Subscribe:

Pages

Thursday, 26 May 2011

Awas Perempuan Berkepala Seperti Bonggol Unta

Assalamualaikum w.b.t.

awas kepada perempuan yang sukakan fesyen tudung bonggol unta..
sila baca dulu sebelum anda memakainya..
sebab semakin lama semakin ramai yang kepalanya berbonggol..
sampaikan ada yang sanggup letak bekas apa ntah semata2 nak bagi orang lain tengok dia punya bonggol lagi tinggi..hahahaha..

tidak lupa juga kepada perempuan yang berpakaian telanjang..
macam mana tu??dia pakai baju pastu dia buka depan orang ramai ke??
hahaha..ni perempuan yang suka pakai ketat2 la..
saiz badan L tapi nak pakai saiz S..
sama2 la kita renung2kan..

Wednesday, 25 May 2011

Buku Yang Bagus Untuk Dibaca

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

malam ni nak kongsikan buku yang best untuk dibaca..
best buku ni..
banyak yang boleh dipelajari dalam buku ni..
terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd..
tajuknya Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains..
tak habis lagi baca ni..
baru peringkat permulaan..
jom baca sama2..hehe..


Tuesday, 24 May 2011

Sape ada jual jersi Liverpool away yang baru...

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


teringin la nak beli jersi Liverpool away yang baru ni..
musim depan last adidas punya logo ada kat jersi ni..
memang nak kena beli jugak la..
tapi taknak beli yang original..
nak beli yang made in Thailand je..
murah banyak daripada yang original..
so siapa2 yang ada jual jersi ni secara online boleh la inform..
malas nak g rantau panjang..

Sunday, 22 May 2011

Kawan Sejati


A true friend scolds like a dad,
cares like a mom,
teases like a sister,
irritates like a brother,
and finally loves you more than a lover..

Thursday, 19 May 2011

Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) gantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)


PROSPEK mulai 1 Julai dinilai panel berwibawa

PUTRAJAYA: Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.

Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini.

Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara.

Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan.

“Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi.

“Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu.

Pengumuman pemansuhan PTK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Wednesday, 18 May 2011

senaman best..bukan poco2 ni..hehehe..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara...

senaman ni lagi best dari poco2 tau..hehe
sesuai untuk diajar kepada budak2 tadika atau pun sekolah rendah..
amat menarik jugak la..
kalau tengok murid2 mengantuk boleh la buat senaman ni..
untuk ajar anak2 kat rumah pun menarik ni..
daripada duk belaja poco2 baik belaja senaman ni..
jom la layan..hehehe..

video


Monday, 16 May 2011

Berita baik buat guru

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sempena hari guru, PM kita bagi berita baik untuk guru2 sekalian..

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. - Bernama

kriteria penting untuk menjadi cemerlang

INFO

Antara kriteria penting untuk menjadi cemerlang:



  • Optimistik iaitu sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan.



  • Doa tu penting.




  • Tidak bersikap pesimistik, mengalah atau mudah berputus asa.




  • Kesedaran memikul tanggungjawab akan menjadikan pelajar lebih gigih berusaha untuk mencapai matlamat.



  • Tumpuan sepenuh hati. 



  • Mulakan dari awal dengan membuat persediaan dan tidak menjadi bidan terjun ke dewan peperiksaan.




  • Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran.




  • Sering masuk perpustakaan kerana ia pusat gedung ilmu pengetahuan.




  • Sanggup dan terbuka menghadapi cabaran.  
  • Sunday, 15 May 2011

    Selamat Hari Guru...

    Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
    sempena hari guru ni, ucapan selamat hari guru kepada cikgu Tabika Kemas Felda Kerteh 2 (1993), cikgu Sek Keb Rasau Kerteh Bandar B1 (1994-1999), Cikgu2 Sek Men Seri Rasau (2000-2004), pensyarah2 Politeknik Seberang Perai (2005-2008), pensyarah2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2009 - sekarang) dan kepada semua warga pendidik di Malaysia serta di seluruh dunia..
    tidak lupa juga kepada semua yang bakal menjadi pendidik..
    sesungguhnya jasa guru tak dapat dibalas..
    rindu la kat cikgu2 semua..
    SELAMAT HARI GURU..
    JASAMU TETAP DIKENANG SAMPAI BILA-BILA..
    TERIMA KASIH CIKGU..

    video
    Sajak Untuk Guru

    video


    video
    Terima Kasih Cikgu

    video
    Biar ku Menjadi Lilin

    Biarku menjadi lilin
    Memberikan cahaya
    Terangi sekeliling dengan diri terbakar
    Tak siapa yang sedar
    Disaat kegelapan rela aku berkorban
    Demi satu harapan

    Biar masa berlari
    Dan kau terus mendaki
    Aku tenang disini dengan sabar menanti
    Tanpa dendam dan benci
    Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
    Kurawat biar sembuh

    Aku tak kan bertanya
    Apakah nanti balasannya
    Setiap pengorbanan setiap pemberian
    Demi satu ikatan

    Keikhlasan dihati
    Walaupun kau ragui
    Pada suatu masa dan suatu ketika
    Akan ketara jua

    Biarku menjadi lilin
    Memberikan cahaya
    Saat kau kesepian saat kau kegelapan
    Kurela menerangkan

    Aku senang begini dapat terus berbakti
    Dengan cara sendiri