Subscribe:

Pages

Wednesday, 30 November 2011

Kawan Menurut Imam al-Ghazali

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Berapa ramaikah kawan kita??
macam manakah kawan kita??
apa yang kita tahu pasal kawan kita??

cerewetkah kita dalam memilih kawan atau dengan sesiapa sahaja pun kita boleh berkawan??
pilihlah kawan yang sesuai..
bira kita cerewet dalam memilih kawan supaya kita berbahagia di dunia dan akhirat..
jangan hanya berbahagia di dunia sahaja kerana kebahagian di dunia tidak menjamin kebahagian di akhirat..

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

contoh apa yang terjadi bila tersilap pilih kawan

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim..
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."

Monday, 28 November 2011

Beriadah di Gunung Berlumut, Kluang, Johor

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Aktiviti : Riadah dan berkelah
Tempat : Gunung Berlumut, Kluang, Johor
Tarikh : 28/11/2011
Masa : 10.30 am - 4.00 pm
Peserta : 6 orang kaya taman waja sahaja


















ops..silap setting tarikh kat camera la pulak..hahaha..

Sunday, 27 November 2011

Liverpool vs Manchester City Result

Keputusan Liverpool vs Manchester City

Liverpool 1 - 1 Manchester City

 Gol dijaringkan oleh :

Liverpool : Joleon Lescott 33' (own goal)

Manchester City : Vincent Kompany 31'

Line-up

Liverpool :

Pepe Reina, Glen Johnson, Martin Skrtel, Daniel Agger, Jose Enrique, Dirk Kuyt (Andy Carroll), Jordan Henderson, Lucas Leiva, Charlie Adam, Stewart Downing, Luis Suarez

Manchester City :

Joe Hart, Micah Richards, Joleon Lescott, Vincent Kompany, Gael Clichy, James Milner, Yaya Toure, Samir Nasri (Balotelli), David Silva (Kalou Toure), Gareth Barry, Sergio Aguero (Edin Dzeko)


perlawanan yang sungguh menarik dan mendebarkan ini akhirnya berkesudahan seri 1-1..
City terlebih dahulu mengasak dan pada minit ke 5 Yaya Toure merembat kencang namun rembatannya tersasar tinggi dari sasaran..
Vincent Kompany membuka jaringan dengan menanduk cantik sepakan penjuru dari David Silva yang terus menerjah jaring..


Liverpool kembali mengatur gerak dan hasilnya rembatan Charlie Adam ditampan Lescott dan terus menerjah gawang City memberikan jaringan penyamaan untuk Liverpool..


selepas itu masing-masing berbalas serangan dengan Liverpool mendapat banyak peluang namun ketangkasan goalkeeper City, Joe Hart menghampakan pemain Liverpool..
Mario Balotelli masuk menggantikan Samir Nasri pada minit ke 65 dan diperintahkan keluar padang pada minit ke 83 setelah menerima kad kuning kedua kerana mengasari Martin Skrtel..


Manchester City masih lagi memimpin liga dengan 35 mata, 5 mata mengatasi pencabar terdekat, Manchester United..
Manakala Liverpool kekal ditangga keenam dengan mengumpul 23 mata..

Man of the match : Joe Hart

Statistik Perlawanan :


English Premier League Table :


Next Game :

Chelsea vs Liverpool
Carling Cup
Stamford Bridge

Keputusan Bola Sepak Kelayakkan Sukan Olimpik : Malaysia vs Bahrain

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Malaysia 2 - 3 Bahrain

Tahniah Bahrain walaupun ketinggalan 2 - 0 dan bermain 10 orang namun Bahrain masih lagi mampu menjaringkan 3 gol dalam masa 5 minit..
manakala Malaysia masih lagi masih lagi tercari-cari kemenangan pertama dalam kumpulan C ini..

Nazmi Faiz

Gol cantik Nazmi Faiz tidak membawa sebarang mata untuk Malaysia..
Malaysia berpeluang cerah untuk mendapat 3 mata penuh setelah Nazmi faiz dan Mahali Jasuli masing-masing menjaringkan 1 gol dan seorang pemain Bahrain dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua..
namun kelalaian pemain Malaysia dihukum dengan 3 gol pantas Bahrain yang galak mengasak kubu Malaysia..
dengan lawan 10 orang, Malaysia sepatutnya boleh mengawal permainan namun apa yang terjadi adalah sebaliknya..
bola itu bulat..
macam-macam boleh terjadi..
walaupun kalah, tetap sokong Malaysia..

MALAYSIA BOLEH..

teringat game Final Champion League 2005 antara AC Milan vs Liverpool..
AC Milan leading 1st half 3-0..
namun 2nd half Liverpool berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya menang dengan penentuan sepakan penalti..
hari ini Malaysia yang terkena..


Saturday, 26 November 2011

Mutiara Kata Imam Syafie Tentang Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara...


Renung-renungkan..
Belajarlah ilmu fiqah sebelum menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.

Sesiapa yang hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.

Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

Sesiapa yang menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

Kemiskinan orang berilmu adalah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil adalah kemiskinan kesusahan.

Insan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang tidak melihat darjatnya dan insan yang paling mulia adalah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu dihari akhirat.

Orang yang menjaga maruahsentiasa dalam perjuangan. 

 Dan selamat beramal..

Friday, 25 November 2011

Selangkah Maju Kehadapan dengan......

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sekarang sudah selangkah maju kehadapan hasil siapnya benda ni semalam..
walaupun agak ketinggalan berbanding orang lain tapi ianya satu kemajuan jugak lah..hehe..
tapi nak guna camne pun tak tahu ni..hahaha..


follow me on twitter ..

Liverpool vs Manchester City 27/11/2011

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


perlawanan tumpuan minggu ini adalah Liverpool vs Manchesret city di Anfield, Liverpool..
perlawanan Super Sunday ini akan berlangsung pada hari ahad pukul 12.00 malam waktu Malaysia..


Liverpool akan turun melayan kunjungan Manchester City yang tak pernah tewas dalam perlawanan liga musim ini..
Manchester CIty merupakan satu-satu pasukan yang tak pernah tewas dalam perlawanan liga musim ini..
Manchester City juga merupakan pendahulu liga dengan 5 mata di depan Manchester United dikedudukan kedua dan 12 mata mengatasi Liverpool di kedudukan keenam liga..
berdasarkan rekod lepas, Manchester City hanya menang sekali dalam 12 perlawanan menentang Liverpool dan tidak pernah menang di Anfield dalam 8 perlawanan sebelum ini..
namun ini hanyalah rekod sebelum ini..
dengan prestasi yang sentiasa meningkat, cabaran City di Anfield tidak boleh dipandang rendah..
dengan barisan pemain bintang, City mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan..
ini terbukti apabila City mudah membelasah Manchester United di Old Trafford dengan jaringan yang cukup besar, 6 - 1..


City akan beraksi selepas kekecewaan di Itali dalam perlawanan Champion League menentang Napoli dengan berkesudahan Napoli menundukkan City, 2 - 1..
Liverpool pula berada dalam prestasi yang terbaik setelah berjaya menjinakkan Chelsea di Stamford Bridge pada perlawanan Super Sunday yang lepas..

King Kenny
King Kenny pastinya sukar untuk memikirkan kesebelasan utama menentang City selepas kecemerlangan yang ditunjukkan kesebelasan utama dan pemain simpanan ketika menentang Chelsea tempoh hari..
dengan Jamie Carragher sudah pulih dari kecederaan dan Steven Gerrard hampir pulih, Liverpool mempunyai banyak pilihan untuk diletakkan menentang City..

Player To Watch :

Liverpool : Luis Suarez

Luis Suarez
Luis Suarez adalah penjaring terbanyak liga untuk Liverpool pada musim ini dengan 4 gol..
kelincahan Suarez mencetuskan gerun kepada pertahanan lawan yang sentiasa berhati-hati apabila berdepan dengannya..
dengan keupayaan menggelecek dan menjaringkan gol, Suarez pastinya menjadi sandaran Liverpool untuk menundukkan City ahad ini..

Manchester City : Sergio Aguero & Mario Balotelli

Sergio Aguero
Aguero pemain yang baru di beli musim ini dan telah menjaringkan 10 gol untuk City dalam perlawanan liga musim ini..
Balotelli pula telah menjaringkan 6 gol dalam perlawanan liga musim ini..
Aguero yang bergandingan dengan Balotelli di possisi serangan pastinya menjadi sandaran City untuk menundukkan Liverpool..

Mario Balotelli
Manchester City pastinya mahu mengekalkan rekod tanpa kalahnya dan Liverpool mahu membuktikan yang mereka masih lagi salah satu pasukan terbaik di dunia ketika ini..
sekiranya menang, harapan Liverpool untuk kembali ke Top 4 semakin cerah..

Ramalan Kesebelasan Utama :


Liverpool


J. Reina
G. Johnson, J. Carragher, D. Agger, José Enrique
S. Downing,, Lucas Leiva, C. Adam, C. Bellamy
D. KuytL. Suarez

Manchester City

Joe Hart
M. Richards, V. Kompany, J. Lescott, G. Clichy
J. Milner, Y. Toure, D. Silva, S. Nasri
S. Aguero, M. Balotelli

Liverpool vs Manchester City Match Promo


Ramalan Keputusan :

Liverpool 2 - 1 Manchester City

Mampukah Liverpool menundukkan Manchester City?
sama-sama kita saksikan ahad ini..

Thursday, 24 November 2011

Somewhere Over The Rainbow



Somewhere Over The Rainbow - Conie Talbot

Somewhere, over the rainbow, way up high.
There's a land that i heard of
Once in a lullaby.
Somewhere, over the rainbow, skies are blue.
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday i'll wish upon a star and
Wake up where the clouds are far
Behind me.
Where troubles melt like lemon drops,
Away above the chimney tops.
That's where you'll find me.

Somewhere, over the rainbow, bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow,
Why then - oh, why can't i?
If happy little bluebirds fly beyond the rainbow,
Why, oh, why can't i?

Budak ni masuk final Britain's Got Talents 2007 dan pada masa tu baru berumur 6 tahun..
sangat suka dengar dan tiap kali tengok budak ni nyanyi kat youtube video masa kat Britain's Got Talents 2007, air mata ni macam nak mengalir..
tak tahu kenapa tiba2 jadi sebak..
she has an amazing voice..

Tuesday, 22 November 2011

Jangan Kutuk Fakri..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Fakri

sukan sea sudah berakhir tetapi kegagalan Ahmad Fakri Saarani menyudahkan sepakan penalti masih hangat diperkatakan..
jangan duk kutuk Fakri sangat..
player profesional eropah pun ade buat kesilapan macam tu..
malah ada yang lagi teruk sepakan penaltinya..
kalau tak caya tengok video kat bawah ni..

Alessandro Del Piero

siapa yang tak kenal Alessandro Del Piero player Juventus ni..
legend beliau ni..
tengok macam mana Del Piero ni ambil sepakan penalti..


lawak kan..
pengulas pun duk gelak je..
lagi teruk dari Fakri ni..hehehe..

apa-apa pun malam ni jom bagi semangat kat Harimau Malaya..
malam ni Malaysia vs Syria dalam aksi kelayakan sukan olimpik..
harap2 dapat masuk sukan olimpik pulak la..
kita tengok camne Fakri main malam nanti..
jangan kutuk Fakri tau..hahaha..

sekian wasalam..

Belakang Parang Kalau Diasah Lagikan Tajam..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Belakang parang kalau diasah lagikan tajam..
inikan pula otak manusia..
walaupun diri ini tak pandai tapi kalau rajin berusaha akhirnya akan pandai juga..
ianya pasti memerlukan usaha yang gigih dan berterusan..
suatu hari nanti ianya pasti akan tajam..

mata parang pula kalau dibiarkan akan tumpul juga nanti..
orang yang pandai tetapi malas akan berkarat juga otaknya nanti..
setajam-tajam mata parang pun akan tetap jadi tumpul kalau dibiarkan..
lama kelamaan belakang parang yang diasah pula yang akan menjadi mata parang dan sebaliknya..

peribahasa ni khas untuk diri sendiri yang teramat malas..
pilihan terletak ditangan sendiri..
anda mampu mengubahnya..hehe..

Monday, 21 November 2011

Tahniah Malaysia @ Harimau Muda

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Keputusan Perlawanan Akhir Sukan Sea Indonesia vs Malaysia :

Indonesia 1 - 1 Malaysia
Sepakan Penalti :
Indonesia 3 - 4 Malaysia 

Tahniah Malaysia kerana berjaya membenan Indonesia sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu..
game kali ini amat berbeza dengan game sebelum ini..
Malaysia bermain agak baik walaupun ketinggalan pada minit ke 5 selepas Gunawan menanduk bola dari sepakan penjuru..

gol Gunawan

selepas itu Malaysia terus menyerang bertali arus dan hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukan Asrarudin Putra Omar berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia..
Asrarudin selepas itu mendapat satu lagi peluang tetapi tandukannya meliar keluar..
pada minit ke 34 Asrarudin berjaya menebus kehampaan dengan menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran kapten Badrol Bakhtiar..

gol Asrarudin

kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kekentalan barisan pertahanan dan kecemerlangan penjaga gol kedua-dua pasukan menyaksikan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti..
Ahmad Fakri gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan hanya menyepak lemah bola dan diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia..
mujurlah sepakan pemain Indonesia terkena tiang dan seorang lagi berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi..
Badrol Bakhtiar memastikan kemenangan Malaysia dengan menyempurnakan sepakan terakhir walaupun hampir-hampir dapat diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia..

sepakan penalti

semua pemain bertindak cemerlang hari ini kecuali seorang sahaja..
permainan Ahmad Fakri memang amat mengecewakan dengan gagal menyudahkan beberapa peluang menjaringkan gol..
malah sepakan penalti pun gagal disempurnakan..
bukan nak kutuk tapi siapa yang tengok game ini mesti tahu macam mana Fakri main..

man of the match : Khairul Fahmi @ Apex

selepas tamat perlawanan beberapa pegawai Doping Test datang untuk membuat pemeriksaan keatas pemain Malaysia..
dan diberitakan kesemua pemain lulus ujian tersebut..

Liverpool FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia..

Titus Bonai, pemain Indonesia tidak ketinggalan mengucapkan tahniah ..

apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia..
MALAYSIA BOLEH..


Sunday, 20 November 2011

Keputusan Chelsea vs Liverpool

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Chelsea 1 - 2 Liverpool

Gol dijaringkan oleh :

Chelsea : Daniel Sturridge
Liverpool : Maxi Rodriguez, Glen Johnson

Line-up :

Chelsea :
Cech; Ivanovic, Luiz, Terry, Cole; Ramires (Meireles), Mikel (Sturridge), Lampard; Mata, Drogba (Torres), Malouda

Liverpool :
Reina; Johnson, Skrtel , Agger, Enrique; Kuyt, Lucas, Adam, Rodriguez (Downing), Bellamy (Henderson), Suarez (Carroll)

Maxi 11 dan Suarez 7 meraikan jaringan pertama Liverpool sambil diratapi oleh Peter Cech

Liverpool didepan pada separuh masa pertama hasil jaringan Maxi yang menyudahkan hantaran Craig Bellamy yang bermain hantaran cantik dengan Luis Suarez..

reaksi Sturridge setelah menjaringkan gol penyamaan.

pada separuh masa kedua, Chelsea membawa masuk Daniel Sturridge yang akhirnya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 55 dengan menyudahkan hantaran Florent Molouda..
Chelsea menggandakan asakkan selepas itu dan hampir didepan dengan David Luiz menanduk bola dari sepakan percuma tetapi Pepe Reina bertindak cemerlang untuk menepis bola tersebut daripada menerjah gawang..

Johnson merembat masuk gol kemenangan.

pada minit ke 88 Glen Johnson yang menerima hantaran cantik dari Charlie Adam bijak memperdayakan pertahanan Chelsea dan seterusnya menjaringkan gol kemenangan Liverpool..
jaringan tersebut dijaringkan 4 minit selepas Fernando Torres dan Raul Meireles masuk sebagai pemain gantian
ternyata Fernando Torres dan Raul Meireles terkena badi menentang Liverpool..

Lucas 21, Maxi 11, Kuyt 18, Suarez 7

Statistik Perlawanan :

Chelsea (1) - Liverpool (2)
19(3) Shots (on Goal) 9(3)
13 Fouls 12
6 Corner Kicks 5
1 Offsides 2
58% Time of Possession 43%
3 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
1 Saves 2

YOU'LL NEVER WALK ALONE


Saturday, 19 November 2011

Chelsea vs Liverpool

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


kehangatan bola sepak Sukan Sea menenggelamkan kehebatan English Premier League untuk seketika..
tapi yang pastinya perlawanan tumpuan minggu ini adalah Super Sunday Game, Chelsea vs Liverpool 20.11.2011 pukul 12 malam nanti di Stamford Bridge..
Chelsea sekarang berada ditangga keempat dengan 22 mata, 12 mata dibelakang pendahulu liga, Manchester City..
manakala Liverpool berada ditangga ketujuh dengan 19 mata, 3 mata dibelakang Chelsea..


Chelsea pastinya "menyoal siasat" bekas pemain Liverpool, Raul Meireles dan Fernando Torres untuk mengetahui kelemahan dan cara mengatasi Liverpool..
kedua-dua pemain ini juga berkemungkinan akan berada dalam kesebelasan utama pada malam esok..
mampukah Chelsea menumbangkan Liverpool??
sama-sama kita saksikan..


Liverpool mengharapkan kapten Steven Gerrard kembali cergas untuk mengetuai cabaran Liverpool menentang Chelsea..
Jamie Carragher yang sebelum ini cedera sudah bersedia untuk kembali beraksi pada perlawanan ini..
dan yang pastinya tumpuan diberikan kepada Luis Suarez yang menjaringkan 4 gol ketika Uruguay vs Chile..
Luis Suarez dilihat berada dalam prestasi terbaik untuk menggempur barisan pertahanan Chelsea..
mampukah Liverpool meratah Chelsea??
sama-sama kita saksikan..


Ramalan Kesebelasan Utama :

Chelsea

P. Cech
J. Bosingwa, B. Ivanovic, J. Terry, A. Cole
R. Meireles, Ramires, F. Lampard
D. SturridgeF. TorresJ. Mata

Liverpool

J. Reina
G. Johnson, J. Carragher, D. Agger, José Enrique
J. Henderson, Lucas Leiva, C. Adam, S. Downing,
D. KuytL. Suarez

Ramalan keputusan :

semestinya la Liverpool yang menang..
nama pun Liverpool Fan..hehehe
Chelsea 1 - 2 Liverpool..

Ramalan anda??