Subscribe:

Pages

Monday, 16 May 2011

Berita baik buat guru

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

sempena hari guru, PM kita bagi berita baik untuk guru2 sekalian..

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. - Bernama

2 comments:

berita sengsasi said...

spttnya ada skim khidmat guaman percuma buat guru masa kini..faham2 jealah!!

Mohd Firdaus said...

betul2..setuju sgt tu..maklum la skrg ni cmne..hehe

Post a Comment