Subscribe:

Pages

Wednesday, 16 November 2011

Bola Sepak Sukan Sea : Indonesia vs Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Pukul 8 malam nanti adalah perlawanan akhir peringkat kumpulan..
perlawanan malam nanti juga menentukan siapa yang menjadi juara kumpulan..
Indonesia sudah layak untuk ke separuh akhir..
manakala Malaysia hanya memerlukan seri untuk layak ke separuh akhir..
tapi bergantung juga kepada perlawanan antara Singapura vs Thailand..
andainya Singapura kalah atau seri, malaysia secara automatik sudah layak ke separuh akhir..
perlawanan Singapura vs Thailand akan bermula lebih awal..
tapi yang pastinya Malaysia mahukan kemenangan untuk mengelak dari berjumpa Vietnam di separuh akhir..

Ketika ini, Indonesia menerajui Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata dan Harimau Muda yang berada di tangga kedua, hanya ketinggalan dua mata di belakang skuad Garuda Muda itu.
Singapura yang turut mengintai peluang memburu slot separuh akhir berada di tangga ketiga apabila mengumpul empat mata, diikuti Thailand (tiga) dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.


Indonesia yang dibantu sorakan ribuan penyokong berharap untuk melakarkan kejayaan hatrik mengalahkan Malaysia di sukan sea ini setelah berjaya mengalahkan Malaysia dalam acara sepak takraw dan badminton..
Indonesia juga berkemungkinan akan menurunkan barisan simpanan untuk mengekalkan kecergasan pemain utama yang akan digunakan pada perlawanan separuh akhir..

Malaysia mengharapkan empat tonggak pertahanan berpengalaman – Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat serta kapten Baddrol Bakhtiar – bagi membimbing barisan pemain mudanya.
pemain-pemain ini boleh dianggap pemain senior kerana sudah beraksi bersama skuad senior malah menjadi watak penting ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010..
yang pastinya pemain negara perlu beraksi pada prestasi terbaik untuk menumbangkan ego Indonesia..

Diharapkan Malaysia mampu melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan..
jangan bermain sambil lewa seperti perlawanan sebelum ini..

Keputusan ramalan :
Indonesia 1 - 2 Malaysia

ramalan anda??

Indonesia vs Malaysia Live Streaming

LINK 1


LINK 2

5 comments:

puteri kasih said...

malaysia 1 - 0 indonesia

kak lang said...

malaysia 3-0 indonesia, yeahhh!!!

harrazdani said...

indon menang 3-1 ....;)

sis92 said...

sokong malaysia lah
malaysia boleh!

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

go go malaysia :)

Post a Comment