Subscribe:

Pages

Wednesday, 14 March 2012

Cuti-cuti Sekolah : Cameron Highland..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Langkawi sudah ku terjah..
kini giliran Cameron Highland pula yang menjadi destinasi pilihan..
time cuti sekolah camni la boleh g holiday..
walaupun masa ni rate hotel agak mahal tapi best sebab meriah sangat2..
sampaikan jalan jammed kat cameron tu..
agak sejam lebih jugak la terperangkap dalam jammed tu..
nasib baik seliuh kaki duk tekan brek & clutch..hehehe..


perjalanan dari penang ke cameron tak la jauh sangat..
kalau bawa ikut had laju yang dibenarkan dalam 4 jam sampai la..
dah sampai cameron tu memang sejuk giler la..
terketar2 macam duk oversea time musim sejuk..
kena pulak time malam dan lepas hujan..
bagi yang dah kahwin time ni memang best la..hehehe..

duk kat cameron ni agak sekejap jugak la..
hanya sempat jalan2 kat ladang tea, strawberry farm, cactus farm dan roses farm..
rombongan kami seramai 4 orang sampai cameron 10/3/2012 dan balik 11/3/2012..
disebabkan cuti sekolah dan ramai sangat kat cameron tu, hotel banyak yang dah penuh..
nasib kami baik sebab dapat hotel kat Brinchang..
kalau tak silap nama hotel tu KAVY HOTEL..
tu kalau tak silap la..
kalau silap harap maafkan ye..hehe..


yang paling best kat ladang tea la..
ladang tea yang kami g tu diberi nama Cameron Valley Tea Bharat Plantations..
agak luas ladang tea tu..
camne la pengutip tea tu kutip daun tea nak kena panjat bukit yang tinggi lagi..
mahu berketul2 muscle kat betis dan paha orang tu..
tea o ais limau kat situ pun best..
walaupun harga tea o ais limau kat ladang tea ni 5 kali ganda dari kat kedai biasa tapi rasanya amat memuaskan tekak yang dahaga..
memang kaw la..hehe..


lepas puas bermain2 di ladang tea, kami singgah pula di Strawberry farm..
tapi kedatangan kami ni agak terlewat jugak la..
abis semua dah strawberry masak dah dipetik orang..
yang tinggal hanya la yang hijau dan separuh merah..
tak dapat la nak memetik strawberry sendiri..
terpaksa la beli strawberry yang dipetik oleh pekerja kebun tu..
kenyang juga makan strawberry tu..
seharian duk makan strawberry sampaikan nasi pun lupa nak makan..


singgah cactus farm terjumpa la cactus besar ni..
rasanya harga cactus ni agak mahal la..
nak beli yang besar tu takut nanti tak muat pulak nak letak dalam kereta..
so beli la cactus yang kecik dan murah..
RM10 dapat 6 pasu cactus..hehehe..
sesuai la untuk beginner memulakan hobi baru..
nanti nak bela sampai jadi besar macam cactus gergasi tu..
pastu jual balik kat cameron tu dengan harga 1000 kali ganda..
kayo..pakcik kayo..hahahaha..


dan kebun terakhir sebelum balik adalah roses farm kalau tak silap namanya..
kat situ ada banyak bunga2..
bukan bunga roses je yang ade..
bermacam2 sampaikan lupa nama bunga tu..haha..
bunga kat situ memang cantik2..
rasa macam nak petik je semua untuk bawa balik rumah..
tapi kalau nak makan penampar cuba la buat camtu..hehehe..


dah puas bermain2 kat roses farm tu, apa lagi balik rumah la..
masa tu bertolak dari cameron pukul 7 malam..
dalam keadaan yang gelap dan berkabus dan jalan berbukit bukau kereta pun terpaksa la di slow kan..
tapi dah masuk highway tu kereta kembali beraksi seperti luar biasa..
dan sampai kat penang pukul 11.30..
dah siap hantar member semua, sampai kulim dalam pukul 12 lebih sikit..
pastu nak tunggu apa lagi, tidooo la..


kat mana lagi tempat2 yang best ye..
sekarang ni mood nak holiday puas2..
dah abis cuti sekolah pun nak holiday lagi..
sape2 yang ade info tentang tempat2 yang best boleh la inform kan..
nak jalan-jalan..hehehe..

agak terpanjang pula entri kali ni..
pendekkan kat sini la..
sekian terima kasih..

18 comments:

caliph shuriken said...

kecik2 dulu stay area ni laa ^^

puteri kasih said...

comel strawbery tu..hahahaha

Mohd Firdaus said...

caliph - syok la stay sana..rasa mcm nk ngajar kt sana la nnt..hehe..

puteri - tuan strawberry lg comel kan..haha

puteri kasih said...

saya lagi comel kalau nak dibandingkan dengan tuan strawberry tu :P

Mohd Firdaus said...

puteri - mmg la..ppuan kn comel..laki hensem je..x comel..hahaha

aqmahoocyunkqamo said...
This comment has been removed by the author.
aqmahoocyunkqamo said...

akan ku terjah sekali lagi cameron ujung bulan ni..!!apa lagi..emn skip klas la..!!yg penting..settlekn semua assgment dulu..!!hahahah..enjoy>>!!

Mohd Firdaus said...

aqmahoocyunkqamo - wat asgmen kt cameron lg best tu..hehehe

Yatie Awang said...

bestnya boleh pergi bercuti

c'axoera ヅ said...

CH dah tak macam dulu......tak sejuk dahh

thomas said...

Wah!nampak mcm sejuk je kat CH.

Cik Itam said...

cik itam mggu dpn bwu nk g jln2;)

Kasih Salina said...

pergi cameron highlands memmang best..sejuk makan strawberry cicah coklat lagi best..huhu..

Tyntha Lana said...

Hidu bunga ros cam hidu gam je,hahaha. tak try ke aiskrim stoberi kt sna?sedap.

Carpet Cleaning Melbourne said...

Hello.. nice post....visiting here.

ketikketok said...

bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!

aswadz said...

ladang teh sungei palas pernah gi?

ketikketok said...

Cuti-cuti for a unique Spa Therapies Vacation. Visit Mini Agro-Forestry Aromathrepy Village Cameron Highlands.

Post a Comment