Subscribe:

Pages

Wednesday, 30 March 2011

Camping XPDC Insan Juara..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

XPDC Insan Juara
Tempat : TF Fishvage Agro Resort, Parit Yaani, Johor
Tarikh : 25, 26 dan 27 mac 2011
Peserta : 34 orang AJK dan Fasilitator dari UTHM
57 orang pelajar dari SMV Batu Pahat

Alhamdulillah satu lagi program dan program yang terakhir berlangsung dengan jayanya..
tahniah kepada pihak penganjur..
amat enjoy jugak la program ni..
best tengok kerenah pelajar2 sekolah..
terasa rindu nak bersekolah balik..hehehe..
dalam program ni cikgu jadi fasilitator yang merangkap cikgu kepada diorang..
pelajar2 dibahagikan kepada 6 group..
cikgu kena jadi fasilitator untuk group 4..

aktiviti malam pertama adalah sesi penjualan fasilitator..
setiap kumpulan diberi RM500 untuk membeli fasilitator menerusi lelongan..
dan cikgu bersama partner cikgu menjadi fasilitator yang paling mahal iaitu RM500..

lepas tu aktiviti sesi bersama fasilitator..
dan aktiviti kemuncak yang best malam tu adalah lampu ayam..
lampu ayam ni peserta kena berjalan dalam gelap..
tak dibenarkan membawa lampu..
jauh jugak la perjalanan tu sampaikan ramai juga yang jalan terhuyung hayang sebab keletihan dan ditambah pula dengan mengantuk..hehehe..

pagi keesokkan harinya ada aktiviti motivasi dan sesi bersama fasilitator..
aktiviti petang tu baru la best sikit..
ada aktiviti kayak, river cross, tarantula dan obstacles..
malam tu ada aktiviti malam kebudayaan..
semua pelajar dan fasilitator kena buat persembahan..

hari ahad tu pertandingan kawad dan sesi bersama fasilitator..
dan kemuncaknya adalah acara penutup..
amat sedih jugak la nak berpisah dengan pelajar2 walaupun baru 3 hari bersama..
pelajar2 group cikgu memang sporting habis..

setiap program mesti ada benda yang tak best..
kali ni yang tak best pasal khemah dan makanan..
khemah banyak yang rosak..
AJK2 yang bertugas sepatutnya periksa dulu khemah tu sebelum bawa..
bahagian makanan pula dalam 3 hari tu memang cikgu tak berselera nak makan..
makanan hanya ada rasa tawar..
mungkin cikgu yang terlalu memilih sebab tanya kawan2 diorang cakap sedap je..hehehe..

apa2 pun program ni tetap enjoy..

 ni game tarantula..

 kena denda berendam dalam kolam pukul 12.00 - 1.30 pagi..

game rakit..









ni la game obstacles..ntah betul ke tak ejaan ni..haha



ni group cikgu..





pelajar SMV Batu Pahat..

sekian wasalam..

Thursday, 24 March 2011

Kluang Rail Coffee tak halal??memang betul..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

memang betul kopi kat kluang rail cofee tak halal..
berita utama harian metro hari ini 25 mac 2011..
tapi kenapa metro tak sebut nama kedai tu..
bagi semua orang tahu pasal benda ni..
tapi mesti ramai jugak yang boleh jangka sebab kedai ni je yang tengah hangat sekarang..

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

tapi tindakan tak dapat diambil sebab kedai ni memang takde logo halal..
lepas ni nak g makan kat mana2 kena tengok sijil halal dulu..
nape la sebelum ni tak perasan pasal sijil halal ni..
kan dah ramai yang minum kopi babi..
patut la semester ni jadi malas & tak berape nak pandai sangat..
minum benda yang tak ok rupanya..hehehe


p/s : lepas ni sama2 la kita peka..jangan ambil mudah pasal makanan & minuman ni..

Tuesday, 22 March 2011

Kluang Rail Coffee tak halal??yeke??

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

korang pernah minum kopi & makan roti bakar kat Kluang Rail Coffee tak??
berita terbaru yang tengah top dalam facebook mengatakan makanan kat sini tak halal..
tapi betul ke berita ni??
sumber2 yang sahih masih tak dapat dijejaki..
pekerjanya beragama islam..
dah 2 kali dah makan kat sini tapi sekarang baru tahu berita ni..
patut la sedap semacam je kopi & roti bakar kat sini..hehehe..

dalam facebook ada mengatakan :
Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di KLUANG RAIL COFFEE oleh Jabatan Agama telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang) positif mengandungi campuran bahagian BABI..Juga terdapat kandungan ALKOHOL dalam madu yg digunakan dlm ramuan roti bakar (SAYA SALMIAH SENDIRI TEL TUAN KHADI KLUANG UTK MENDPTKAN KEPASTIAN) disebarkan oleh Persatuan Pengguna Bumiputera Daerah Kluang. Tolong sebar-sebarkan...

cikgu dah try cari dari sumber2 yang lain tapi tak jumpa lagi setakat ini..
kalau korang ada jumpa sumber2 yang sahih boleh la share demi kebaikkan bersama..
mencari yang halal itu fardu..

Saturday, 19 March 2011

Hari Sukan Fptek..Biru Hebat..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

FpTek Chill Day 2011
Tempat : SMK Sri Gading
Tarikh : 19 Mac 2011 (7.30 am - 1.00 pm)
Rumah Sukan : biru, merah, hijau kuning

Alhamdulillah satu lagi program dah berlangsung dengan jayanya..
tahniah kepada ppihak penganjur iaitu rakan sekelas cikgu..
program ini juga dibawah subjek pengurusan kokurikulum..
dan yang pentingnya rumah biru menjadi johan keseluruhan..hehehe..
walaupun pada awalnya rumah biru jauh ketinggalan tapi atas semangat tak mengenal erti putus asa dan kehebatannya ketuanya, rumah biru berjaya juga untuk menjadi johan..
siapakah ketuanya??tengok la gambar kat bawah ni..hehehe..
acara yang dipertandingkan adalah acara balapan dan sukaneka..
acara balapan tak sempat nak snap pic..
teruja sangat nak lari tapi kalah..hahaha..

ni la ketuanya..hahaha

 ni acara lari kaki tiga..tapi kalah sebab tali putus..hehe

 acara tarik tali ni menang..

bila koboi main tarik upih..sampai tergolek2 atas rumput..

tengok la scoreboard ni..hehehe..

hamper untuk johan..

piala pusingan untuk johan..

ni geng2 rumah biru..memang power..

bersama pihak penganjur dan ajk dari pihak sekolah..

tapi biasa la kan..kalau dah menang mesti ada yang tak puas hati kan..
mentang2 la budak2 rumah lain tak power macam geng2 rumah biru..hehe..
tapi nak buat macam mana..
keputusan juri adalah muktamad..
lagi pun rumah biru memang layak menang dari rumah lain..

lepas ni iaitu hari jumaat hingga ahad ada satu lagi program..
program camping unit beruniform bersama SMT Batu Pahat..

sekian wasalam..

Wednesday, 16 March 2011

santapan rohani..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

dah boleh tidur dah jap lagi..
orang lain tidur malam..
cikgu tidur siang..
ni bola punya pasal la..hehehe..
nasib baik kelas start pukul 11 pagi..
esok lagi sehari tidur pagi..
tak nak cerita pasal bola..
takde apa yang best pun pasal bola semalam dan pagi tadi..
esok baru ada game yang best..hehehe..

ni nak cerita pasal sarapan pagi cikgu untuk pagi ni..
sebelum tidur ni apa kata kita sarapan dulu..
sarapan pagi untuk rohani kita..

video

jangan lupa dengar tiap2 pagi ye..
sekian wasalam..

Saturday, 12 March 2011

boleh jadi bapak budak tak kalau macam ni???

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

tengok video kat bawah..
tak lama pun..xsampai 1 minit..
boleh jadi bapak budak tak kalau macam ni??hehehe..
ada macam calon nak dapat anugerah bapa mithali tak??hehehe..
kalau boleh cikgu dah tak sabar nak kawin ni..hahaha..

video

cikgu la laki dalam tu..bukan orang lain..
sekian wasalam..

Thursday, 10 March 2011

AutoCad

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

asigment yang sudah disetelkan hari ini..
ada banyak lagi yang menunggu untuk disetelkan..hehehe..
ni antara subjek yang paling disukai..




bestnya melukis ni..
sape2 nak minta tolong lukis boleh la emailkan..hehe..

Wednesday, 9 March 2011

Recreation Camp 2011 Teluk Gorek & Gunung Arong.

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Recreation Camp 2011
Tempat : Teluk Gorek, Mersing, Johor
Tarikh : 4,5,6 Mac 2011
Peserta : 14 cikgu, 44 Pelajar

Alhamdulillah program ni berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan yang dialami. sudah menjadi adat program, memang ada masalah yang akan timbul. kena pula dengan program yang memerlukan bakal2 cikgu dan pensyarah berlakon menjadi cikgu dan pelajar. ada yang tak dapat bagi kerjasama seperti yang diharapkan walaupun semasa program diorang kerjasama yang diorang minta dapat diberikan. walau apapun terima kasih kepada pelajar2 yang bagi kerjasama menjayakan program ini. diharapkan program yang akan datang anda semua dapat bagi kerjasama kepada pihak penganjur.

ni antara gambar-gambar yang sempat di snap semasa program disana. cikgu2 telah diingatkan untuk tidak terlampau menonjol semasa aktiviti bergambar untuk mengelakkan persamaan taraf dengan pelajar. 

ni baru je sampai kat Teluk Gorek
makan time..yang baju macam ni semuanya cikgu.
yang ni pelajar


ni malam persembahan pelajar..amat menghiburkan juga la..tak sangka pula ramai yang berbakat besar.
sesi senaman sebelum mendaki Gunung Arong
taklimat ringkas dari AJK Keselamatan
sesi menawan Gunung Arong bermula

bergambar dengan pokok Tongkat ALI..haha
ni 2 orang cikgu disiplin..dari puncak..
permandangan laut dari puncak Gunung Arong
selepas penat mendaki gunung malam tu aktiviti releks sikit..aktivii BBQ je..
pelajar lelaki menunjukkan kehebatan membakar ayam dan ikan.
cikgu disiplin yang tak berdisiplin..hahaha
pelajar dan cikgu selepas majlis penutup
ni barisan cikgu2 yang menjayakan program ni.

sebenarnya banyak lagi aktiviti disini tapi gambar tak sempat di snap. antaranya seperti berkayak, sukan, Qiaimulai (betul ke tak ejaan ni), gotong royong bersihkan pantai dan mandi pantai. sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.walaupun program ni bukan yang terbaik tapi program ni bukan yang terburuk.rating yang diberi 7.9 daripada 10. kiranya ok juga la tu kan..hehehe..cikgu disiplin nak minta maaf daripada semua sekiranya tersilap yang mungkin mengguris perasaan pelajar2..hehe..sekian wasalam.