Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
panas jugak la baca berita harian hari ni..
cikgu malas nak ulas panjang..
korang boleh ulas sendiri mengikut kesukaan korang..
mungkin ramai yang setuju dan ada jugak yang tak setuju..
cikgu semestinya tak setuju..hehehe..
tak nampak ke??nak yang lagi jelas??
baca yang kat bawah yang di copy dari berita harian..
SEPUPU TT membebel minggu ni, bukan marah kat suami dia tapi geram habis kat cikgu anak dia. Satu spesies, spesies TT.
“Tak fahamlah cikgu zaman sekarang. Kata pendidik, so, didiklah. Ni nak jalan mudah, baik tok sah (jangan) jadi cikgu macam tu!” bebel si S ni, macam bertih jagung. Cop, cop, kejap, kata TT. Apa ceritanya ni yang sampai geram sangat.
Kisahnya, tiba-tiba dapat panggilan daripada seorang guru perempuan anak dia. Mengadu kononnya anak S ni tak buat kerja rumah, banyak alasan, buku hilanglah, itulah, inilah. Itu S boleh terima, kata S, kalau cikgu nak membebel. Tapi yang dia tak tahan tu bila cikgu tu, macam `ugut’ nak pindahkan anak dia ke kelas nombor dua dan siap cakap, `saya nak pukul tak bolehlah pulak’.
Amboi, TT dengar pun, panas telinga ni, sakit hati. Senangnya cikgu macam tu. Anak murid ada masalah sikit, pindahkan kelas, ada hati nak pukul pulak tu.
“Kalau betul anak S bermasalah, kenapa sebelum ni cikgu tu tak call langsung. Kenapa keadaan dah teruk sangat, macam yang cikgu tu cakap, baru nak call parents, siap nak pindahkan kelas, siap cakap saya dah tak tahan dengan perangai anak puan. Macam ni ke pendidik sekarang?,” tambah S.
Yalah, macam ni ke cikgu zaman sekarang. TT pun tak faham! Kalau betul anak murid awak tu bermasalah, kenal pasti kenapa dia macam tu, tanya, kenali anak murid dan bantu selesaikan masalah tu. Mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah, cikgu la pulak, bukannya bila anak murid ada masalah kat sekolah, terus pass balik kat mak bapak! Senang sangatlah kerja cikgu kalau macam tu...
TT bukan nak kondem cikgu zaman sekarang tapi cuma nak buat perbandingan, bagaimana berdedikasinya cikgu zaman dulu, betapa sayangnya mereka pada anak didik dan sejauh mana kasihnya mereka pada anak murid, tak ubah macam anak sendiri. Tak kiralah, baik cikgu lelaki mahu pun cikgu perempuan.
TT pun ada beberapa guru kesayangan yang TT ingat sampai sekarang. Bila TT buat silap, tak tahu nak buat kerja rumah, marah tu memang sahlah, kan, tapi marah dia orang tak ubah seperti marah sayang ibu bapa. Marah sebab nak mendidik kita, marah sebab nak bagi kita pandai, marah sebab sayangnya mereka pada kita dan mahu kita jadi insan berjaya.
Sekarang? Cikgu cabul murid, cikgu usik murid, bukan cikgu lelaki je, yang perempuan pun sama naiknya! Apa kes? Memang bilangan kes tak banyak, berbanding bilangan guru yang ramai, tapi dalam kerjaya mulia begini, angka, banyak sikitnya kes tak boleh dijadikan ukuran. Ada je kes, itu dah kira serius. Ini kerjaya yang sepatutnya, salah laku sifar!
Susah nak faham kenapa benda macam ni berlaku tapi TT rasa kita boleh cakap ramai yang jadi guru sekarang ni sebab dah terpaksa. Terpaksa sebab mak bapak nak dia jadi cikgu atau terpaksa, sebab tu sajalah peluang pekerjaan yang dia ada. Jiwa tak ke situ, buat kerja terpaksa, yang dia tahu, janji tiap-tiap bulan, gaji ada. Perjuangan dan tanggungjawab sebenar cikgu, dia tak peduli...baik jangan jadi cikgu macam tu.
TT risau kalau benda macam ni berterusan. Semua orang kena pergi sekolah sebab itulah tempat untuk mendapatkan ilmu selain pendidikan tak formal di rumah. Tapi kalau cikgu lelaki sibuk meraba, cikgu perempuan, garang tak bertempat dan nak kerja mudah, anak TT nanti nak hantar kat mana?
Nasib baik TT tak kahwin lagi...
hah..ape kata korang semua??
ramai tak yang sependapat dengan penulis tu??