Subscribe:

Pages

Saturday, 30 July 2011

Tamat Sudah Kursus Sijil Kemhiran Malaysia Shield Metal Arc Welding..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menamatkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 JuruKimpal Logam Arka Berperisai atau nama orang putihnya Shield Metal Arc Welding (SMAW) di ADTEC Batu Pahat dari 13/6/2011 hingga 29/7/2011. 

Minggu 1 dan 2 : Safety & Cutting Process


Oxy-acetylene Cutting



antara projek yang siap..ada banyak lagi projek tapi lupa nak ambik gambar..hehe..

Minggu 3-7 : SMAW & Quality Control

 Kedudukan Welding 6G..tak ramai yang dapat ni..hehe

antara projek yang siap..ada banyak lagi projek tapi lupa nak ambik gambar..hehe..

kat bawah ni adalah kerja Quality Control..

ianya terbahagi kepada 2 iaitu Ujian Musnah (Destructive Test) dan Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive Test)..
tujuannya adalah untuk menguji kekuatan kimpalan..
contoh Ujian Tanpa Musnah (Non Destructive Test) yang biasa dilakukan dalam kimpalan :
  1. Visual Inspection
  2. Dye Penetrant Test
  3. Magnetic Partical Test
  4. Ultrasonic Test
  5. Eddie Current Test
  6. Radiographic Test (X-Ray/Gamma-Ray)
contoh Ujian Musnah (Destructive Test) yang biasa dilakukan dalam kimpalan :

  1. Ujian Bengkokkan (Bend Test)
  2. Ujian Kelar Patah
  3. Etching Test
  4. Impact Test
  5. Tensile Test
  6. Hardness Test
Cara-cara membuat spesimen dan melakukan ujian bengkokkan dan ujian kelar patah.

 bahan kerja yang telah siap ditanda dan akan dipotong..

 Spesimen yang telah siap dipotong dan di "grind"

spesimen yang telah siap dibengkokkan

ni la hasilnya dan akan dianalisa oleh inspector welding..



Bergambar bersama pensyarah ADTEC..ni la kesemua pelajar welding..hehe..

Thursday, 28 July 2011

Kelas Bahasa Terengganu 2

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
guane gamok awok2 seme??
arap2 segor megor la belake..


Perkataan minggu ini :

CAKDUH
bermaksud cuai..

contoh ayat :

CAKDUH NGGUH DEME NI..
(cuai sungguh awak ni)

ataupun

DOH BAKPE CAKDUH NGAT MUNG WAT KIJE NING???
(kenapa cuai sangat awak buat kerja ni??)


sekian sahaja kelas untuk minggu ini..
kalau nak request perkataan untuk kelas akan datang pun boleh..
email dah ada kat header bahagias atas blog ni..hehe
berjumpa lagi pada kelas yang akan datang..
sekian terima kasih..

Tuesday, 26 July 2011

Hanya Di Terengganu

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara




Bas Bandar Kuala Terengganu..
menarik kan bas ni..hehehe..
hanya di Terengganu anda akan nampak bas ini..
bas ni bergerak untuk meronda-ronda sekitar bandar Kuala Terengganu..
kalau dah sampai di Kuala Terengganu tu jangan segan-segan nak naik bas ni..
bukan senang nak jumpa bas unik ni..hehehe..

Monday, 25 July 2011

Mengelakkan Sikap Takabbur..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..




Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu:

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dengan dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Sunday, 24 July 2011

Entri Ringkas : Tengah Buat Apa??

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


ape pendapat anda semua tentang gambar ni..hehehe..

Thursday, 21 July 2011

Kelas Bahasa Terengganu 1

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
guane gamok awok2 seme??
arap2 segor megor la belake..


hari ni kelas bahasa terengganu yang pertama..
jadi cikgu taknak ajar yang susah2..

perkataan minggu ini :

GUANE GAMOK
bermaksud apa khabar, apa cerita..

perkataan ini biasa digunakan untuk bertanya khabar seseorang..

contoh ayat bertanya khabar : 

GUANE GAMOK DEME LENING??
(apa khabar awak sekarang)

kalau ada orang yang tanya macam ni jawab lah :

ALHAMDULILLAH SEHAT SOKMO AMBE LENING..DOH DEME GUANE??
(Alhamdulillah saya sekarang sihat..awak macam mana?)

sekian sahaja kelas untuk minggu ini..
berjumpa lagi pada kelas yang akan datang..
sekian terima kasih..

Tuesday, 19 July 2011

Bahasa Terengganu..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


ramai yang tidak faham apa maksud entri sebelum ini kan..
sampaikan ada yang bertanya guna bahasa apa..
sebenarnya itu adalah bahasa yang kedua hebat di dunia..
yang nombor satu bahasa arab..
nombor dua bahasa terengganu..
bukan cikgu yang cakap tapi Ustaz Azhar..
kalau nak tahu apa sebabnya boleh tengok video kat bawah ni..


kali ni cikgu guna bahasa melayu baku..
ada juga yang tidak faham??
anda semua nak entri bahasa terengganu lagi ke tak nak..
kalau nak kita boleh adakan kelas bahasa terengganu sekali seminggu..hehe

sekian wasalam..


Sunday, 17 July 2011

Entri Ikuk Dang..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

cikgu masih mencari..
takde ke sape2 nak jadi awek cikgu..hehehe..
nyaknye ke cikgu ni duk sorang2..
bahang gambang je entri ni..
mata doh bekok cobong tapi xboh tido lagi..
koho-koho doh nok duk atah lembek ni..
bolok wok kali malam ni..
tido lewat malam ni esok bangun dok rok cetong..
 siyes berat nanang..haha..

faham tak??hehe

sekian terima kasih..

Tuesday, 12 July 2011

Perumpamaan yang perlu difahami oleh muslimah..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..



p/s : tutuplah aurat dengan sempurna..hehe

Friday, 8 July 2011

Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

semalam sebelum makan malam..tiba2 telefon berbunyi..

cikgu : hello..Assalamualaikum..

mak : Waalaikumussalam..

cikgu : ye ade ape?

mak : ade duit ke tak lagi?

cikgu : ade lagi sikit..

mak : ade berape?

cikgu : ade RM100 je..

mak : tengok la nanti hari sabtu ni lepas ayah jual ikan ma g bank masuk duit..nak berapa??

cikgu : masuk la berape pun..kalau tak cukup nanti minta lagi..

mak : cakap la nak berape..nanti senang tak yah g bank 2 3 kali..balik bila??

cikgu : balik bulan 8 ni..ansuran kereta RM300..rumah sewa RM100..belanja RM300..duit balik kampung RM100..RM800 la semua..(cakap dengan segan)

mak : kan senang cakap RM800 terus..tengok la hari sbtu petang ma g masuk..

cikgu : ok..

mak : Assalamualaikum..

cikgu : waalaikumussalam..

sangat terharu dan segan..segan nak minta duit banyak2 ni..tapi loan memang tak masuk lagi..terpaksa la minta..tiap kali telefon mesti tanya pasal duit cukup ke tak..takutnya anak dia tak cukup makan kat sini..mak pernah cakap kalau untuk belajar mak sanggup habiskan duit sampai bergadai..tu yang jadi motivasi nak teruskan belajar ni..belajar selagi ada peluang..i love u mom..and dad too..

note : dialog telah di translate kan ke bahasa melayu standard..kalau bahasa terengganu confirm ramai yang tak faham..

Tuesday, 5 July 2011

Kenangan Zaman Sekolah..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

klasik gambar ni..
time ni baru je masuk tingkatan 1..
tahun 2000..
masa ni skema sangat2 lagi..hehe..
tengok gambar ni teringat balik kenangan2 kat sekolah dulu..
banyak sangat kenangan..
kalau la boleh sekolah balik..hehe..

cuba teka yang mana 1 cikgu..hehehe..

Sunday, 3 July 2011

Dah 3 julai rupanye..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

dah 3 julai 2011 rupanye..
ingatkan baru 1 julai..
sibuk sampai terlupa barapa hari bulan..
ansuran kereta lupa lagi nak bayar..
roadtax kereta lupa lagi nak tampal..
aduhai banyaknya lupa..
adakah sebab makan semut banyak ataupun makan kepala udang..hehe..
nasib baik bab makan tak lupa..
kalau lupa juga tak tahu la nak cakap apa..hehe..
apa-apa pun malam ni kena sediakan check list untuk benda yang belum settle lagi..
takut nanti akan terlupa sampai ke tarikh luput benda tu..

esok akan kembali sibuk dengan kursus SKM..
pagi je dapat berblogging kejap..
tu pun kalau la bangun awal..hehehe..
malam tu dalam pukul 12 pun dapat berblogging kejap..
cukup la sekadar membalas jejak rakan2 yang datang..
sekian terima kasih..hehe..

tengok la bila rindu..hahaha..takleh blah..

Cikgu : jangan makan semut..hehehe..