalam bonet kereta..hahaha..camni la sepahna dari dulu sampai sekarang..

hasilnya sekarang drive kereta dah tak macam dulu..dah pandai drive slowly..kalau dulu ke bandar hanya ambik masa 20 minit, tapi sekarang kalau tak cukup masa setengah jam maknanya tak sampai lagi la ke bandar tu..nak jalan jauh pun dah tak boring macam dulu..masuk je dalam kereta buka volume sekuat yang boleh mengeggarkan side mirror kereta dan drive kereta dengan kepala yang bergoyang-goyang..marilah bergoyang (ulang 2 kali macam kalu apa ntah..hehe)..dah macam disko pun ada cuma lampu kelip-kelip je yang takde..hehehe..lepas ni kalau pokok anggur dah membuahkan hasil, kalau boleh nak upgrade letak 1 lagi woofer biar body kereta pulak yang bergegar..hahahaha..

macam ni la bila sesuatu benda dah menjadi kegilaan..walaupun duit cukup2 makan namun tetap juga berusaha untuk menghabiskannya..ada sorang orang muda tu cakap masa ada duit ni la kita habiskan..dah takde nanti kita cari la balik..hehehehe

Monday, 16 July 2012

Terengganu Juara Sukma dan Ahad Cuti Umum Untuk Negeri Terengganu..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sukma sudah melabuhkan tirainya..seperti yang dijangka Terengganu mempertahankan kejuaraan keseluruhan sukma untuk keli keempat berturut-turut dengan 62 Emas, 24 Perak dan 31 Gangsa jauh meninggalkan Selangor ditangga kedua dan Pahang ketiga..dan seperti yang dijangka juga hari ahad bersamaan 22 Julai 2012 sudah diumumkan sebagai hari cuti umum untuk seluruh negeri Terengganu..



Terengganu Hanelang..
memang nelang..

Renungi kata2 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Renungi kata2 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yg zuhud. Menteri Besar Kelantan.

"BILA KITA SUSAH, kadang-kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Allah. Sebab tu orang susah merupakan orang yang rapat dengan ALLAH SWT.
Kerana itu, saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama dengan orang-orang yang susah yang DOA MEREKA LEBIH MUDAH DITERIMA kerana rapatnya mereka dengan ALLAH SWT."
LIKE&SHARE ✔

Saturday, 14 July 2012

My Favourite Band / Artist

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

My favourite band..layan habis..

1. of course la band legend..The Beatles..John Lennon, Paul Mccartney, George Harrison, Ringgo Starr..legends2..

2. sape lagi kalau bukan Weezer..

3. next, Green Day..

4. next, Coldplay..

5. next, Sum 41..

6. after that, The Strokes..

7. and then, My Chemical Romance..

8. and finally selepas 6 band kat atas ni band orang putih, ada juga band dari Malaysia..yeah..Butterfingers..

ni la antara yang ter favourite..ada lagi band2 lain yang favourite tapi tak selalu layan macam band atas ni..yang atas ni boleh dikatakan memang setiap hari dengar la..lagunya memang syok..ada yang keras..ada yang lembut..dan ada yang sedan-sedan saja..

apa??justin bieber..sorry..tiada sikit pun terdetik dihati nak minat justin bieber..takde dalam senarai pun..hehehe..

Wednesday, 11 July 2012

Rindunya Nak Jadi Cikgu Kembali

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

setelah hampir sebulan menamatkan kerjaya sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Vokasional Butterworth, diriku masih lagi menjadi penganggur terhormat..perasaan rindu nak mengajar masih lagi menebal tatkala memikirkan pengalaman dan memori indah semasa di sekolah..semangatku untuk mengajar masih lagi berkobar2..berkobar-kobar..berkobar-kobar..giler skema ayat..hahaa

Ya Allah bantulah hamba Mu ini..cepatkan lah proses interview dan posting kami..jika aku memang dah ditakdirkan untuk menjadi seorang guru, permudahkanlah segala urusanku..jika sebaliknya, aku berserah pada Mu..bantulah aku untuk mencurahkan bakti kepada agama dan masyarakat..sesungguhnya Engkau yang mengetahui segalanya..Amin..

 Guru pelatih bersama pengetua, penolong kanan dan ketua2 bidang..

 barisan guru pelatih SMVBw..dalam banyak2 kumbang terselit sekuntum bunga..

ini pula kumbang dikelilingi oleh bunga2..

sekarang kena mencari kerja sementara menunggu posting yang entah bila..harapan sebelum puasa ni dah dapat kerja..so sape2 ade keje yang nak di rekemen kan boleh PM..taknak lah jadi penganggur lama sangat..tersangatlah boring..hari2 duk menghadap laptop je..dah jadi macam anak dara zaman dahulu tak kuar rumah..anak dara sekarang ni ramai yg kuar rmh..hehe

sebelum nak tutup entri ni jom la kita berhibur dulu..
lagu yang terpilih kali ini adalah : baca la sendiri kat bawah tu..


sekian terima kasih..

Monday, 9 July 2012

Rokok dijangka lebih mahal



KUALA LUMPUR - Harga rokok negara ini dijangka naik selepas negara-negara anggota ASEAN bersepakat mengeluarkan produk berasaskan tembakau daripada senarai dalam perjanjian perdagangan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) menjelang tahun 2015.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenaikan harga rokok tidak dapat dielakkan apabila urus niaga import dan eksport tembakau akan dikenakan cukai lebih tinggi.

Menurutnya, tindakan tersebut juga bertujuan mengawal penjualan tembakau dalam kalangan negara-negara anggota serantau.

"Ia merupakan salah satu langkah ASEAN menurunkan kadar merokok dalam kalangan perokok dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap amalan gaya hidup sihat," katanya.


sumber : kosmo

rokok makin lama makin mahal..perokok pula makin lama makin bertambah..perokok2 di luar sana jom la kita berhenti merokok..sekarang hampir memasuki bulan Ramadhan dah..kita akan berpuasa selama sebulan untuk yang beragama islam..kalau masa siang kita boleh untuk tidak merokok mungkin malam pun kita boleh teruskan untuk tidak merokok..tak larat dah nak tanggung rokok ni..kalau sekarang RM 10.00 sekotak..akan datang tak tahulah berapa harganya..jalan yang senang adalah berhenti merokok..bukan senang nak berhenti tapi dengan keinginan dan azam yang kuat disamping mendapat dorongan dan sokongan dari sahabat2 dan keluarga insyaAllah semuanya akan menjadi mudah..

KATAKAN TAKNAK MEROKOK atau KATAKAN TAKNAK ROKOK MAHAL

Sunday, 8 July 2012

Hahaha..this make me wanna laugh so hard.

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sebagai penyokong Liverpool tegar sejak dari kecik lagi terasa nak gelak guling2 la tengok gambar ni..

daddy oh daddy..why u wearing me this jersey..i dont like it..and i'll never walk alone..
YOU'LL NEVER WALK ALONE KID!!


Manchester United Fan jangan marah..

sorry english gua tak dapat A masa SPM..cukup2 makan je..tapi tetap nak taip english jugak sikit2..so kalau ada kesalahan tatabahasa tu harap maafkan lah ye..hehehe

Friday, 6 July 2012

Pulau Dayang Bunting

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

tengah asyik duk tengok gambar masa melancong kat Pulau Langkawi bulan Februari yang lepas terjumpa pula gambar pulau kat sekitar Langkawi ni..namanya Pulau Dayang Bunting..Pulau Dayang Bunting adalah salah satu pulau di sekitar Pulau Langkawi yang menjadi tempat kunjungan ramai pelancong dalam dan juga luar negara..amat rugi sekiranya anda ke Langkawi namun tidak singgah ke Pulau Dayang Bunting ini..ini adalah antara tempat-tempat yang menarik di malaysia..so apa lagi..pergilah melancong..cuti-cuti malaysia..

namun tahukah anda kenapa pulau ini dinamakan Pulau Dayang Bunting?tengok gambar kat bawah ni..gambar ini diambik sendiri ye..bukan copy paste atau minta dengan pakcik google dan atuk yahoo..


Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi saksi yang bernama Dayang Bunting..kat gambar tu jelas nampak seolah2 gergasi Dayang Bunting tengah tidur..jelas nampak seolah2 bahagian kepala,dada dan perut yang tengah bunting tak tahu la anak yang ke berapa..bahagian kaki juga nampak sebenarnya jika ditengok disebelah yang lain..sebab itu la pulau ini dikenali Pulau Dayang Bunting..

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir..Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting..Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau..Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak..Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah..Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja ..Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki untuk disewakan kepada pelancong..air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Rujukan : Wikipedia

Thursday, 5 July 2012

Bangunlah Dari Tidur Yang Panjang..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

agak lama dah membiarkan blog ni terabai sehinggakan sawang sudah memenuhi blog..sekarang perlukan masa untuk membersihkan blog daripada sawang2 yang bebas bergelumang dalam blog ni..bila dah tiada kerja ni terasa macam mahu kembali aktif menaip namun memikirkan kepala otak yang berserabut tahap gaban ni macam agak susah nak kembali aktif menaip..setelah 2 minggu habis belajar, sekarang adalah masa untuk mengformat kembali kepala yang penuh nga nota2 dan asigment..dah clear nanti baru boleh memikirkan sama ada mahu aktif menaip atau pun tidak..kalau aktif maknanya aktif lah..kalau tak aktif maknanya lagi bersawang la blog ni..cukup setahun kena upah cleaner untuk bersihkan blog ni..nanti siapa mahu jadi cleaner boleh la hantar tender ye..siapa yang datang dengan harga dan servis yang terbaik akan dipertimbangkan..

ok malas nak membebel panjang2..
idea tak datang mencurah ke ladang gandum lagi..
nah layan lagu Butterfingers ni..
kembali..kembali kepada peringkat pertama..
bla bla bla bla...
Butterfingers - 1000 tahun


sekian terima kasih..