Subscribe:

Pages

Tuesday, 11 October 2011

Wajah Bakal Guru-Guru Dari UTHM..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
sudah bersiap sedia untuk menjadi cikgu yang berjaya dan terampil..
yang paling penting disenangi oleh semua golongan..

tahun depan akan menjalani Latihan Mengajar selama 4 bulan..
siapa tahu sekolah teknik & vokasional mana yang best..
boleh la kongsikan ye..hehehe..



  sajak Guru oh Guru daripada Usman Awang untuk bakal guru sekalian..

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

12 comments:

puteri kasih said...

Semoga menjadi seorang guru yang berjaya :)

cikguden said...

comel2 belaka. hehe. semoga tabah menghadapi hari2 mendatang.

diana said...

lawa2 cikgu sekarang kan???
jangan bercinta dengan anak murid ye??
heheh

sis92 said...

smoga bjaya mdidik anak bangsa :)

norafmi said...

Go success & smoga dipermudahkan segala urusan cikgu2.

Tahniah!

Lieyly ︱ Alia said...

heheh , haii cikgu :D

Cik Nurul said...

semoga menjadi guru yang berjaya... =)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

semoga menjadi guru yang berwibawa dan berdedikasi . :)

MaYa MustWany said...

wahh tengok pic atas rasa kagum ..
pic kedua..err saya ngeri dengan cikgu pegang pistol n rambut rock batu.ha3.

aiNa yaZiD said...

wah bakal2 guru...~! i dari sekolah teknik dulu.. (^^,)

banyak kan bersabar ye..nak2 lagi kalau ajar vokasional.

jadi lah guru yang berdedikasi~! all the best.

♥Aien Najwa♥ said...

bakal guru yang berwawasan..terbaik!!~~ naekkan semangat pembelajaran dalam kalangan anak2 bangse kiter..=)

Anonymous said...

assalamualaikum , nk tnya kalau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional dgn Ijazah Sarjana Muda Pndidikan (Educational Management) beza kat mana eh ? kalau nak apply ni supposed kena ada basic apa2 ke ? harap2 dapat membantu .tq

Post a Comment