Subscribe:

Pages

Sunday, 26 February 2012

Selamat Pagi Cikgu 1..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
walaupun pada awalnya ada sedikit masalah..
masalah penempatan yang terpaksa ditukar..
asalnya dapat SMV Sungai Petani tapi terpaksa ditukar ke SMV Butterworth atas sebab2 yang tak dapat dielakkan..
akhirnya berjaya juga bergelar cikgu walaupun hanyalah guru pelatih.
cikgu jugak kan..hehe..

dan seperti yang dijangka jadi cikgu ni bukannya mudah..
banyak juga cabaran2 yang kena hadapi..
dengan kerenah pelajar2 yang baru nak up..
juga dengan kerenah cikgu2 senior..
tapi cikgu kat tempat lain la..
cikgu SMV Butterworth semua bagus2..hehe..

minggu pertama ni tak start mengajar lagi..
minggu ni hanya taklimat dan aktiviti pemerhatian..
pemerhatian macam mana cara cikgu senior mengajar..
tapi takde pemerhatian sangat pun sebab sekarang ni tengah sibuk dengan 5s..
semua pelajar2 dan cikgu2 terlibat..
sampaikan masa P&P pun terpaksa digunakan untuk mengemas bengkel..
semakin banyak yang dikemas semakin banyak pulak keje yang nak kena buat lagi..
nasib baik la cikgu2 ni tak yah wat keje yang teruk sangat..
yang teruknya pelajar la..hehe..
biasa la kan..
nak belajar kena la berkorban sikit..
untuk diorang guna jugak bengkel tu..

serius syok bila pelajar2 panggil cikgu..
walaupun agak sedikit kekok pada mulanya tapi dah masuk seminggu tu macam dah biasa dah..
pelajar2 kat sini pun ramah2..
kat sekolah ni cikgu bagi mengajar subjek kimpalan fabrikasi logam (KFL)..
tapi hanya mengajar pelajar2 tingkatan 4 sahaja..
tingkatan 5 tak leh kacau sebab dah nak SPM..
nanti takut mengajar "ajaran sesat"..hehe..
dan seperti yang dijangka semua pelajar KFL tingkatan 4 adalah lelaki..
perempuan mana minat kimpalan ni..
tak dapat la nak merasa mengajar pelajar perempuan..hehehe..

sampai disini sahaja yang dapat dibebelkan untuk kali ini..
sebab nak bersiap g tengok bola pulak ni..
Arsenal vs Tottenham..
pastu sambung pulak Liverpool vs Cardiff City..
pukul 2 pagi baru balik rumah..
esok sekolah lagi..
tapi nasib baik la esok kena jaga ujian je..hehe..
ni pun menaip kat rumah pengetua..
baik pengetua SMV Butterworth kan..
ok sekian terima kasih..


5 comments:

Diana Azis said...

Wah..dah jadi cikgu..congrats awak..hehe cikgu comey..mesti dah sama cam student kan :)

cik kiwi's said...

jangan bercinta ngan murid sendiri sudah cikgu..:P

blog-tips-kurus said...

salam.
selamat pagi senin wahai cikgu kuuuuuuu... :-)

diana said...

tahniah dah jadi cikgu..:)

Aida Omar said...

bestnye jadi cikgu kan.. baru nak nyakat cikgu jangan ngorat pelajar. Cikgu jangan ajar yang bukan2 tau..haha

Post a Comment