Subscribe:

Pages

Friday, 6 July 2012

Pulau Dayang Bunting

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

tengah asyik duk tengok gambar masa melancong kat Pulau Langkawi bulan Februari yang lepas terjumpa pula gambar pulau kat sekitar Langkawi ni..namanya Pulau Dayang Bunting..Pulau Dayang Bunting adalah salah satu pulau di sekitar Pulau Langkawi yang menjadi tempat kunjungan ramai pelancong dalam dan juga luar negara..amat rugi sekiranya anda ke Langkawi namun tidak singgah ke Pulau Dayang Bunting ini..ini adalah antara tempat-tempat yang menarik di malaysia..so apa lagi..pergilah melancong..cuti-cuti malaysia..

namun tahukah anda kenapa pulau ini dinamakan Pulau Dayang Bunting?tengok gambar kat bawah ni..gambar ini diambik sendiri ye..bukan copy paste atau minta dengan pakcik google dan atuk yahoo..


Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi saksi yang bernama Dayang Bunting..kat gambar tu jelas nampak seolah2 gergasi Dayang Bunting tengah tidur..jelas nampak seolah2 bahagian kepala,dada dan perut yang tengah bunting tak tahu la anak yang ke berapa..bahagian kaki juga nampak sebenarnya jika ditengok disebelah yang lain..sebab itu la pulau ini dikenali Pulau Dayang Bunting..

Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir..Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting..Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau..Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak..Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah..Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja ..Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki untuk disewakan kepada pelancong..air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Rujukan : Wikipedia