Subscribe:

Pages

Friday, 28 October 2011

Dengar Lagu Peteh Ganu Peteh dan Dapatkan Tiket Free..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

bahang final piala malaysia makin terasa..
Terengganu vs Negeri Sembilan..
dah tak lama dah..
sape2 yang takde tiket lagi tu cikgu ada nak bagi tiket free..
ramai tak yang nak ni..
ni la tiketnya..

ambik la sape yang nak tiket piala malaysia free ni..hehehe

sebelum ambik tiket ni jom la layan lagu Peteh Ganu Peteh dulu..


Akhir kata selamat maju jaya kepada Team Terengganu..
sekian wasalam..

Thursday, 27 October 2011

Blog Berwajah Baru..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


akhirnya siap juga edit template blog..
agak sayang jugak la nak tukar baju baru..
tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa juga la tukar..
semalam ramai sangat yang kompem tak leh masuk blog..
bila masuk laptop terus jadi hang dan sangkut2..
pasal apa sebenarnya tak tahu tapi bila dah tukar baju baru ni rasenye dah ok kot..
traffic blog pun dah kembali normal..
semalam kurang normal sikit..
check kat nuffnang semalam..
ada ke patut unik yang datang baru 181..
tapi paparan dah 4343..
memang abnormal kan..hehehe..

tengok ni traffic abnormal..

kalau ada apa2 lagi yang tak kena sila bagitahu ye..
harap2 dah takde masalah lepas ni..
apa2 yang perlu ditambah lagi pun sila bagitahu..
tak tahu apa sangat pasal blog ni..
masih lagi blogger hingusan..
ni pun nasib baik la akak PUTERI KASIH yang tolong tunjuk ajarkan..
kalau tak memang masih tak setel la masalah ni..
terima kasih kak..hehe..

Wednesday, 26 October 2011

Peteh Ganu Peteh..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

tak sangka kat Batu Pahat ni ade jual baju Terengganu..
dah rembat 1 helai untuk pakai masa final piala Malaysia..
ingatkan tak dapat la nak memeriahkan final piala Malaysia pakai baju Terengganu..
walaupun bukan jersi Terengganu tapi agak menarik juga la baju ni..
harga pun murah..
hanya RM15.00..
baju ni guna kain jersi..
tauke kedai tu ada suruh jual mana la tahu ada kawan2 lain nak baju ni..
ada budak rumah budak perak pun beli 1 baju ni..

ni la bajunya..
cantik kan..hehehe..


camera ni tak setting tarikh n masa..
tu yang menunjukkan 1/1/2008..hehehe..

sape nak beli t-shirt Terengganu ni boleh..
inform je..hehe..

akhir sekali selamat berjaya kepada TEAM TERENGGANU..
bawa balik piala Malaysia ke Terengganu..
kalau gagal cuba lagi tahun depan..
penyokong tu jaga tingkah laku..
jangan malukan Terengganu..
Terengganu kan terkenal dengan penduduk yang sopan santun dan baik hati..
hehehehe..

PETEH GANU PETEH..

Tuesday, 25 October 2011

Sajak Terengganu : Jadilah Awang

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Jadilah Awang..


Jadilah Awang,
Siang ke ayoh,
Jadilah isap dadoh.
Baliklah Awang tulong ayoh wat khije baruh.
Pingak leboh tebuan janji doh
Mung dia ni dok ketik.
Kuba baruh ajok mung kubang,
Kambing ayoh ajok mung khabat bukit,
Ayang lam gok ajok mung main galoh panjang.

Baliklah Awang,
Ayoh nok ajor mung semayang berimang,
Dok pasal juge mung bilang bulang bitang.

Awang,
Mung kang laki,
Bakpe dok panda pilih heroin,
Tera dulu makang peta,dok payoh makang ganja.
Tinggalah daun ketung, tera pulok makang ma'jong.

Awang, 
belajo makang bubur lambok,
Mane tau buleh ganti ubak batuk.
Tinggalah dadoh hei Awang,
Pagi ikut ayoh gi noreh getoh,
Tinggallah syabu ecstacy,
Balik krumoh mok rebuh tongkat Ali.

Awang,
Dulu mung gemuk setuku,
Lening kuruh ceding, 
lawo kucing.

Jadilah Awang,
Ayoh ingat lagi jamang budok mung panda cabut ubi,
Ayoh rindu nok tengok mung pikul padi uboh dalam kembong.
Ayoh suke tengok mung dok dangao tarik layuk hambat burung,
Mata kheling anok Klesom.

Jamang mung kecik
Ayoh warning tikuh jangan berambat, takut mung kejut.
Ayoh sms ke katok suruh panggil ujang,
Nok suruhnye mung tido panjang.

Bila mung beso mung jadi hanyut.
Pademu makan bende busuk,
Baik mung makan rumput.
Sedap mate tengok mung gemuk.

Jadilah Awang,
Baliklah ayoh nok suruh mung jadi orang.
Ayoh piak, ayoh debok, bukan benci ke mung.
Mok baloh nge ayoh malang,
Mok lari kelek kusang,
Mung tetap mok menang.

Kalu tin Milo ayoh tu mahal,
Ayoh nok gada
Nok cari petue dadoh ganja,
Nok suruh mung tinggal.

Awang,
Kita bukang orang kaye.
Ayoh noreh getoh, mok mung jual gambir.
Kalu mung berenti isap dadoh,
Kulit mung lembut macang kulit ayoh.
Tinggallah dadoh tu Awang.
Baliklah mok nok ajor mung semayang.

Sunday, 23 October 2011

Sihatkah Posisi Tidur Kita??

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Tidur merupakan kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang. 
Semasa tidur, kita dapat beristirahat dan akan merasa lebih segar ketika bangun..
Ada yang suka tidur posisi meniarap, menelentang, mengiring sebelah kiri dan kanan..
Namun adakah kita mengetahui kesan2 posisi tidur keatas diri kita??
Cara manakah yang paling baik untuk tidur??

Tidur Meniarap

  • kita akan berasa sesak nafas dalam masa yang singkat sekiranya tidur meniarap kerana tulang belakang yang terletak diatas akan menghalang otot2 dada berkembang ketika menarik dan menyedut nafas.
  • kita juga akan berasa senak perut, sakit leher dan sakit2 seluruh badan.
  • lebih menakutkan lagi ia boleh menyebabkan kegagalan paru2 dan otak kerana kekurangan oksigen.
Tidur Menelentang
  • tidur seperti ini akan menyebabkan mulut terbuka kerana otot rahang sebelah bawah merenggang. ini akan menyebabkan udara yang disedut oleh paru2 melalui mulut dan bukannya melalui hidung.
  • hidung merupakan organ pernafasan yang sangat penting. bulu hidung dan mukus berfungsi untuk menapis dan melembapkan udara sebelum ia masuk ke paru2.
  • tidur menelentang akan menyebabkan udara yang tidak bertapis masuk melalui mulut terus ke paru2 yang akan mendedahkan kepada penyakit batuk, sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru2.
  • tidur menelentang juga boleh menyebabkan kite berdengkur.
Tidur Mengiring Sebelah Kiri
  • tidur mengiring sebelah kiri tidak digalakkan kerana jantung akan ditindih oleh paru2 kanan yang saiznya lebih besar dari paru2 sebelah kiri.
  • ini akan melemahkan denyutan jantung terutama mereka yang menghidap masalah jantung.
Tidur Mengiring Sebelah Kanan
  • posisi terbaik untuk kita tidur sepanjang malam.
  • tidur cara ini akan membantu mempercepatkan pencernaan, mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan menapis serta melembapkan udara yang masuk ke dalam paru2.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Apabila kamu hendak tidur, ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat, kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan "

Riwayatkan oleh Bukhari daripada Al-Barra' ibn Aazib.

Sumber : GenQ..

Friday, 21 October 2011

Buku Yang Sangat Bagus Untuk Dibaca

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Anda Bertanya Ustaz Azhar Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa..
ini lah tajuk buku yang sangat bagus untuk dibaca..
soalan2 yang ditanya semasa siri kuliah dan ceramah Ustaz Azhar sudah dibukukan..
ianya banyak memberi manfaat untuk kita..
buku ini menjawab persoalan2 yang sering dihadapi oleh umat islam dan ada juga soalan yang rumit yang mencabar pemikiran seseorang menjawabnya..
Ustaz Azhar terkenal sebagai tokoh agamawan yang aktif mengajar agama di Malaysia..
dikenali sebagai ustaz yang berwatakkan selamba, humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja..

buku ini mempunyai 12 bahagian iaitu Taharah, Wuduk, Solat, Puasa, Zakat, Haji dan Umrah, Aurat, Jual Beli, Nikah dan Kahwin, Al-Quran, Halal dan Haram dan Isu Semasa.
jawapan yang dikemukakan senang difahami, mudah dan ringkas..
menggunakan Bahasa Melayu standard..

harga pasaran adalah RM15.00 untuk semenanjung malaysia..
RM17.00 untuk sabah dan sarawak..
harga adalah seperti yang dicetak dibelakang buku tersebut..
kat kedai buku Popular pun ada buku ini..
rasanya ada juga yang menjual secara online..
cikgu mendapatkan buku ini dari kedai popular..
apa lagi jom la kita beli buku ni..
nak tahu lebih lanju boleh melawat page Ustaz Azhar..

sekian wasalam..

Thursday, 20 October 2011

Bekas Pemimpin Libya Muammar Gaddafi Terbunuh

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sedang tengok2 status kat facebook tiba2 terpandang berita yang mengatakan Gaddafi dah terbunuh..



sumber dari BBC News mengatakan Bekas Pemimpin Libya Kolonel Muammar Gaddafi telah terbunuh setelah satu serangan di rumahnya di Bandar Sirte

ni berita bahasa inggerisnya..

Libya's ex-leader Col Muammar Gaddafi has been killed after an assault on his home town of Sirte, officials from the transitional authorities have said.
Information Minister Mahmoud Shammam said fighters had told him they had seen Col Gaddafi's body, and other officials also said he was dead.
The claims have not yet been independently verified, and other reports said he was captured alive.
The colonel was toppled in August after 42 years in power.

nak berita lebih lanjut boleh klik kat sumber BBC News disini..

Tuesday, 18 October 2011

Entry Promote : Contest Novel Bersiri Setulus Kasih Maisara

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

kepada sesiapa yang berminat nak join contest..
kepada sesiapa yang kreatif tapi tiada medium untuk menyampaikan kekreatifan anda..
kepada sesiapa yang ada masa terluang tetapi tidak ada pengisiannya..
kepada sesiapa yang masih buntu mencari idea untuk membuat entri..
kepada semua pembaca blog Puteri Kasih..
bersama2 la kita memeriahkan lagi contest ni..
SEMUA BOLEH JOIN..hehe

tak tahu cara nak join??
senang sahaja kawan2..
step2 ada kat bawah ni..

Klik gambar untuk link ke blog Puteri Kasih..

Seperti yang pernah puteri janjikan sebelum ni, selesai je novel bersiri Setulus Kasih Maisara, Puteri akan buat kuiz. Namun puteri ubahkannya sedikit menjadi contest. Jadi pagi ini dengan secara rasminya puteri lancarkan contest yang pertama di blog puteri ini. You all sudi nak join tak?
Syarat-syaratnya :-
1) Buat entri bertajuk ‘Contest Novel Bersiri Setulus Kasih Maisara’letakkan banner novel bersiri Setulus Kasih Maisara dan linkkan ke entri ini.
2) Serlahkan daya kreativiti you all :-
a) Puteri nak you all reka penamat tersendiri untuk novel bersiri Setulus Kasih Maisara ini. Bermula dengan ayat ini‘Setelah Putera Hazli pergi dan tidak lagi muncul dalam mimpi Maisara…….(tidak kurang dari 100 patah perkataan)
b) Saya suka/tidak suka blog puteri kasih kerana…… (tidak melebihi 20 patah perkataan)
3) Tag seorang rakan (nak tag lebih pun dibenarkan)
4) Siap? Jangan lupa tinggalkan link entri dalam komen di bawah ini.
5) Tarikh tutup (31/10/2011)
Entri-entri akan diadili oleh puteri dan juga seorang juri istimewa. Puteri terpaksa sembunyikan identiti juri istimewa ini sehingga keputusan diumumkan nanti. Pemilihan pemenang akan dibuat berdasarkan kekreatifan dan keaslian cerita you all tu dan juga menepati setiap syarat yang diberikan.  Keputusan juri adalah muktamad.
Hadiahnya….
1) Hadiah misteri hasil tangan puteri sendiri
2) Iklan banner selama sebulan di blog puterikasih.com
3) Peserta pertama yang menghantar entri juga akan mendapat hadiah misteri
Simple je kan? Pi mula mengarang sekarang :P



Sunday, 16 October 2011

My Future Plan

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


semester akhir kat UTHM ni cikgu dah mula berkira2 mencongak masa depan cikgu..
sebelum menghabiskan latihan mengajar pada tahun depan cikgu kena pilih mana 1 plan untuk masa depan..
plan ni akan menentukan hala tuju cikgu pada masa depan..
tersilap langkah pastinya akan mencetuskan rasa sesal yang teramat sangat..
cita2 cikgu selain dari kahwin 4 adalah nak mendapatkan PHD..hehehe..
diharap akan tercapai la cita2 ni..
doakan ye kawan2 semua..

PLAN 1

selepas degree tunggu interview dari KPM..
lulus interview tunggu pula akan ditempatkan di sekolah mana2..
kahwin selepas setahun mengajar..
2 @ 3 tahun lepas tu sambung master kat IPTA part time atau full time..
sambung master setahun setengah..
abis master umur dah dalam 29 tahun..
mengajar lagi dalam 2 tahun..
selepas tu sambung pula PHD secara part time atau full time..
dianggarkan dapat PHD umur 35 tahun..
selepas tu baru tumpukan sepenuh perhatian kat family, tugas dan masyarakat..
berbakti untuk masyarakat..
kelebihan plan 1 ni adalah dapat kahwin awal..hehehe..
gaji pun akan dapat juga..
tidak terbeban dengan hutang..
kerja pun boleh dikira terjamin la..

ATAU PUN..

PLAN 2

selepas degree tak payah tunggu interview dari KPM..
apply untuk jadi tutor kat IPTA..
dah jadi tutor tu diberi masa setahun untuk mencari tempat sambung master..
umur 26 sambung master dan 27 dapat master..
keje lagi setahun sebelum sambung PHD..
umur 28 sambung PHD dan umur 31 dapat PHD..
selepas tu baru fikir nak kahwin..
umur 32 kahwin dan tumpukan sepenuh perhatian pada family, tugas dan masyarakat..
kelebihan plan 2 ni adalah dapat full gaji tutor masa sambung belajar sekali pakej dengan biasiswa..
dapat PHD masa umur lagi muda..
tidak terbeban dengan hutang..
kerja pun dah terjamin..

ATAU PUN

PLAN 3

selepas degree terus sambung master..
mesti pilihan utama penajaan adalah PTPTN..
umur 26 dah dapat master..
selepas tu sambung terus PHD..
umur 29 dijangka dapat PHD..
selepas tu baru kerja dan cari duit untuk kahwin dan bayar hutang PTPTN..
kelebihan plan 3 ni dapat PHD umur yang lagi muda..
tapi dibelengu dengan hutang..
kerja pun tak terjamin lagi..

yang mana korang rasa plan yang terbaik??


Friday, 14 October 2011

Bola Sepak Hati..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

tahniah kepada Terengganu dan T-Team kerana berjaya melangkah ke separuh akhir piala Malaysia..
tidak lupa juga kepada Selangor dan Negeri Sembilan yang turut layak..
Terengganu menumpaskan Kelantan dengan agregat 5-3..
manakana T-Team menumpaskan Sabah dengan agregat 4-2..
selepas ini Terengganu akan menentang Selangor..
manakala T-Team akan menentang Negeri Sembilan..
harap2 dapat final akan menemuka pasukan adik beradik ni..
tapi bola itu bulat..
apa sahaja boleh berlaku..
bersama la kita saksikan perlawanan peringkat separuh akhir nanti..
tengok dengan semangat kesukanan..
tak payah nak kutuk2 team lain..

namun kemenangan Terengganu dan T-Team ni tak mampu mengembirakan hati yang tengah bersedih tanpa sebab..
oh hati mengapa engkau kusut..
oh fikiran mengapa engkau bercelaru..
mungkin ini balasannya..
balasan dari apa yang dilakukan pada masa lepas..
kenangan silam kembali menghantui diri..
tak sanggup rasanya nak mengingati balik..
namun apakan daya..
kenangan yang lepas la yang menjadikan diri ini lebih kuat dari sebelumnya..
belajar dari kesilapan yang lepas..
terima la diri ini seadanya..

Thursday, 13 October 2011

Malas Tapi Datang Awal..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

jadual padat minggu ini akhirnye bertukar kurang padat..
semuanya kerana malas..
hari ni selepas kelas sepatutnya kena menghadiri satu kursus..
seperti yang dijanjikan selepas kelas terus pergi ke tempat kursus tu..
tapi sampai je kat situ tengok2 tiada orang pun..
oleh kerana malas nak menunggu orang2 lambat jadi keputusan sepakat satu rumah diambil..
lepak kedai mamak dan makan nasi lemak dan roti canai..
lepas tu balik rumah dan tidur..
kursus yang dijadualkan sampai pukul 5 tak tahu apa yang jadi..
sape suruh yang handle kursus pun lambat kan..
salah siapa sebenarnya..
hanya orang2 yang lambat dan rajin je la yg join kursus tu..
cikgu yang datang awal dan malas boleh berbahagia kat rumah..hahaha..
tapi yang tak bahagianya bangun je dari tidur perut terus lapar..
adoiii mana la nak cari nasi masa ni..
kedai pun baru je nak buka..hehehehe..


moral of the story : jadi la rajin dan datang la awal..jangan biarkan orang menunggu kita..hehehe..

Tuesday, 11 October 2011

Wajah Bakal Guru-Guru Dari UTHM..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
sudah bersiap sedia untuk menjadi cikgu yang berjaya dan terampil..
yang paling penting disenangi oleh semua golongan..

tahun depan akan menjalani Latihan Mengajar selama 4 bulan..
siapa tahu sekolah teknik & vokasional mana yang best..
boleh la kongsikan ye..hehehe..



  sajak Guru oh Guru daripada Usman Awang untuk bakal guru sekalian..

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Saturday, 8 October 2011

Paul Mccartney Kahwin buat kali ketiga hari ini..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


masih ingatkah anda semua dengan band The Beatles..
masih ingatkah lagu Help, All My Loving, And I Love Her, Hey Jude, Get Back, For No One, In My Live dan banyak lagi yang masih top sekarang..
cikgu minat betol dengan The Beatles ni..
tiap2 hari mesti dengar lagu diorang..
lagu2 diorang memang best sampaikan dengar banyak kali pun tak boring..
The Beatles dianggotai oleh 4 orang..
John Lennon, Paul Mccartney, Ringgo Star, George Harrison..
sekarang ni yang masih hidup hanya 2 orang iaitu Paul dengan Ringgo..
John mati ditembak manakala George mati sakit..
berbalik kepada tajuk entri ni..
berita ni cikgu baca kat harian metro..


LONDON: Bekas anggota kumpulan Beatle, Paul McCartney berkahwin buat kali ketiga, hari ini.
Penyanyi itu dan Nancy Shevell akan berkahwin dalam satu upacara sivil di London.

Akhbar The Dailly Mirror dan The Sun semalam melaporkan pasangan itu akan berkahwin di Pejabat Pendaftar Marylebone London dengan disaksikan oleh 30 tetamu.

Ia merupakan tempat di mana McCartney mengahwini isteri pertamanya Linda pada tahun 1969 ketika Beatles di puncak populariti. Linda meninggal dunia akibat kanser buah dada pada 1998.


Menurut Daily Mirror, “Mereka mendapat keizinan khas daripada majlis untuk berkahwin pada hari Ahad (hari ini) dan berkebetulan ia jatuh pada tarikh hari jadi ke 71 bekas anggota kumpulan itu John Lennon.”

Kerjasama antara McCartney dan Lennon dalam The Beatles pada tahun 1960-an telah menghasilkan beberapa lagu yang terkenal dan malar segar sehingga sekarang.

Sumber yang rapat dengan McCartney memberitahu, “Acara perkahwinan mereka tidak keterlaluan dan harmoni.” - Reuters 

Friday, 7 October 2011

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..



Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




copy paste dari facebook

Thursday, 6 October 2011

Nyanyian Nasihat Hijab Untuk Para Hawa..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

jom la sama2 kita dengar lagu ni..
lagi best dan banyak manfaat dari lagu melayu yang femes sekarang ni cinta muka buku,pokok dan yang sama waktu dengannya..
sama2 dengar dan hayatinya..
semoga ianya memberi banyak manfaat kepada kita..


Bergambar Kenangan Sem Akhir..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

pagi tadi tengah panas bergambar kenangan 1 kelas..
tapi gambarnya tak siap lagi..
photographer tu cakap dalam 2 minggu baru siap..
untung jugak jadi photographer ni..
1 kelas ada 33 orang..
1 set combo A gambar berharga RM21.00
1 kelas diorang boleh dapat RM693..
kat UTHM ni ada banyak kelas..
ni hanya kerja untuk 2 hari, khamis & jumaat..
lumayan jugak kan..hehehe..

yg ni macam eksekutif muda yg skema kan??
hehehe..

ada gaya macam jutawan MLM x??
ataupun duta UTHM??
hehehehe..

yg ni pulak macam ape??
vintage star ke??
hahahaha..

Tuesday, 4 October 2011

Kelas Bahasa Terengganu 5

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
guane gamok awok2 seme??
arap2 segor megor la belake..
kelas bahasa Terengganu akan disambung kembali selepas agak lama ditangguh atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan..


Perkataan minggu ini :

BEKOK COBBONG
bermaksud bengkak yang teramat sangat, benjol

contoh ayat :
mung ar ni tumbuk muke aku sapa bekok cobbong doh..
(awak la tumbuk muka saya ni sampai bengkak dah)

@

bekok cobbong muke aku kene ketik ke tebuan..
(bengkak muka aku sebab disengat oleh tebuan)

sekian sahaja untuk kelas minggu ini..
berjumpa lagi pada kelas yang akan datang..
sekian terima kasih..

Sempurnakan penutupan aurat anda..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..



Monday, 3 October 2011

Panduan dan maklumat pada tayar kenderaan

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin juga ramai yang tak tahu..
jadi dikongsikan sebagai untuk mengingatkan balik kepada yang dah tahu dan memberi ilmu baru kepada yang masih belum tahu..
jangan main tukar je..hehehe..

biasanya kita memilih tayar berdasarkan nombor pada tayar tu kan..
contoh nombor kat tayar diatas P185/60R14 82H

Nombor 185 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.

Nombor 60 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. 

Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.


Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Rujuk jadual index beban. oleh kerana kereta menggunakan 4 tayar, darabkan berat dengan 4..

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Rujuk jadual kadar kelajuan.

Saturday, 1 October 2011

Akhirnya dapat juga..murah pula tu..hehehe..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

setelah agak lama duk survey barang ni secara online..
semalam dapat juga beli tapi bukan beli secara online..
beli kat bazar karat kat JB..
harganya dua kali ganda lagi murah dari tempat lain..
kat tempat lain biasanya jual RM90 +-..
tapi kat bazar karat hanya RM40 sahaja..
amat murah kan..
jadi berbaloi la g melancong ke JB semalam..

ni la barangnya..beats by dr.dre..

asalnya g JB nak g lepak kat danga bay & layan life band..
tapi life band yang ada hanya nyanyi lagu cina..
so pindah tempat g pusing2 bazar karat..
dah penat pusing tu ingatkan nak g The Zone tapi parking penuh pulak..
apa lagi, pusing balik Batu Pahat la..
sampai rumah dalam pukul 4 pagi..
ni pun ada rasa ngantuk lagi ni..
tapi lapar sangat2..hehehe..

ok sekian terima kasih..