Subscribe:

Pages

Thursday, 2 June 2011

Dalil Puasa Sunat Bulan Rejab

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (sehingga Rasulullah tidak menge...camnya). Lalu ia bertanya Rasulullah; “Tidakkah kamu mengenali saya?”. Jawab baginda; “Siapakah kamu?”. Ia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”. Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok tubuh-badan/rupa-parasnya”. Jawabnya; “Saya tidak menikmati makanan semenjak selepas saya berpisah dengan kamu (setahun yang lalu) kecuali di waktu malam sahaja”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Engkau telah menyiksa diri engkau”. Kemudian baginda berkata; “Berpuasalah pada bulan sabar (yakni bulan Ramadhan) dan satu hari pada setiap bulan”. Ia menjawab; “Tambahkanlah kepadaku ya Rasulullah kerana aku sesungguhnya memiliki kemampuan”. Baginda berkata; “Puasalah dua hari (setiap bulan)”. Ia menjawab lagi; “Tambahkan lagi kepadaku”. Baginda berkata; “Puasalah tiga hari”. Ia menjawab lagi; “Tambahkanlah lagi”. Kemudian baginda bersabda kepadanya; “Puasalah pada (beberapa hari dari) bulan-bulan haram dan tinggalkanlah (beberapa hari yang lain jangan berpuasa)….(baginda menyebutnya 3 kali)”.Baginda bersabda demikian sambil ia menunjukkan tiga jarinya, kemudian ia menggenggamnya dan kemudian melepaskannya kembali”.(Riwayat Imam Abu Daud)

Hadis ini menjadi dalil bahawa disyari’atkan berpuasa pada bulan-bulan Haram , namun demikian hendaklah jangan berpuasa pada keseluruhan hari atau sebulan penuh.

Wallahua'lam

sumber : Ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment