Subscribe:

Pages

Monday, 21 November 2011

Tahniah Malaysia @ Harimau Muda

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Keputusan Perlawanan Akhir Sukan Sea Indonesia vs Malaysia :

Indonesia 1 - 1 Malaysia
Sepakan Penalti :
Indonesia 3 - 4 Malaysia 

Tahniah Malaysia kerana berjaya membenan Indonesia sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu..
game kali ini amat berbeza dengan game sebelum ini..
Malaysia bermain agak baik walaupun ketinggalan pada minit ke 5 selepas Gunawan menanduk bola dari sepakan penjuru..

gol Gunawan

selepas itu Malaysia terus menyerang bertali arus dan hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukan Asrarudin Putra Omar berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia..
Asrarudin selepas itu mendapat satu lagi peluang tetapi tandukannya meliar keluar..
pada minit ke 34 Asrarudin berjaya menebus kehampaan dengan menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran kapten Badrol Bakhtiar..

gol Asrarudin

kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kekentalan barisan pertahanan dan kecemerlangan penjaga gol kedua-dua pasukan menyaksikan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti..
Ahmad Fakri gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan hanya menyepak lemah bola dan diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia..
mujurlah sepakan pemain Indonesia terkena tiang dan seorang lagi berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi..
Badrol Bakhtiar memastikan kemenangan Malaysia dengan menyempurnakan sepakan terakhir walaupun hampir-hampir dapat diselamatkan oleh penjaga gol Indonesia..

sepakan penalti

semua pemain bertindak cemerlang hari ini kecuali seorang sahaja..
permainan Ahmad Fakri memang amat mengecewakan dengan gagal menyudahkan beberapa peluang menjaringkan gol..
malah sepakan penalti pun gagal disempurnakan..
bukan nak kutuk tapi siapa yang tengok game ini mesti tahu macam mana Fakri main..

man of the match : Khairul Fahmi @ Apex

selepas tamat perlawanan beberapa pegawai Doping Test datang untuk membuat pemeriksaan keatas pemain Malaysia..
dan diberitakan kesemua pemain lulus ujian tersebut..

Liverpool FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia..

Titus Bonai, pemain Indonesia tidak ketinggalan mengucapkan tahniah ..

apa-apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia..
MALAYSIA BOLEH..


8 comments:

kak lang said...

tahniah pada harimau muda~

NURULHANIF said...

tahniah malaysia n harimau muda..:)

puteri kasih said...

MENANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

p/s liverpool kena ada gak eh :P

Mohd Firdaus said...

msti la..team luar lain mne ade ucap tahniah pun..hehehehe

puteri kasih said...

liverpool tau awk tu peminat dia...sebab tulah diorang ucap tahniah :P

leeya abdul said...

Alhamdulillah. Malaysia berjaya! kekuatan itu sesungguhnya bukan terletak pada fizikal semata..

Yatt S. said...

Tahniah Malaysia! Terima kasih skuad Harimau Muda. I'm a proud Malaysian.

Fakri haihh. tak tau lah nak cakap apa. nasib baik Malaysia menang.

Pemain terbaik Khairul Fahmi, Badrol Bakhtiar dan Asra Putra. Bersungguh menjaga gawang,

Titus Bonai pula memang gentleman.

khairul said...

kemenangan yg mendebarkan

Post a Comment