Subscribe:

Pages

Sunday, 23 October 2011

Sihatkah Posisi Tidur Kita??

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Tidur merupakan kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakan orang. 
Semasa tidur, kita dapat beristirahat dan akan merasa lebih segar ketika bangun..
Ada yang suka tidur posisi meniarap, menelentang, mengiring sebelah kiri dan kanan..
Namun adakah kita mengetahui kesan2 posisi tidur keatas diri kita??
Cara manakah yang paling baik untuk tidur??

Tidur Meniarap

  • kita akan berasa sesak nafas dalam masa yang singkat sekiranya tidur meniarap kerana tulang belakang yang terletak diatas akan menghalang otot2 dada berkembang ketika menarik dan menyedut nafas.
  • kita juga akan berasa senak perut, sakit leher dan sakit2 seluruh badan.
  • lebih menakutkan lagi ia boleh menyebabkan kegagalan paru2 dan otak kerana kekurangan oksigen.
Tidur Menelentang
  • tidur seperti ini akan menyebabkan mulut terbuka kerana otot rahang sebelah bawah merenggang. ini akan menyebabkan udara yang disedut oleh paru2 melalui mulut dan bukannya melalui hidung.
  • hidung merupakan organ pernafasan yang sangat penting. bulu hidung dan mukus berfungsi untuk menapis dan melembapkan udara sebelum ia masuk ke paru2.
  • tidur menelentang akan menyebabkan udara yang tidak bertapis masuk melalui mulut terus ke paru2 yang akan mendedahkan kepada penyakit batuk, sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru2.
  • tidur menelentang juga boleh menyebabkan kite berdengkur.
Tidur Mengiring Sebelah Kiri
  • tidur mengiring sebelah kiri tidak digalakkan kerana jantung akan ditindih oleh paru2 kanan yang saiznya lebih besar dari paru2 sebelah kiri.
  • ini akan melemahkan denyutan jantung terutama mereka yang menghidap masalah jantung.
Tidur Mengiring Sebelah Kanan
  • posisi terbaik untuk kita tidur sepanjang malam.
  • tidur cara ini akan membantu mempercepatkan pencernaan, mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan menapis serta melembapkan udara yang masuk ke dalam paru2.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Apabila kamu hendak tidur, ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat, kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan "

Riwayatkan oleh Bukhari daripada Al-Barra' ibn Aazib.

Sumber : GenQ..

12 comments:

iszieylyanziy said...

selalu mindset tdo mnegiring ke kanan,,tapi bila dah tidur,,macam2 ade,,haha

Niza Romli said...

saya kalau tido mengiring kanan...smpai ke pagi la mengiring camtu. Kalau mengiring kiri pon sama smpi ke pagi.

huh! tido mati ke tu??

Ungu Violet said...

tido ngiring ke kanan..pastuh peluk bantal..huhu

Bluewendy said...

bestnya tido...hik3 nice info cikgu..=)

Blueice Butterfly said...

~info yang sangat berguna..hehe
nak kena jga2 nie..:)

Lieyly ︱ Alia said...

alia mcm2..ahaha ! kalau xboleh lena semua alia pusing..kahh3 !

puteri kasih said...

saya tak boleh tidur satu posisi...hehehehe

Edina Kasyah said...

actually b4 tido mmg dh set mengiring kanan, bgn2 dh megiring ke kiri hehehe

fidah adie said...

kalau tdo duduk? :P

sis92 said...

sis tidur kadang2 kaki bersila wahaha :P

MaYa MustWany said...

hu3 pernah baca posisi tidur dari segi islam pulak.memang belah kanan terbaekk..

patutla asyik sesak nafas je bila on9 ni.he2.

tgh try tidur belah kanan..coz bila belah kri baru dapat lelap.

Norlida Ramli said...

alolo..comelnye kucing tu tdo..hehe

sy slalu tdo mengiring sebelah kanan :)

Post a Comment