Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
Tanggal 12/4/2012 adalah tarikh bersejarah bagi Sekolah Menengah Vokasional Butterworth (SMVBw) kerana telah selesai diaudit oleh MPC dan dianugerahkan sijil 5S.
Satu pencapaian yang cemerlang bagi SMVBw setelah 4 bulan berpenat lelah melakukan aktiviti SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.
Markah yang diberikan juga amatlah tidak menghampakan iaitu yang tertinggi di bahagian utara setakat ini.
Satu kepuasan apabila hasil kerja kita diiktiraf dan ini menaikkan lagi semangat untuk menaburkan bakti sebaik mungkin di SMVBw ini sehingga tamat latihan mengajar yang tinggal lebih kurang 5 minggu lagi..
dan selepas ini boleh tumpukan sepenuh perhatian untuk sesi P&P sahaja..
dan juga boleh tidur dengan lenanya..
sekian terima kasih..





