Subscribe:

Pages

Saturday, 26 November 2011

Mutiara Kata Imam Syafie Tentang Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara...


Renung-renungkan..
Belajarlah ilmu fiqah sebelum menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.

Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.

Sesiapa yang hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.

Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

Sesiapa yang menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

Kemiskinan orang berilmu adalah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil adalah kemiskinan kesusahan.

Insan yang paling tinggi darjatnya adalah orang yang tidak melihat darjatnya dan insan yang paling mulia adalah insan yang tidak melihat kemuliaannya.

Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu dihari akhirat.

Orang yang menjaga maruahsentiasa dalam perjuangan. 

 Dan selamat beramal..

3 comments:

DianaAzis said...

Kata-kata imam syafie banyak tentang ilmu dan sahabat.. Tapi sekarang jarang diingat apa lagi di amalkan..kita lebih senang menilai dari rasa-rasa dari menilai menurut ilmu dan akal.. :)
terima kasih sebab berkongsi..

Aishah Zin said...

kata2 imam syafie mmg sgt brmakna:)

Lieyly ︱ Alia said...

thanks share cikgu :)

Post a Comment