Subscribe:

Pages

Tuesday, 20 March 2012

Selamat Pagi Cikgu 4 : Sudah Selamat di Observe..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi..
tanggal 20/3/2012 menjadi sejarah kecil dalam hidup..
akhirnya berjaya di observe latihan mengajar untuk kali pertama..
pensyarah yang observe adalah Haji Ashari bin Sikor..
guru pelatih yang pertama kena observe kat SMV Butterworth..
terasa melepaskan beban 200kN ke tanah..hehe..
hari ini mengajar amali mesin berkuasa..

rasa gementar tu memang ada la ketika di observe..
dengan perangai pelajar2 yang sebelum ini tak terkira nakalnya..
tapi hari ni tak macam hari2 yang sebelumnya..
pelajar agak memberi kerjasama yang memberangsangkan..
kalau dulu nakal tak ingat dunia..
hari ini baik pula seperti budak tak bersalah..
harap2 baiknya untuk selamanya..

selepas di observe pun ada lagi gementarnya..
gementar nak mendapatkan result..
takut kena hentam teruk2..
memang dah merasakan akan dihentam teruk2 sebab rasa mengajar tadi tak berapa nak ok sangat..
namun ku sangka hujan sampai kepetang, rupanya panas ditengah hari..
apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan..
pensyarah yang observe cakap dia puas hati dengan apa yang cikgu ajar..
cara demostrasi menunjukkan macam cikgu ni seorang cikgu yang terlatih..
pemantauan pun berjaya dibuat dengan ok..
komen dari pensyarah pun kurang yang negatif..
ada sikit yang kena perbetulkan dan tingkatkan..
dan yang paling teruknya adalah bahagian penulisan..
bahagian penulisan rancangan mengajar harian dan mingguan banyak kena betulkan..
nasib baik la pensyarah beri masa sampai hari khamis ni untuk betulkan..
kalau tak memang rendah la markah yang dapat..

dah setel bahagian observe, kena pula masuk balik bahagian 5s..
hari ni balik dari sekolah pukul 5.30 sebab buat 5s..
dan jap lagi pukul 8 malam akan ke asrama sekolah untuk buat 5s juga..
badan dah terasa letih tapi demi tanggungjawab akan digagahkan juga..
walaupun 5s kat asrama bukan tanggungjawab cikgu untuk minggu ni kerana untuk minggu ni guru pelatih tidak boleh diganggu untuk memberi ruang untuk observe..
dan esoknya pula dari pagi sampai petang akan ke Stadium Bertam untuk urus pertandingan olahraga peringkat negeri kalau tak silap..
untuk belajar, badan yang letih tak menjadi hal sangat..
asalkan memiliki keazaman yang tinggi..

ok tak nak dah berceloteh panjang..
nak bersiap g asrama la..
kembali lagi pada hari akan datang..
sekian terima kasih..

5 comments:

najihah sahami said...

wahh...dh turun padang eh...tahniahhh..kerja leklok. hhehe

Aida Omar said...

selamat.. dan berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah cikgu.. semoga berjaya menjadi cikgu harapan nusa dan bangsa :)

Niena Pengembara Ilahi said...

http://jombelajarlagii.blogspot.com/2011/11/adab-adab-masuk-tandas-mengikut-sunnah.html

anahiettah afibs said...

selamat berjaya cikgu...hihi

SimplySeoul said...

All the best future teacher :)

Post a Comment