Subscribe:

Pages

Friday, 28 January 2011

Perjalanan Balik Kampung..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

cikgu dah otw balik ke kampung ni..
bertolak pukul 9.30 tadi..
ni berhenti mengisi perut kat mcd sambil tunggu akak..
kat mcd segamat..
nasib baik la mcd ade wifi free..
dapat jugak update blog..
cuaca hari ni hujan selebat2nya..
memang sejuk la..
menggigil duk dalam kereta..
jalan sibuk jugak hari ni..
mungkin masing2 dah cuti n nak balik kampung..
sampai je kat labis tadi jalan memang sibuk giler..
maklum la tengah kempen pilihan raya..
poster2 banyak kat tiang2 letrik n divider jalan..
memang meriah la..
kalau tak balik kampung ni cikgu memang akan turut serta menghangatkan suasana..
dalam pukul 1 jap lagi cikgu nak meneruskan perjalanan..
dijangka sampai kuantan pukul 3..
sampai terengganu pukul 5.30..

sekian sahaja untuk kali ni..
doakan cikgu selamat sampai ye..
sekian wasalam..

Cuti Seminggu..

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

esok dah start cuti mid sem..
seminggu la takleh online..
malam ni pun takleh nak bw lagi..
banyak benda lagi yang kena uruskan..
baju tak kemas lagi ni..
esok bangun pagi je terus bersiap balik kampung..

ok ni nak g setelkan benda2 penting..
sekian sahaja untuk kali ni..
nanti ada masa baru akan update blog n bw..
sekarang ni memang busy sangat2..
asigmen berlambak2..
sekian wasalam..

Saturday, 22 January 2011

Riang ria di Gunung Berlumut..

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

terlewat sikit upload buah tangan dari berlumut..
semalam letih sangat2..
hari ni dah bertenaga balik..
jom layan buah tangan dari Gunung Berlumut khas untuk anda semua..

Loc : Gunung Berlumut
Date : 22 January 2011
Attendance : 18 education students

selamat datang ke Gunung Berlumut,Kluang, Johor

gelagat bakal2 cikgu

kurus kan??huhu

cantik x??

model statik..xleh gerak 15saat..

ni pun takleh gerak..tu yg xde sape yg senyum..

sebahagian yang datang

???

kalau la tak nampak baju tu..

ni lepas mandi

otw nak balik

nak balik pun sempat snap pic

model pokok

selamat pulang gunung berlumut

takde keje budak 2org ni..lompat je keje..

oh yeah..lompatan gunung berlumut..
ni je yang dapat cikgu upload..
banyak lagi gambar2 yang lawa tak upload..
tempat ni best jugak la..
tapi kali ni just g untuk mandi manda n berkelah..
 kalau nak daki gunung kena dapatkan permit..
lain kali kalau berkesempatan cikgu nak panjat gunung pulak..

sekian sahaja untuk kali ni..wasalam..

Friday, 21 January 2011

Hari ini dalam sejarah..Tea O Ais RM1.80..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

petang tadi cikgu dapat sms dari ptptn..
kandungan sms tu macam ni..

"Tuan/puan..pengeluaran pembiayaan PTPTN untuk semester 2 sesi 2010/2011 dijangka akan dikreditkan ke akaun tuan/puan mulai 31hb Januari 2011..sekian terima kasih.."

maknanya masa sengkek berpanjangan lagi la..
dulu cakap 27/1/2011..
sekarang masuk masa cuti pulak..
camne la nak balik kampung masa cuti ni..
dah la minyak dah mahal..
paling kurang nak jugak RM100 untuk balik kampung..

ni ada 1 lagi kes..
tengah hari tadi cikgu g beli nasi..
nasi tak mahal pun..
harga biasa je..
cikgu order air tea o ais..
nak bayar tu pehhh harga dia..
ada ke patut kedai dekat kawasan student harga tea o ais RM1.80..
patut tak??
cikgu malas nak tanya..
bayar je la walaupun berat hati nak bayar..hehehe..
kalau ada student UTHM yang baca..
kedai tu dekat nga kolej kediaman melewar sebelah kedai lengkuas..

esok pagi pulak cikgu akan ke gunung berlumut kat kluang..
gunung tu kalau nak daki kena ada permit..
so esok cikgu nak g mandi manda je la..
sambil menikmati keindahan alam n bergembira bersama rakan seperjuangan..
kalau ada sape2 nak join jom la..
kete cikgu kosong lagi sorang ni..
esok tunggu la buah tangan dari cikgu kat gunung berlumut khas untuk anda semua..

sekian sahaja untuk kali ini..wasalam..

Thursday, 20 January 2011

Bukit Soga : Release Tension..

Assalamualaikum w.b.t pembuka bicara..

berakhir sudah kesibukkan n ketensionan mingu ni..
minggu ni memang busy sikit..
sampaikan nak update n blogwalking pun tak sempat..
balas2 ziarah macam tu je..

untuk meraikan kejayaan ni cikgu g panjat bukit soga..
bukit soga ni kat batu pahat, johor..
walaupun tak tinggi sangat tapi ok la jugak..
ramai member2 yang pancit..hahaha..
cikgu steady lagi..hehe..
ni cikgu ada sedikit buah tangan dari bukit soga untuk anda semua..

selamat datang ke Bukit Soga 

baru nak naik ni 

lepak tunggu kawan yang lain 

tolong aku..aku pening..nak muntah..haha 

kat puncak Bukit Soga 

ni pun kat puncak Bukit Soga

kat puncak Bukit Soga lagi 

ni dah otw nak turun 

bergambar lagi

sekian sahaja untuk kali ini..
sekian wasalam..

Sunday, 16 January 2011

Bloglist cikgu..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

hari isnin yang indah menjelma lagi..
maka bermulalah kuliah untuk minggu ini..
maka sesi membalas jejak n blogwalking hanya akan berjalan bila kelas takde..hehe..

korang perasan tak yang bloglist cikgu hanya ada 2 blog je..
cikgu tengok blog lain penuh je bloglist..
jeles cikgu tengok..
cikgu sebenarnya segan nak minta kebenaran nga korang untuk masukkan blog korang kat bloglist cikgu..
tapi kali ni taknak buat segan dah..
ada sape2 yang nak masuk dalam bloglist cikgu tak..
kelebihan masuk dalam bloglist cikgu ni cikgu akan sentiasa menziarahi korang..
maknanya traffic dari cikgu sentiasa ada la kecuali masa tu cikgu tak online..
berminat ke tak??
tapi korang pun kena la letak blog cikgu dalam bloglist korang..
baru la adil kan..hehehe..
ke tak adil lagi..hehe..

sape2 yang berminat boleh la 
tinggalkan url blog korang kat ruangan komen entri ni..
dan pastikan blog cikgu ada dalam bloglist korang..
nanti cikgu akan buat sportcheck..hehehe..
cikgu akan update bloglist cikgu secepat yang boleh..

ok sekian wasalam..

Saturday, 15 January 2011

Pengetahuan berguna..Kebesaran Allah - benua dan peta dunia..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

jom kita tengok video tentang kebesaran Allah S.W.T. ni..
mungkin ramai lagi yang belum mengetahui perkara ni..
cikgu pun baru akhir tahun lepas tahu pasal benda ni selepas tengok video ni..
dah lama dah rasa nak upload video ni..
tapi sekarang baru upload sebab sebelum ni lupa..
ok jom tengok ramai2..
semoga video ni memberi anda pengetahuan yang berguna..

video

jom la sebarkan kepada yang lain..
sape2 yang nak share amatlah dialu2kan..
sekian wasalam..

Friday, 14 January 2011

Tolong cikgu..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

cikgu nak minta tolong..
url blog cikgu dah kena block kt shout mix..
cikgu dah tak boleh nak tinggalkan jejak kat blog korang..
kalau yang gna selain dari shout mix tu bleh la tinggalkan jejak..
shout mix tu ckp cikgu wat spam..
macam mana nak bagi shout mix tu tak block url cikgu..
pliz tolong cikgu..hehehe..

Tuesday, 11 January 2011

Memulih dan meningkat kecerdasan akal

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

hari ni cikgu nak kongsikan macam mana nak memulih dan meningkatkan kecerdasan akal..
so renung2kan dan selamat beramal..


AKAL yang rosak boleh dipulihkan kecuali yang berpunca daripada ketagihan dadah yang kronik.

Abu Umamah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Luqman pernah berpesan kepada anaknya, hendaklah kamu selalu bergaul dengan golongan ulama dan mendengar perkataan hukamak (bijak pandai) kerana sesungguhnya, Allah s.w.t menghidupkan hati yang mati itu dengan cahaya ilmu dan kecemerlangan hikmah sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan". (Hidayatul Mukhtar: 138)


>Penawar untuk memperbaiki hati dan menolak reraguan
- Memakan makanan dan minuman yang halal
- Sentiasa menjaga diri daripada terbabit dengan perkara haram dan dimurkai Allah
- Memelihara anggota zahir seperti mata, telinga, tangan dan kaki daripada terbabit dengan perkara yang   dilarang Allah
- Memelihara anggota batin iaitu hati dan akal daripada dosa dan maksiat batin
- Mengatur diri dengan pelaksanaan ilmu pengetahuan
- Menjaga rahsia
- Memohon dengan merendahkan diri kepada Allah agar Dia melindungi diri dan kemahuan anda daripada godaan syaitan

>Ubat hati
- Membaca al-Quran dengan memahami maknanya
- Sederhana dalam makan dan minum
- Selalu qiyamullail
- Bergaul dengan orang soleh
- Beristighfar di malam sebelum Subuh

>Menambah kecerdikan akal
- Sering berada di samping ulama
- Gigih mencari ilmu
- Bergaul dengan orang soleh supaya terdorong untuk menambah takwa
- Meninggalkan perkara yang sia-sia

(Dipetik dari buku: Bimbingan Kecemerlangan Diri - Panduan Mencerdaskan Minda tulisan Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood terbitan Telaga Biru)

Penangan PtPtn..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

disebabkan ptptn masuk akhir bulan 1..
kena catu makanan dah..
duit cukup untuk makan RM2.00 sehari selama 20hari..
ni tak termasuk kos2 sampingan lagi..
nak kena isi minyak kete lagi..
buku pun tak beli lagi..
yg sekotak RM10.00 pun tak termasuk lagi..
cukup bulan memang kurus kering la..
dah la yg memang sedia kering ni..hehehe..

Monday, 10 January 2011

Hari ni johor bercuti..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

hari ini johor cuti..oh yeah..hehe..
hari cuti ni bermakna pelajaran hari ni takde la..
cikgu tak dapat belajar dan tak boleh nak mengajar..
hari ni rehat2kan diri je..hehe..

cikgu ada beberapa kartun untuk tatapan anda semua..
kartun2 ni cikgu dapat kat google..
semua ni apa yang telah terjadi sekarang..
apa2 pun jom layan..hehehe..






Sunday, 9 January 2011

Ras, Etnik dan Bangsa..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

pelajaran kita hari ini ialah berkaitan dengan ras, etnik dan bangsa..
ianya ada dalam subjek hubungan etnik..
cikgu nak kongsikan apa maksud ras, etnik dan bangsa..
mungkin ramai yang dah tahu..
tapi yang belum tahu tu ni la masa untuk anda tahu semua ni..
yang dah tahu boleh ulangkaji balik..hehe..

ras bermaksud ukuran perbezaan diantara kelompok berdasarkan perbezaan fizikal..
contohnya ialah perbezaan warna kuli, rambut dan mata.

etnik juga dikenali sebagai kaum..
wujud disebabkan perbezaan budaya..
budaya ialah keseluruhan cara berfikir dan cara bertindak termasuklah sistem politik, agama dan adat resam..

manakala bangsa pula bermaksud sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri, kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama..
melayu adalah bangsa..
manakala cina dan india kat malaysia ni adalah kaum..

sekian sahaja pelajaran untuk kali ni..
esok cikgu dan seluruh johor diberi cuti umum semperna hari hol..
selamat bercuti semua..
sekian wasalam..



sumber : nota disalin oleh cikgu semasa pensyarah mengajar hubungan etnik hari ini pada pukul 8.00 am..

Thursday, 6 January 2011

Pelajar IPTA daftar 2-7 September

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

lama jugak la cikgu tunggu berita ni..
sebelum ni dah dengar khabar angin pasal benda ni..
akhirnya hari ni keluar jugak dalam kosmo..
start sem depan pelajar IPTA akan daftar pada bulan september..
maknanya pelajar kanan IPTA akan bercuti selama ++3bulan la..
tersangat la lama cuti tu..

dalam kosmo ada mengatakan :
perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti..
cikgu pula mengatakan :
dan banyak lagi kesukaran kepada pelajar yang duduk rumah sewa macam cikgu ni..
bayangkan semasa cuti tu nak kena bayar sewa rumah..
sewa rumah bayar tapi takde orang kat rumah tu..
bil2 lain macam internet pun kena bayar tapi takde orang guna..
bil n sewa rumah bukannya murah..
nak pindah rumah lagi susah..
barang2 semua nak kena angkut balik kampung..
sem depan kena cari rumah lain..
kalau tak dapat rumah lagi la susah..
bukan senang nak cari rumah sewa ni..
tak ke menyusahkan namanya tu..
kalau pelajar yang duk asrama mungkin takde masalah..
diorang boleh simpan barang2 kat asrama..
dah tak yah susah2 nak cari tempat tinggal..
apa2 pun terpaksa la follow je..
nak bangkang cikgu takde kuasa..

nak tahu berita lebih lanjut boleh klik kat link ni..
sekian sahaja luahan hati cikgu..
wasalam..

Tuesday, 4 January 2011

Tugasan : trip to pulau perhentian

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


hari ni dah dapat 1 lagi tugasan..
kali ni tugasan yang memang mencabar..
kena handle trip ke pulau perhentian..
ni bagi subjek pengurusan kokurikulum..
cikgu kena jadi ketua untuk trip ni..
nasib baik jadi ketua..
keje banyak2 boleh suruh anak buah yang buat..
cikgu duk pantau je la..hehehe..
ada tak geng2 blogger yang ada link dengan pulau perhentian ni..
kalau boleh nak la bagi rezeki kat geng2 blogger..hehe..
kalau takde baru la kena cari agensi lain..
trip ni mungkin seramai +- 90 orang..
dan dijangka akan pergi dalam pertengahan bulan mac..
dalam 3 hari 2 malam..
aktiviti dah confirm kena ada snorkeling..
cuma aktiviti lain yang tak tahu nak buat apa..
nak minta bantuan geng2 blogger suggest apa aktiviti yang menarik boleh buat kat sana..
sape2 yang pernah ke pulau perhentian boleh la kongsikan pengalaman..
cikgu tak pernah g lagi..
pernah g pulau kapas je..
sekian sahaja untuk hari ini..
wasalam..

Monday, 3 January 2011

Hari pertama kuliah : masa

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

hari ni dah start kuliah..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..
seperti biasa..
setiap kali kelas mesti ada yang datang lambat..
cikgu pun pernah datang lambat tapi bukan selalu la..
tu pun biasanya ada alasan yang munasabah..
ada jugak la yang takde..hehehe..
tapi biasanya lambat 5 minit je..hehehe..


berkaitan dengan datang lambat ni..
sebagai seorang mahasiswa patutkah kita datang ke kelas lewat..
seorang yang bijak pandai suka datang lewat..
patut ke????
tidakkah anda tahu bahawa masa itu penting..
tidakkah anda diajar untuk menepati masa..
kalau setakat lewat 5 minit tu takpe la..
ni dah sampai ada yang lewat setengah jam..
ada jugak yang satu jam..
kelas dah nak habis baru masuk kelas..
dan bukan seorang tapi ramai..
siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan..
diri sendiri yang memang tak pandai menghargai masa??
atau pun pihak tertentu yang tidak mengajar tentang kepentingan masa..
tepuk dada tanya selera..

masa ini dibaratkan dengan nyawa..
teramatlah bernilai..
Setiap saat nyawa kita berlalu,
 kesihatan kita berlalu, 
umur kita berlalu,
 masa kita berlalu,
 ia tetap takkan kembali dan jika kita gagal mengisi masa tersebut dengan sesuatu yang bernilai.

selagi sikap macam ni diamalkan memang susah la anda untuk berjaya..
ayuh kawan2 semua termasukla diri sendiri kita menghargai masa..
bukan susah pun nak ubah ni..
kalau masa untuk dating boleh ditepati..
kalau masa makan boleh ditepati..
kalau masa bermain boleh ditepati..
tapi kenapa tidak masa untuk belajar??

Space we can recover, but time never - Napoleon Bonaparte

fikir2kan dan renung2kan..selamat beramal..