Subscribe:

Pages

Tuesday, 20 March 2012

Selamat Pagi Cikgu 4 : Sudah Selamat di Observe..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi..
tanggal 20/3/2012 menjadi sejarah kecil dalam hidup..
akhirnya berjaya di observe latihan mengajar untuk kali pertama..
pensyarah yang observe adalah Haji Ashari bin Sikor..
guru pelatih yang pertama kena observe kat SMV Butterworth..
terasa melepaskan beban 200kN ke tanah..hehe..
hari ini mengajar amali mesin berkuasa..

rasa gementar tu memang ada la ketika di observe..
dengan perangai pelajar2 yang sebelum ini tak terkira nakalnya..
tapi hari ni tak macam hari2 yang sebelumnya..
pelajar agak memberi kerjasama yang memberangsangkan..
kalau dulu nakal tak ingat dunia..
hari ini baik pula seperti budak tak bersalah..
harap2 baiknya untuk selamanya..

selepas di observe pun ada lagi gementarnya..
gementar nak mendapatkan result..
takut kena hentam teruk2..
memang dah merasakan akan dihentam teruk2 sebab rasa mengajar tadi tak berapa nak ok sangat..
namun ku sangka hujan sampai kepetang, rupanya panas ditengah hari..
apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..
pensyarah yang observe cakap dia puas hati dengan apa yang cikgu ajar..
cara demostrasi menunjukkan macam cikgu ni seorang cikgu yang terlatih..
pemantauan pun berjaya dibuat dengan ok..
komen dari pensyarah pun kurang yang negatif..
ada sikit yang kena perbetulkan dan tingkatkan..
dan yang paling teruknya adalah bahagian penulisan..
bahagian penulisan rancangan mengajar harian dan mingguan banyak kena betulkan..
nasib baik la pensyarah beri masa sampai hari khamis ni untuk betulkan..
kalau tak memang rendah la markah yang dapat..

dah setel bahagian observe, kena pula masuk balik bahagian 5s..
hari ni balik dari sekolah pukul 5.30 sebab buat 5s..
dan jap lagi pukul 8 malam akan ke asrama sekolah untuk buat 5s juga..
badan dah terasa letih tapi demi tanggungjawab akan digagahkan juga..
walaupun 5s kat asrama bukan tanggungjawab cikgu untuk minggu ni kerana untuk minggu ni guru pelatih tidak boleh diganggu untuk memberi ruang untuk observe..
dan esoknya pula dari pagi sampai petang akan ke Stadium Bertam untuk urus pertandingan olahraga peringkat negeri kalau tak silap..
untuk belajar, badan yang letih tak menjadi hal sangat..
asalkan memiliki keazaman yang tinggi..

ok tak nak dah berceloteh panjang..
nak bersiap g asrama la..
kembali lagi pada hari akan datang..
sekian terima kasih..

Sunday, 18 March 2012

Cuti Sekolah Sudah Habis..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

cuti sekolah sudah habis maka kesibukkan akan muncul sekali lagi..
sekarang ni pun agak busy menyediakan bahan-bahan yang akan diajar esok disamping membuat rancangan mengajar dan laporan harian semasa di sekolah..
masa cuti sekolah duk bercuti sakan..
dah habis cuti sekolah baru duk kalut nak siapkan semua..
al maklum la baru je habis belajar, so perangai masa belajar tu masih tak berubah..
bawa printer pulak toner lupa nak bawa..
sia-sia je bawa printer tapi tak leh nak guna..

kali ni tak nak membebel banyak-banyak..
banyak lagi kerja yang tak setel..
kalau membebel banyak ni nampak gayanya memang tak siap la kerja..
kesian pelajar-pelajar tak dapat pengajaran yang terbaik esok..
semperna cuti sekolah yang dah habis ni cikgu tinggalkan entri ni dengan 1 gambar bercuti kat cameron yang lupa nak upload hari tu..
1 je..tak leh banyak-banyak..
nanti jatuh pulak market..hahaha..


macam sikit pulak 1 je..
tambah 1 lagi la masa bercuti kat langkawi..hehe..


dah2 gi wat kerja..
sekian terima kasih..

Saturday, 17 March 2012

Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah

KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.

Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.

Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.

“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.

Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.

“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.

Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.

sumber : harian metro

Fabrice Muamba 'critically ill' after collapse


Bolton Wanderers midfielder Fabrice Muamba is in a critical but stable condition after collapsing on the pitch, according to statements released by his club and the hospital where he is being treated.

Muamba slumped to the turf in an FA Cup tie against Tottenham at White Hart Lane, and underwent several minutes of CPR and defibrillation before being taken to the London Chest Hospital.

The incident took place with nobody around him in the 42nd minute of the match, which was later abandoned by referee Howard Webb.

Medical staff spent several minutes attempting to resuscitate him using CPR and a defibrillator. Muamba was eventually carried from the pitch on a stretcher as doctors continued to attend to him.

Muamba was born in the Congolese capital of Kinshasa, but came to Britain at an early age with his family. He graduated through the youth ranks at Arsenal, and was a regular for England at Under-21 level.

Since joining Bolton from Birmingham City in 2008, Muamba has made 148 appearances for the Trotters.

video muamba collapse


sumber : uk.eurosport

Friday, 16 March 2012

Juara vs Champion..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

siapa yang tak mahu menjadi juara..
jika diberi peluang ingin sekali lagi mengalami detik menjadi juara..
dan sekarang masih mencari dan menunggu peluang..
peluang yang pasti kali ini tak akan disia-siakan..
sudah banyak peluang yang disia-siakan..
terbit juga penyesalan di hati ini..
namun nasi sudah menjadi bubur..
sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna..
dah gagal baru nak menyesal dah tak berguna..
sekarang pandang ke hadapan dan perhatikan peluang yang ada untuk kita..
ayuh rebut segala peluang dan berjuang sedaya upaya..
berjuang kearah kebenaran..
jangan sesekali kita menang dengan taktik kotor..
pastikan kejuaraan menjadi milik kita..


sekadar gambar hiasan

sekian terima kasih..

Wednesday, 14 March 2012

Cuti-cuti Sekolah : Cameron Highland..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Langkawi sudah ku terjah..
kini giliran Cameron Highland pula yang menjadi destinasi pilihan..
time cuti sekolah camni la boleh g holiday..
walaupun masa ni rate hotel agak mahal tapi best sebab meriah sangat2..
sampaikan jalan jammed kat cameron tu..
agak sejam lebih jugak la terperangkap dalam jammed tu..
nasib baik seliuh kaki duk tekan brek & clutch..hehehe..


perjalanan dari penang ke cameron tak la jauh sangat..
kalau bawa ikut had laju yang dibenarkan dalam 4 jam sampai la..
dah sampai cameron tu memang sejuk giler la..
terketar2 macam duk oversea time musim sejuk..
kena pulak time malam dan lepas hujan..
bagi yang dah kahwin time ni memang best la..hehehe..

duk kat cameron ni agak sekejap jugak la..
hanya sempat jalan2 kat ladang tea, strawberry farm, cactus farm dan roses farm..
rombongan kami seramai 4 orang sampai cameron 10/3/2012 dan balik 11/3/2012..
disebabkan cuti sekolah dan ramai sangat kat cameron tu, hotel banyak yang dah penuh..
nasib kami baik sebab dapat hotel kat Brinchang..
kalau tak silap nama hotel tu KAVY HOTEL..
tu kalau tak silap la..
kalau silap harap maafkan ye..hehe..


yang paling best kat ladang tea la..
ladang tea yang kami g tu diberi nama Cameron Valley Tea Bharat Plantations..
agak luas ladang tea tu..
camne la pengutip tea tu kutip daun tea nak kena panjat bukit yang tinggi lagi..
mahu berketul2 muscle kat betis dan paha orang tu..
tea o ais limau kat situ pun best..
walaupun harga tea o ais limau kat ladang tea ni 5 kali ganda dari kat kedai biasa tapi rasanya amat memuaskan tekak yang dahaga..
memang kaw la..hehe..


lepas puas bermain2 di ladang tea, kami singgah pula di Strawberry farm..
tapi kedatangan kami ni agak terlewat jugak la..
abis semua dah strawberry masak dah dipetik orang..
yang tinggal hanya la yang hijau dan separuh merah..
tak dapat la nak memetik strawberry sendiri..
terpaksa la beli strawberry yang dipetik oleh pekerja kebun tu..
kenyang juga makan strawberry tu..
seharian duk makan strawberry sampaikan nasi pun lupa nak makan..


singgah cactus farm terjumpa la cactus besar ni..
rasanya harga cactus ni agak mahal la..
nak beli yang besar tu takut nanti tak muat pulak nak letak dalam kereta..
so beli la cactus yang kecik dan murah..
RM10 dapat 6 pasu cactus..hehehe..
sesuai la untuk beginner memulakan hobi baru..
nanti nak bela sampai jadi besar macam cactus gergasi tu..
pastu jual balik kat cameron tu dengan harga 1000 kali ganda..
kayo..pakcik kayo..hahahaha..


dan kebun terakhir sebelum balik adalah roses farm kalau tak silap namanya..
kat situ ada banyak bunga2..
bukan bunga roses je yang ade..
bermacam2 sampaikan lupa nama bunga tu..haha..
bunga kat situ memang cantik2..
rasa macam nak petik je semua untuk bawa balik rumah..
tapi kalau nak makan penampar cuba la buat camtu..hehehe..


dah puas bermain2 kat roses farm tu, apa lagi balik rumah la..
masa tu bertolak dari cameron pukul 7 malam..
dalam keadaan yang gelap dan berkabus dan jalan berbukit bukau kereta pun terpaksa la di slow kan..
tapi dah masuk highway tu kereta kembali beraksi seperti luar biasa..
dan sampai kat penang pukul 11.30..
dah siap hantar member semua, sampai kulim dalam pukul 12 lebih sikit..
pastu nak tunggu apa lagi, tidooo la..


kat mana lagi tempat2 yang best ye..
sekarang ni mood nak holiday puas2..
dah abis cuti sekolah pun nak holiday lagi..
sape2 yang ade info tentang tempat2 yang best boleh la inform kan..
nak jalan-jalan..hehehe..

agak terpanjang pula entri kali ni..
pendekkan kat sini la..
sekian terima kasih..

Tuesday, 13 March 2012

Mari Belajar Cara Baca Al-Fatihah Dengan Betul..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Ustaz Don mengajar cara baca Al-Fatihah dengan betul..
tengok cara mulut Ustaz Don bergerak tu..



selamat beramal...

Monday, 12 March 2012

Selamat Pagi Cikgu 3..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Alhamdulillah dah 3 minggu bergelar cikgu..
minggu ketiga ni makin banyak ragamnya..



jadi cikgu ni memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi..
kena sabar melayan kerenah pelajar2 yang sangat nakal..
time cikgu lain masuk elok je diorang diam dan belajar..
tapi time cikgu praktikal masuk time tu la diorang buat hal..
time mengajar diorang sembang kat belakang..
ada yang tido..
kejut 3 4 kali pun sedar la 2 minit pastu tido lagi..
buku teks pulak tak pernah nak bawa..
buku teks cikgu lain tu boleh je diorang bawa..
pastu pulak pantang ada pelajar perempuan lalu..
kalau ada sorang yang lalu memang riuh rendah la kelas tu..
dan yang paling menyakitkan hati bila cikgu mengajar boleh pulak diorang duk skodeng pelajar perempuan kelas sebelah depan2 cikgu..
rasa macam nak je lempang sorang2..
tapi dari awal2 masuk dah diingatkan guru praktikal tak boleh 'sentuh' pelajar..
walaupun marah yang teramat sangat kena la sabar..
diorang tu kalau kena marah senyap la 5 minit..
lepas 5 minit buat hal balik..
tapi tak semua la macam tu..
ada juga yang baik2..
tapi majoriti la berperangai teruk macam tu..
cikgu faham diorang masih muda dan tak matang lagi..
tapi nga cikgu lain elok pulak perangainya..
mungkin budak2 ni nak makan tangan dan kaki baru nak faham bahasa..
minggu ketiga ni suara pun dah tak kuar banyak..
sakit tekak duk mengajar orang yang tak nak belajar..

dan masa cuti sekolah seminggu ni kena rehat secukupnya..
walaupun cuti sekolah tak macam cuti..
tapi ok la daripada takde langsung..
sekarang nak bercuti dulu..
sekian wasalam..

iklan



Sunday, 11 March 2012

Jangan Cabut Uban Anda..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

just nak kongsikan tentang cabut uban ni..
disebabkan ramai yang suka cabut uban..

Sabda Nabi saw, "Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang beruban dalam islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikkan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan sanad hadis ini hasan)

so lepas ni takyah cabut la uban tu...
simpan je la uban tu..
ade uban pun ok..hehe..

sekian terima kasih..

Tuesday, 6 March 2012

Suatu Ketika Di Langkawi..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Langkawi menggamit 1001 kenangan..
dan yang pastinya kenangan yang sukar untuk dilupakan..
tak kira la kenangan manis ke kenangan pahit ke..
semuanya masih segar diingatan..

dah 2 kali dah berjaya menjejakkan kaki kat langkawi ni..
pertama kali semasa mengikuti kem Wilderness Adventure kat Pulau Tuba..
Pulau Tuba tu jiran kepada Pulau Langkawi..
dah abis kem tu dapat peluang untuk jalan2 kat Langkawi..
tapi kat sekitar kawasan Pekan Kuah je..
tu pun dalam separuh hari je jalan2..
masa tu baru je form 4..
duit pun tak banyak untuk shoping2..hehehe..

kali kedua menjejakkan kaki masa awal bulan 2 tahun ni..
masa tu sebelum daftar masuk jadi guru pelatih..
kali ni duk kat langkawi 2 hari 1 malam..
kitorang tido kat hotel kat pantai cenang..
2 hari 1 malam tu pun tak banyak aktiviti yang boleh dibuat..
rasa macam nak duk lama2 lagi..
tapi masa tu PTPTN pun tak masuk lagi..
nak shopping kat langkawi pun tak sempat..
tapi insyaAllah dalam bulan 5 atau 6 ni akan g lagi ke langkawi..
kali ni nak shopping kaw2 punye la..

ok sekarang masa untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian..
dan merehatkan diri untuk 5s, mengajar, guru pegiring untuk friendly rugby esok kat Sungai Petani esok..
maknanya esok jadual penuh la..
sekian terima kasih..

(klik iklan kat atas ye..hehe)

Saturday, 3 March 2012

Dihambat Kesibukkan Melampau..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah dapat juga luangkan masa sedikit untuk menulis entri..
sudah agak lama tak berBW..
dah tersangat rindu kat kawan2 semua..
tapi apa boleh buat..
kena utamakan perkara yang penting dulu..
tugas mendidik anak bangsa mesti didahulukan..
InsyaAllah jika ada masa terluang nanti akan cuba BW kembali..
dan dalam kesibukkan ini ada juga rezeki yang datang..
dapat BE Samsung Galaxy Y dan The Lorax..
nanti kalau jenguk blog ni jangan lupa klik2 ye kalau kelihatan..hehe..

ok nak pergi mandi dan pergi makan..
perut sudah berbunyi hon kereta api..
sekian terima kasih..

Selamat Pagi Cikgu 2..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah sudah 2 minggu menjadi cikgu..
bermacam-macam ragam pelajar yang ditemui..
ada yang degil sikit dan ada juga yang terlampau degilnya..
tapi itu semua perkara biasa..
dulu time cikgu sekolah pun sama je macam diorang tu..
malah ada sesetengah perkara tu lebih teruk dari diorang..hehe
minggu ni motif sampingan masih belum berjaya dilaksanakan..
entah bila la dapat direalisasikan ni..hehe

minggu kedua ni keje 5s tak banyak sangat disebabkan pelajar2 menduduki ujian kemajuan 1..
ujian dari isnin sampai rabu pagi..
rabu petang cikgu dah start mengajar..
kesian pulak kat budak2 kelas cikgu sebab baru abis exam dah kena belajar..
budak2 kelas lain tengah bersuka ria lagi masa tu..
nasib la diorang sebab dapat cikgu pelatih..heehehe..
khamis dan jumaat macam biasa la..
kelas takde..
dan apabila kelas takde terpaksa la buat kerja 5s..
tapi kerja2 wat label je..
kerja2 yang berat2 tu student yang buat..
dan tadi hari sabtu pun sekolah..
sekolah ganti untuk cuti raya cina yang lepas..
nasib baik la ganti untuk hari jumaat..
12.30 dah boleh balik rumah..
apa lagi, dah sampai rumah tu kemas2 barang balik kulim..
duk kat kulim best sikit sementara PTPTN tak masuk lagi ni..hehehe..
tapi cuti pun tak macam cuti..
cuti sibuk nga duk wat persedian untuk mengajar minggu depan..
banyak juga nak kena buat ABBM dan soalan latihan..
dan ni pun tengah wat slaid sambil duk taip entri..hehehe..

tadi 1st time bercakap depan pelajar2 yang ramai masa perhimpunan..
mula2 tu memang gementar jugak la..
tiba2 je lidah jadi kelu..
jadi tak tahu nak cakap apa..
dengan pelajar2 yang suka mengusik..
tapi lama kelamaan beransur ok..
ada pelajar yang bertanya soalan apa status cikgu..
nak jawabkan tapi tengok kaunselor kat belakang dah menggeleng kepala..
tak sempat la nak jawab..
terus sekian terima kasih..hahaha..

setakat ini sahaja yang dapat dicoretkan pada minggu ini..
berjumpa lagi pada minggu hadapan..
sekian terima kasih..