Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
cikgu bukan la otai blog dan belum cukup setahun lagi berkecimpung dalam arena per'blog'kan ini..
malah bilangan traffic yang lalu-lalang blog cikgu masih rendah..
entri pun belum cukup bagus..
rupa blog agak tidak menarik perhatian pengunjung..
namun cikgu nak berkongsi jugak la cara cikgu berblogging..
ini adalah antara cara cikgu dan cara cikgu mungkin jauh berbeza dengan cara anda semua..
- semasa membuat entri, tidak perlu menggunakan bahasa yang kasar atau lucah yang mana boleh menyinggung perasaan pembaca. hati pembaca tidak sama. ada yang mudah tersinggung dan ada juga yang lambat tersinggung.
- menulis menggunakan akal dan bukan menggunakan emosi. elakkan menulis ketika emosi tidak stabil.
- banyakkan entri yang mana boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
- elakkan daripada membuat entri yang boleh memberikan kita "saham" dosa setiap kali pembaca membaca contohnya entri lucah ataupun entri yang menunjukkan aurat seseorang. ini kerana setiap kali pembaca membaca kita akan mendapat "saham" tu. bayangkan kalau sehari 100orang yang membaca dan berterusan selama beberapa bulan atau tahun. berapa banyak "saham" yang kita dapat?
- tidak perlu menghentam blogger lain walaupun ada yang menghentam kita. api kalau dilawan dengan api semakin parah la jadinya.
- sentiasa berfikir yang blogger lain lagi power dan pandai dari kita..
- jangan segan-segan nak tolong blogger atau pembaca yang memerlukan bantuan dari kita mengikut kemampuan kita sendiri.
- cikgu membenarkan copy & paste. kalau nak copy ambik je la. ilmu adalah untuk dikongsi.
- jangan sombong dan sentiasa merendah diri.
- luangkan sedikit masa untuk blogwalking. bagus untuk menaikkan traffic blog. berusaha untuk membalas jejak semua pengunjung yang meninggalkan jejak. kalau ada yang tidak dibalas tu mungkin disebabkan kesilapan diri sendiri dan kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan.hehehe
- orang nak mengata apa tu diorang punya pasal. rileks sudah.
- berblogging dengan cara yang sihat. niat kena betul.
cukup la setakat ni tips blogging cara cikgu..
cikgu ada dua blog..
jom la sama-sama kita singgah menyinggah..hehe
sekian wasalam..










