Subscribe:

Pages

Monday, 30 January 2012

Air Terjun Gunung Ledang (Kenangan Sebelum Membawa Haluan Masing2)

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sedar tak sedar dah habis 5 semester belajar di UTHM..
sekarang hanya ada 1 semester yang akan diisi di sekolah masing2..
pertemuan hampir 3 tahun berakhir dengan perpisahan..
walaupun amat berat untuk berpisah namun untuk berjaya perlu ada pengorbanan..
dan perpisahan dengan rakan2 adalah pengorbananya..
sama juga ketika meninggalkan ibu bapa di kampung untuk belajar..
pengorbanan untuk memperoleh kejayaan..
semoga semuanya memperoleh kejayaan dalam bidang yang diceburi..

di Air Terjun Gunung Ledang mengakhiri pertemuan itu..
keesokkanya masing2 berkemas untuk pulang ke kampung halaman..
kalau ada yang tinggal pun hanya untuk sehari dua sahaja lagi..
hanya sekadar menyiapkan sisa2 tugas yang masih belum disiapkan..

jom layan gambar kat bawah..
tempat : Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak, Johor..
tarikh : 29/1/2012

 baru je sampai ni..
agak lama juga perjalanan disebabkan pemanduan yang berhemah..

 setelah penat mendaki anak tangga akhirnya penatnya hilang setelah melihat air terjun yang cantik ini..

 dan apa lagi..
mandi manda la..




 orang tua yang takde peluang nak main2 kat Sunway Lagoon..
kat sini pun boleh gelongsor..hehe..


 yahuuuuuuu.....

 sebelum balik tu singgah makan dulu di Medan Ikan Bakar Sabak Awor..
sapa yang datang ke Muar tu boleh la menikmati hidangan kat sini..
murah dan sedap dan juga lazat..
biasanya kitorang akan memilih Gerai No8 iaitu Wak Jos punye Gerai..

Siakap 3rasa 2ekor baru RM35.00..

jom ke Air Terjun Gunung Ledang..
memang best..

sekian..

Wednesday, 18 January 2012

Tudung (Cik Beah dan Mizz Kay)

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

nak share 1 video mengenai tudung ni..
amat bagus video ni..
thumbs up to Cik Beah Osem di atas videonya yang menarik ni..
jom sama2 kita tonton..
semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..


kalau nak nampak jelas lagi sila tengok kat youtube..
p/s : pakai baldi dan dibuat lubang kat mata..memang cool..ada yang pernah try x??..hahaha..

Buku Yang Sangat Bagus Untuk Dibaca dan Dimiliki

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Indahnya Hidup Bersyariat adalah buku berkaitan Modul Fardu Ain diri, keluarga dan masyarakat..
ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak2, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab..
semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih..
sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan umur..

teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah..
semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah..
langkah amalan disampaikan mengikut step by step..

buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu..

iklan : The most amazing iPhone is now here.
klik link di atas


p/s : saya dah beli..anda bila lagi??

Monday, 16 January 2012

Anda Lihat Anda Pasti Terpegun..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

tajuk saje je nak buat gempak..hehehe..
content nye takde la segempak mana punn..


ni la dewan baru Universiti Tun Hussein Onn Malaysia..
cantik kan..
cantik menarik tertarik kau memang da bomb (10x)..
goyang sikit..lagu Ruffedge tu..hehe
ni baru pandangan hadapan..
tak tengok lagi pandangan tepi, dalam dan atas..
ANDA LIHAT ANDA PASTI TERPEGUN..HEHE


kitorang pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional panggil dewan ni dewan lipas..
dewan lipas sebab bentuknya macam bentuk lipas..
dataran penyu dah ada..
sekarang muncul lipas pulak..
lepas ni tak tahu la apa lagi yang akan muncul..hehe..
ada juga yang panggil dewan ni Gladiator..
nama rasminya masih belum diketahui..
dan yang pastinya dewan ni akan menjadi kebanggaan warga UTHM..

masih belum siap sepenuhnya lagi ni..
dewan ni dijangka siap tahun ni dan dah hampir2 siap dah pun..
tapi disebabkan dah akhir sem kat sini tak dapat la nak merasmikan dewan ni..
tapi berita baiknya masih boleh menggunakanye lagi punn..
guna untuk konvo akhir tahun ni..



mood : tak sabar nak konvo ni..bangga belajar kat UTHM..hehehe

Sunday, 15 January 2012

Semester End Sale..

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

sedar tak sedar rupanya dah 2tahun setengah dah belaja kat UTHM ni..
dah semester akhir dah kat sini..
lepas ni semester last praktikal kat Kedah..
terasa kejap je masa berlalu..
dan masih tak puas lagi study ni..hehehe..

dan seperti macam kebiasaan..
kalau akhir tahun mesti ada orang buat YEAR END SALE kan..
ni pun sama la cuma sekarang ni dah awal tahun..
sebab tu ditukarkan jadi SEMESTER END SALE..hahaha..
dan harganya tersangat lah murah..
kat luar sana memang tak dapat la..hehehe..

antara barang yang telah dijual :

beg deuter 50 + 10 = RM 100

Rak kasut dan buku = RM 15

Meja study + meja jepun = RM30

dan barang yang masih tak dijual..

Printer Canon Laser Shot LBP6000 = RM150 sekali nga toner..guna x smpai setahun..
Sonic Gear Speaker Kecik punye = RM10
Raket Badminton Head = RM25
Joran = RM80..

dan banyak lagi barang2 dapur..hehe

klik ye iklan ni..hehe

sekarang tunggu masa untuk mengucapkan selamat tinggal UTHM dan Parit Raja Johor..

Thursday, 12 January 2012

Baucar Buku 1 Malaysia dan Hasilnya Setakat Ini..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

awal tahun ini semua pelajar di IPT diberikan baucar buku 1 Malaysia yang bernilai RM200..
baucar ini diberikan kepada pelajar untuk membeli buku-buku dan alat tulis..
baucar ini diberikan 4 keping dengan 1 keping bernilai RM50..
baucar ini sah laku sehingga 31/3/2012
dan diharapkan pelajar-pelajar menggunakan baucar ini sebaik mungkin..

ini lah bentuk baucar buku 1 malaysia tu..


dan ini hasilnya setakat ini..
hasilnya setelah 1 keping baucar digunakan..
kesemua buku ini dibeli di Pesta Buku UTHM bernilai RM50 setelah didiskaunkan..



masih terdapat 3 baucar bernilai RM150 yang tidak digunakan..
dan satu shopping tergempar akan diadakan pada hujung minggu ini..
shopping kali ini berlainan dengan sebelum ini..
sebelum ini, shopping hanya la untuk membeli pakaian, barang rumah dan dapur serta kelengkapan peribadi lain..
tapi kali ini 1st time shopping buku-buku dan alat tulis..
dan sudah tentu ada kelainannya..

tempat yang boleh digunakan baucar ini di kawasan Batu Pahat adalah :

Penerbit Buku UTHM
Kedai Buku Freedom
Popular

kedai-kedai lain tidak diketahui statusnya..
kalau nak tahu boleh la bertanya tuan kedai tu sendiri sebelum membeli..

GUNALAH BAUCAR INI SEBAIK MUNGKIN..
MEMBELI BIARKAN BERFAEDAH..

p/s : buku apa yang bagus untuk dibeli ye..boleh bagi cadangan tak..nak listkan..novel pun takpe..asalkan buku je..hehe

Tuesday, 10 January 2012

Kejadian 11/01/2012, pukul 1.00 am..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


peristiwa 11/01/2012..
dalam keheningan awal pagi pukul 1.00 am..
dalam keadaan lapar dan takut turun pergi ke McDonalds Parit Raja, Johor..
dan apabila tiba di McDonalds..
ada seorang budak yang berjanggut memesan happy meal kerana mahukan patung Alvin..
beliau siap memilih lagi patung2 yang ada kat McD tu..
namun disebabkan Alvinnye sudah out of stock..
beliau mengambil keputusan untuk mengambil patung awek Alvin..
dan budak berjanggut itu pun gembira menikmati hidangan sambil ditemani awek Alvin..
so sweet..
disebabkan beberapa faktor, penulis terpaksa merahsiakan identiti budak berjanggut itu..
dan salah satunya untuk mengelakkan beliau memotong janggutnya..

Kejadian Tembak Menembak Di Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

ada kejadian tembak-menembak berlaku berdekatan dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Johor..
kejadian berlaku pada malam tadi 10/1/2012..
dua suspek penjenayah terlepas dan melarikan diri di kawasan sekitar dan berdekatan dengan kolej kediaman perwira..
polis bersama anjing pengesan sedang giat mengesan suspek..
bagi yang tinggal di kawasan sana dinasihatkan supaya berhati-hati..


Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah, pada waktu itu kebetulan terdapat insiden kejar mengejar diantara polis & perompak. 
Kejadian tembak-menembak berlaku di sekitar kawasan dpan pagar UTHM. 
Kemalangan berlaku di dpan Esso Parit Raja di mana perompak telah menghimpit kereta mangsa sewaktu berusaha utk melarikan diri.. 
kesian pada mangsa.. 
( perompak dipercayai melarikan diri ke sekitar kwasan Kolej Kediaman Perwira,UTHM Batu Pahat.)

TERKINI : KESEMUA PENJENAYAH SUDAH PUN DITANGKAP..

sumber : diambil dari Status facebook pelajar-pelajar UTHM..

Monday, 9 January 2012

Pemenang Fifa Ballon d'Or 2011

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


pemenang anugerah Ballon d'Or telah diumumkan malam tadi..
dan pemenang anugerah pemain terbaik adalah Lionel Messi yang mendapat 47.88% undian..
diikuti Cristiano Ronaldo dengan 21.60%..
dan ketiga Xavi dengan 9.23%..
Messi memenangi anugerah ini untuk kali ketiga berturut-turut..

kat bawah ni senarai pemenang untuk semua anugerah yang diumumkan malam tadi..


FIFA Ballon d'Or:
1) Lionel Messi (Argentina, Barcelona) 47.88%
2) Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid) 21.60%
3) Xavi (Spain, Barcelona) 9.23%
4) Andres Iniesta (Spain, Barcelona) 6.01%
5) Wayne Rooney (England, Manchester United) 2.31%
6) Luis Suarez (Uruguay, Liverpool) 1.48%
7) Diego Forlan (Uruguay, Internazionale) 1.43%
8) Samuel Eto'o (Cameroon, Anzhi) 1.34%
9) Iker Casillas (Spain, Real Madrid) 1.29%
10) Neymar (Brazil, Santos) 1.12%

FIFA Men's Football Coach of the Year:
1) Pep Guardiola (Barcelona) 41.92%
2) Sir Alex Ferguson (Manchester United) 15.61%
3) Jose Mourinho (Real Madrid) 12.43%

FIFA Women's World Player of the Year:
1) Homare Sawa (Japan) 28.51%
2) Marta (Brazil) 17.28%
3) Abby Wambach (USA) 13.26%

FIFA Women's Football Coach of the Year:
1) Norio Sasaki (Japan) 45.57%
2) Pia Sundhage (Sweden) 15.83%
3) Bruno Bini (France) 10.28%

FIFA Presidential Award: Sir Alex Ferguson (Manchester United)

FIFA Fair Play Award: Japanese Football Association

FIFA Puskas Award (goal of the season): Neymar (Santos)

FIFA/FIFPro World XI:
Iker Casillas (Spain, Real Madrid)
Dani Alves (Brazil, Barcelona)
Gerard Pique (Spain, Barcelona)
Sergio Ramos (Spain, Real Madrid)
Nemanja Vidic (Serbia, Manchester United)
Andres Iniesta (Spain, Barcelona)
Xabi Alonso (Spain, Real Madrid)
Xavi (Spain, Barcelona)
Lionel Messi (Argentina, Barcelona)
Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid)
Wayne Rooney (England, Manchester United)

Saturday, 7 January 2012

Tak Sedih dan Tak Best Sangat Punnnn...

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


setelah seminggu download dan terbiar kat dalam laptop..
walaupun cite ni dah lama..
akhirnya berjaya jugak tengok OMBAK RINDU sampai habis..
namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan..
ramai yang update status kat facebook, twitter dan blog mengatakan cite ni sedih dan best..
sampaikan ada yang mengatakan kalau nak tengok cite tu kena sediakan tisu..
tapi aku tengok tak sedih dan tak best sangat pun..
mungkinkah ego ku tinggi ataupun aku takde perasaan??
atau mungkin juga tak pandai menghayati cite ni..
takpun aku ni memang buta seni..hehehe..


semalam tengok cite ni cuba mencari mood sedih dengan tengok seorang diri dalam keadaan gelap pukul 2 pagi..
dengan tisu sudah siap berada di tepi..
air F&N Zappel dan Mamee Monster di depan..
ni tak cite halangan2 nak download lagi..
tapi mood sedih tu tak datang pun..
kalaulah study, 2jam tu dah abis 2bab dah..hehe
ce cite ape yang sedih dan best cite tu..hehehe..
daripada 5 bintang aku hanya boleh bagi 3 bintang..

p/s : ini adalah pandangan peribadi yang ikhlas dari penulis..tiada kaitan dengan orang lain..hehehehehehe..

Bila Bakal Cikgu Main Futsal..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

bila bakal cikgu main futsal..
jangan ingat bakal cikgu hanya pandai mengajar dan belajar..
main futsal juga pandai la..hehehe..


















kemasyarakatan itu perlu ada dalam diri..

Thursday, 5 January 2012

6/1/2012 Bermulanya Final Exam

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


tanggal 6/1/2012 bermulanya final exam untuk paper yang pertama..
macam biasa walaupun dah berpengalaman hampir 20tahun dah dalam menjawab exam ni tapi tetap juga gementar..
walaupun dah tahu study last minit tu tak elok tapi tetap juga melakukannya..
dan yang pastinya tidur yang nyenyak malam ini sukar diperolehi..hehe

Jadual Final Exam untuk semester ini..

6/1/2012 = Bekalan Air dan Saliran
9/1/2012 = Pengaturcaraan Komputer (C++)
12/1/2012 = Bimbingan dan Kaunseling
13/1/2012 = Aturcara Kontrak dan Taksiran

perjuangan bermula esok..
akan mencuba yang sehabis baik untuk esok..

WISH ME GOOD LUCK.. 

Wednesday, 4 January 2012

~Wanita yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai dijadikan isteri~Maksudnya..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Ustaz Azhar Idrus ada bersetuju dengan pernyataan :

"Wanita yang suka melayan ramai lelaki tidak sesuai dijadikan isteri"


dan terdapat lelaki dan wanita yang tidak faham dengan kenyataan ini..
melayan ramai lelaki tu bukan bermaksud kawan dengan ramai lelaki..
dan tidak sesuai itu bukan bermaksud tak patut nikah atau pun tak sah nikah..

baca gambar printscreen kat bawah ni yang diambil dari Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )'s photos

sokong 100% Ustaz Azhar Idrus..