Subscribe:

Pages

Friday, 18 November 2011

Bola Sepak Sukan Sea : Malaysia vs Myammar

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


pukul 5 petang nanti pasukan Harimau muda akan turun menentang Myammar pada peringkat separuh akhir..
pastinya kedua-dua pasukan akan cuba untuk melayakkan diri ke peringkat akhir..

diatas kertas, Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah untuk menumbangkan Myammar..
namun kemampuan Myammar tidak boleh dipandang rendah..
Myammar boleh bermain secara menyerang dan bertahan dengan baik..
malah Myammar berjaya seri dengan Vietnam yang dianggap salah 1 pasukan pilihan..
pastinya Myammar akan menurunkan barisan terkuat dan bermain dengan semangat yang berkobar2 untuk mengejutkan Malaysia yang turun untuk mempertahankan pingat emas yang dimiliki pada sukan sea yang lepas..

goalkeeper Malaysia Khairul Fahmi @ Apex

Malaysia pula akan turun tanpa jurulatih Ong Kim Swee yang digantung 1 perlawanan gara2 mempertikaikan keputusan pengadil..
malah Ong Kim Swee tidak boleh berinteraksi dengan pembantunya, Hassan Sazali menggunakan walkie-talkie..
beliau hanya boleh berinteraksi dengan menggunakan nota sahaja..
Wan Zaharul Nizam pula dikhabarkan tidak dapat beraksi pada petang ini kerana kecederaan hamstring..
Malaysia pastinya akan menurunkan barisan terkuatnya untuk menundukkan Myammar..
Syahrul Azwari mungkin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas beraksi cemerlang ketika menentang Indonesia dengan meledak gol kemenangan..
dengan ketangkasan Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex dan kekentalan 4 tonggak pertahanan utama  Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli menjadi antara faktor kekuatan Harimau Muda pada temasya Sukan SEA kali ini..
pastinya Malaysia mengharapkan kekreatifan barisan tengah yang diketuai Badrol Bakhtiar selaku kapten untuk mencipta peluang menjaringkan gol untuk barisan penyerang..

hero Malaysia ketika menentang Indonesia Syahrul Azwari

ayuh bersama-sama kita menyokong pasukan Malaysia pada petang ini..
diharapkan Malaysia berjaya untuk melangkah ke peringkat akhir dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu semasa sukan sea di Vietnam..
bersama-sama kita doakan kejayaan pasukan Malaysia..

untuk menonton secara live streaming klik link dibawah..



sebarang kesilapan ulasan amat dikesali..
sekian terima kasih..

11 comments:

puteri kasih said...

awk pandai mengulas...sy tak reti

terima kasih awk...nanti saya belanje cendol :P

Mohd Firdaus said...

sy bru try nk mengulas je awk..ni pun rse mcm x ok..hehe

DianaAzis said...

huhu..ini pengulas sukan terbaru ke ni? adakah anda yang akan mengulas perlawanan petang ini? :P

Mohd Firdaus said...

baru je nk blaja mengulas..amacam ok x??hehehe

puteri kasih said...

dah ok dah tu awk..nanti kalau awk ulas selalu semakin pro la jadinya...hehehe :P

DianaAzis said...

Cara mengulas tu dah cukup ok..Insya'Allah boleh dipertimbangkan dalam interview sebagai pengulas petang nanti..

Mohd Firdaus said...

hahaha..nnt bleh la jd wartawan plak..

khairul said...

Go Malaysia !

puteri kasih said...

cikgu + dr + wartawan..(3 in 1) hehehehe

Ichsan said...

semoga Malaysia bertemu Indonesia di final ^^V

org muo said...

masia boleh

Post a Comment