Subscribe:

Pages

Wednesday, 29 February 2012

Sharing is Caring : Tutup Aurat dan Hidayah : UAI..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

hanya nak kongsikan gambar ini..
semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..
amin..
Ustaz Azhar Idrus..
Tutup Aurat dan Hidayah..
klik je gambar untuk besarkan..

Sunday, 26 February 2012

Selamat Pagi Cikgu 1..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
walaupun pada awalnya ada sedikit masalah..
masalah penempatan yang terpaksa ditukar..
asalnya dapat SMV Sungai Petani tapi terpaksa ditukar ke SMV Butterworth atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..
akhirnya berjaya juga bergelar cikgu walaupun hanyalah guru pelatih.
cikgu jugak kan..hehe..

dan seperti yang dijangka jadi cikgu ni bukannya mudah..
banyak juga cabaran2 yang kena hadapi..
dengan kerenah pelajar2 yang baru nak up..
juga dengan kerenah cikgu2 senior..
tapi cikgu kat tempat lain la..
cikgu SMV Butterworth semua bagus2..hehe..

minggu pertama ni tak start mengajar lagi..
minggu ni hanya taklimat dan aktiviti pemerhatian..
pemerhatian macam mana cara cikgu senior mengajar..
tapi takde pemerhatian sangat pun sebab sekarang ni tengah sibuk dengan 5s..
semua pelajar2 dan cikgu2 terlibat..
sampaikan masa P&P pun terpaksa digunakan untuk mengemas bengkel..
semakin banyak yang dikemas semakin banyak pulak keje yang nak kena buat lagi..
nasib baik la cikgu2 ni tak yah wat keje yang teruk sangat..
yang teruknya pelajar la..hehe..
biasa la kan..
nak belajar kena la berkorban sikit..
untuk diorang guna jugak bengkel tu..

serius syok bila pelajar2 panggil cikgu..
walaupun agak sedikit kekok pada mulanya tapi dah masuk seminggu tu macam dah biasa dah..
pelajar2 kat sini pun ramah2..
kat sekolah ni cikgu bagi mengajar subjek kimpalan fabrikasi logam (KFL)..
tapi hanya mengajar pelajar2 tingkatan 4 sahaja..
tingkatan 5 tak leh kacau sebab dah nak SPM..
nanti takut mengajar "ajaran sesat"..hehe..
dan seperti yang dijangka semua pelajar KFL tingkatan 4 adalah lelaki..
perempuan mana minat kimpalan ni..
tak dapat la nak merasa mengajar pelajar perempuan..hehehe..

sampai disini sahaja yang dapat dibebelkan untuk kali ini..
sebab nak bersiap g tengok bola pulak ni..
Arsenal vs Tottenham..
pastu sambung pulak Liverpool vs Cardiff City..
pukul 2 pagi baru balik rumah..
esok sekolah lagi..
tapi nasib baik la esok kena jaga ujian je..hehe..
ni pun menaip kat rumah pengetua..
baik pengetua SMV Butterworth kan..
ok sekian terima kasih..


Sunday, 19 February 2012

Aktiviti Sepanjang Cuti Semester Ni..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

aktiviti cuti ni macam biasa la..
hampir sama macam cuti2 yang lepas jugak..
duk terperap dalam bilik je banyak..
kuar dari rumah hanya untuk ambil adik kat sekolah dan mak ajak shopping..
dah jadi macam anak dara la pulak kan..


tapi yang lainnya cuti kali ni..
terperap kat bilik duk layan komik PENDEKAR LAUT..
ingat lagi KUASA PUTARAN MEDAN MAGNETIK
KUASA TOLAKAN ELEKTRON
TINJU MAUT PENDEKAR LAUT
Orga, Blue Dream, Penjejak Neraka, Jerung Rasaksa, Zonan, Xinan..
dan banyak lagi la watak2 yang power..
sape2 yang pernah layan komik ni masa kecik dulu mesti ingat kan..
dari generasi pertama sampai lah generasi ketiga..
setiap generasi ada 48 episod..
ambik masa seminggu juga nak download semua ni..


komik ni memang femes masa zaman budak2 dulu..
dulu sanggup simpan duit belanja sekolah semata2 nak beli komik ni..
dah dapat 1 episod tu bangga sangat..
duk tunjuk kat kawan2 yang takde..hehe
sekarang ni nasib baik la boleh download..
kalau tak memang tak dapat la nak layan lagi..
susah dah nak jupe komik ni jual kat kedai..
kalau ada yang jual pun mesti mahal sebab dah jadi komik antik kan..


lepas ni akan layan pula Wira Tunggal..

Friday, 10 February 2012

Awas jerat Valentine

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara


Fenomena sebahagian remaja hari ini yang menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT. Ini kerana ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.

Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh- tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, mimbar ingin menegaskan bahawa  pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan di atas aktiviti trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru mimbar menyeru kepada jemaaah sekalian dan umat Islam agar tidak merayakan hari tersebut kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya  sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar. ”

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama umatnya. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah SAW. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun. Ingatlah bahawa kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.

Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 207:
Bermaksud: “ Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, mimbar menyeru kepada semua pihak agar  mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di negara kita ini, jangan kita terlibat dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, sekali lagi mimbar menyeru semua pihak marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:

Pertama:          ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan ajaran Islam yang sebenar;
Kedua:            umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;
Ketiga:            menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat:         menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan
Kelima:            meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:
Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

Written by Jakim  
Artikel di atas adalah petikan khutbah Jumaat pada 10 Februari 2012 yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Wednesday, 8 February 2012

BBV Seksyen 3..Selamat Maju Jaya..

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

BBV Seksyen 3 (2009 - 2012)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

begitu pantas masa berlalu..
dah berpisah baru la nak merindui..
tapi memang betul2 rindu sangat2 kat korang semua..









semua akan membawa haluan masing2..
walaupun haluannya dah masing2 tapi jangan lupa sesama kita ye..

mengajarlah dengan ikhlas..
kerana keikhlasan itu akan memudahkan kita..
tetapkan tekad dan azam..
semoga segala halangan berjaya kita harungi..

Selamat Menjalani Latihan Mengajar..
jumpa lagi bulan 6 nanti..

Monday, 6 February 2012

Adab-Adab Menuntut Ilmu

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

adab-adab menuntut ilmu - Ustaz Azhar Idrus

What is an IDIOT??

can you tell me what is an idiot??


exactly..
good answer..

Friday, 3 February 2012

Dulu, Kini dan Akan Datang..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

amacam??
single and available lagi ni..hahahhaa..
promote dulu selagi boleh..


apa benda tu dulu, kini dan akan datang..
slogan parti ke ape??
harap maaf..blog ini tiada segmen kepartian..hehe..

Dulu : 
seluar jeans adalah seluar yang dipakai sejak dulu lagi..
dulu hanya pandai pakai seluar jeans..
dulu pun pakai, kini pun pakai, akan datang pun mungkin akan pakai..

Kini : 
pemakaian T-Shirt berkolar sudah menjadi corak pemakaian zaman kini..
kalau dulu hanya T-Shirt yang tak berkolar selalu dipakai..
tapi kini semua itu sudah mula berubah..
sesuai dengan umur dah dah melangkaui zaman remaja..
berubah kearah kematangan yang lebih..hahaha..

Akan Datang :
InsyaAllah kopiah akan sentiasa dipakai pada masa akan datang..
ini bermaksud akan cuba melakukan perubahan yang besar pada diri pada masa akan datang..
berubah kearah yang lebih baik dan sentiasa kearah kebaikkan..
kalau time bekerja mungkin kena pakai songkok..
sebab kakitangan awam tak leh pakai kopiah kan..hehehe..

sekian..

Thursday, 2 February 2012

I Want To Be Happy