Subscribe:

Pages

Monday, 9 July 2012

Rokok dijangka lebih mahal



KUALA LUMPUR - Harga rokok negara ini dijangka naik selepas negara-negara anggota ASEAN bersepakat mengeluarkan produk berasaskan tembakau daripada senarai dalam perjanjian perdagangan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) menjelang tahun 2015.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenaikan harga rokok tidak dapat dielakkan apabila urus niaga import dan eksport tembakau akan dikenakan cukai lebih tinggi.

Menurutnya, tindakan tersebut juga bertujuan mengawal penjualan tembakau dalam kalangan negara-negara anggota serantau.

"Ia merupakan salah satu langkah ASEAN menurunkan kadar merokok dalam kalangan perokok dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap amalan gaya hidup sihat," katanya.


sumber : kosmo

rokok makin lama makin mahal..perokok pula makin lama makin bertambah..perokok2 di luar sana jom la kita berhenti merokok..sekarang hampir memasuki bulan Ramadhan dah..kita akan berpuasa selama sebulan untuk yang beragama islam..kalau masa siang kita boleh untuk tidak merokok mungkin malam pun kita boleh teruskan untuk tidak merokok..tak larat dah nak tanggung rokok ni..kalau sekarang RM 10.00 sekotak..akan datang tak tahulah berapa harganya..jalan yang senang adalah berhenti merokok..bukan senang nak berhenti tapi dengan keinginan dan azam yang kuat disamping mendapat dorongan dan sokongan dari sahabat2 dan keluarga insyaAllah semuanya akan menjadi mudah..

KATAKAN TAKNAK MEROKOK atau KATAKAN TAKNAK ROKOK MAHAL

9 comments:

TiranaAduka said...

Terpaksalah kurang hisap..
sekarang pun dah 12 batang....
ni harga nak naik lagi..
adussssssssssssssss...
kene kurang lagi la nampaknya

Mohd Firdaus said...

sama la..mmg trpakse kurgkan..last2 sekali isap rkok daun je..hehehe

Trah Zain said...

bagus la tu harga rokok kurang, ramadhan pn blh jd terapi u geng2 perokok ni.. bagus2

BisMi Aishah said...

bile laaa rakyat kite nk berhenti merokok kan.. ;)

Cik Rongoks said...

moral of the story : takyah merokok. hahaha

SimplySeoul said...

I hope this will make people stop smoking, seriously it's dangerous. It's hard to stop. But some of my friends manage to stop completely in 1 year after fall sick.

Aida Omar said...

kalau perokok tegar naik tak naik beli je.. haha.. rokok daun ada still leyh lepaskan gian :)

eyjalukman said...

kagum dgn perokok ni. gigih btol beli rokok RM10 :3

puteri kasih said...

bukan kurangkan tapi silalah berhenti..hehe

Post a Comment