Subscribe:

Pages

Friday, 8 April 2011

hampeh..beza murid dulu dan sekarang tak cite pulak..beza mak bapak dulu dan sekarang lagi la takde..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

panas jugak la baca berita harian hari ni..
cikgu malas nak ulas panjang..
korang boleh ulas sendiri mengikut kesukaan korang..
mungkin ramai yang setuju dan ada jugak yang tak setuju..
cikgu semestinya tak setuju..hehehe..


tak nampak ke??nak yang lagi jelas??
baca yang kat bawah yang di copy dari berita harian..

SEPUPU TT membebel minggu ni, bukan marah kat suami dia tapi geram habis kat cikgu anak dia. Satu spesies, spesies TT.

“Tak fahamlah cikgu zaman sekarang. Kata pendidik, so, didiklah. Ni nak jalan mudah, baik tok sah (jangan) jadi cikgu macam tu!” bebel si S ni, macam bertih jagung. Cop, cop, kejap, kata TT. Apa ceritanya ni yang sampai geram sangat.
Kisahnya, tiba-tiba dapat panggilan daripada seorang guru perempuan anak dia. Mengadu kononnya anak S ni tak buat kerja rumah, banyak alasan, buku hilanglah, itulah, inilah. Itu S boleh terima, kata S, kalau cikgu nak membebel. Tapi yang dia tak tahan tu bila cikgu tu, macam `ugut’ nak pindahkan anak dia ke kelas nombor dua dan siap cakap, `saya nak pukul tak bolehlah pulak’.
Amboi, TT dengar pun, panas telinga ni, sakit hati. Senangnya cikgu macam tu. Anak murid ada masalah sikit, pindahkan kelas, ada hati nak pukul pulak tu.

“Kalau betul anak S bermasalah, kenapa sebelum ni cikgu tu tak call langsung. Kenapa keadaan dah teruk sangat, macam yang cikgu tu cakap, baru nak call parents, siap nak pindahkan kelas, siap cakap saya dah tak tahan dengan perangai anak puan. Macam ni ke pendidik sekarang?,” tambah S.

Yalah, macam ni ke cikgu zaman sekarang. TT pun tak faham! Kalau betul anak murid awak tu bermasalah, kenal pasti kenapa dia macam tu, tanya, kenali anak murid dan bantu selesaikan masalah tu. Mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah, cikgu la pulak, bukannya bila anak murid ada masalah kat sekolah, terus pass balik kat mak bapak! Senang sangatlah kerja cikgu kalau macam tu...

TT bukan nak kondem cikgu zaman sekarang tapi cuma nak buat perbandingan, bagaimana berdedikasinya cikgu zaman dulu, betapa sayangnya mereka pada anak didik dan sejauh mana kasihnya mereka pada anak murid, tak ubah macam anak sendiri. Tak kiralah, baik cikgu lelaki mahu pun cikgu perempuan.
TT pun ada beberapa guru kesayangan yang TT ingat sampai sekarang. Bila TT buat silap, tak tahu nak buat kerja rumah, marah tu memang sahlah, kan, tapi marah dia orang tak ubah seperti marah sayang ibu bapa. Marah sebab nak mendidik kita, marah sebab nak bagi kita pandai, marah sebab sayangnya mereka pada kita dan mahu kita jadi insan berjaya.

Sekarang? Cikgu cabul murid, cikgu usik murid, bukan cikgu lelaki je, yang perempuan pun sama naiknya! Apa kes? Memang bilangan kes tak banyak, berbanding bilangan guru yang ramai, tapi dalam kerjaya mulia begini, angka, banyak sikitnya kes tak boleh dijadikan ukuran. Ada je kes, itu dah kira serius. Ini kerjaya yang sepatutnya, salah laku sifar!

Susah nak faham kenapa benda macam ni berlaku tapi TT rasa kita boleh cakap ramai yang jadi guru sekarang ni sebab dah terpaksa. Terpaksa sebab mak bapak nak dia jadi cikgu atau terpaksa, sebab tu sajalah peluang pekerjaan yang dia ada. Jiwa tak ke situ, buat kerja terpaksa, yang dia tahu, janji tiap-tiap bulan, gaji ada. Perjuangan dan tanggungjawab sebenar cikgu, dia tak peduli...baik jangan jadi cikgu macam tu.

TT risau kalau benda macam ni berterusan. Semua orang kena pergi sekolah sebab itulah tempat untuk mendapatkan ilmu selain pendidikan tak formal di rumah. Tapi kalau cikgu lelaki sibuk meraba, cikgu perempuan, garang tak bertempat dan nak kerja mudah, anak TT nanti nak hantar kat mana?

Nasib baik TT tak kahwin lagi...

hah..ape kata korang semua??
ramai tak yang sependapat dengan penulis tu??

15 comments:

Cikya said...

cikgu,

tak kiralah kerja apa, kena ikhlas kan hati, betulkan niat.
kalau sekadar nak dapat gaji tiap bulan, nanti Allah tanya, kita amanah ke dakk dalam tugas kita.
kerja kan amanah jugak bila kita dah terima nak buat..

lagi cikgu,
pernah dengar dakk, orang duk kata, saya tak,yang orang yang ambik cikgu ni sebab dah takdakk pilihan..
tak kisah lah pilihan pertama ka kedua ka, yang kena nya, buat sepenuh hati..
ye dakk ??
banyak beno dakk :D

Mohd Firdaus said...

byk sgt dengar org duk kata cmtu..hehe..

MisZteEN said...

kerjaya cikgu sesuatu yg mulia. takkan la nak serah semua tanggungjawab kat cikgu bila anak dah ada kat skolah??
sama-sama give n take la. baru anak boleh maju dalam pelajaran. :)

cik chinta said...

salam, stuju ckp miszteen

chanteqmylife said...

erm..kalo baca paper sume menunding jari kat cikgu..kalau la parents tau cmne ank diaorg kat skola..kat umah pijak semut x mati..betul ni..

x siap keje skola ckgu tye alasan die tertinggal buku laa,buku ilang laa..skali dua blh maaf tp berkali2 buat apa ckgu patut buat?nk rotan x blh nnt kena samannn...

hrp ibu bapa prihatin & terbuka..yg nk jd guru pun biar ikhlas dr hati..sabar..sabar..sabarr..itu lah penawar buat ckgu2 sume..

huh..byk mengarut ni..huhu..

||aLeaSaRa|| said...

alah..alah ngape salahkan cikgu je 100%?kite pun ada anak yg bersekolah dan tak dinafikan ibu bapa cpt menunding jari kalau anak mngadu.tapi kite?kalau setakat remeh temeh kite yg marah anak balik sebab kite kenal dan tau peel anak.tapi kalau betul2 bukan salah anak,kite sendiri jumpa cikgu dan bincang cara2 utk perbaiki pelajaran anak.cikgu pun manusia juga,bukan robot.mana dgn tgjwb di sekolah,di rumah lagi dgn keluarga.sng cerita ibu bapa jgnlah cepat melenting.nda yg remeh temeh jgn diperbesarkan.cikgu itu tugasnya mendidik bukan bibik di sekolah...he3....alamak terpanjang pulak komen,ampun cikgu....

Husna Lana said...

urghh semua nak salahkan cikgu. mungkin betul ada yang jadi cikgu sebab terpaksa dsb, n ada jugak yg jadi cikgu sambil lewa semata2 nak makan gaji yg stabil. tapi itu segelintir shj ! mcm mana pulak ngn manusia2 yg benar2 ikhlas jadi cikgu? turut dipersalahkan? sebelum nak salahkan cikgu, baik makayah check dulu anak sendiri. sebelum hantar anak2 g skolah, dah cukup ke didikan yg diberi. jangan lepas tgn n harap tugas cikgu je nak mendidik anak2. sebenarnya makayah la perlu didik anak2 dari kecik. sebab makayah la role model utk anak2, bukan cikgu ! iskk sori teremo. gua sedih sebab gua pun bakal cikgu T__T

fandi said...

Biasala mentaliti masyarakat anggap cikgu pergi sekolah sekadar ngajar lepas tu balik...mereka tak tau realitinya terlalu banyak tugas lain yang perlu dilakukan di sekolah sampai tak cukup masa terpaksa bawa balik ke rumah.Sebab tu pelajar yang betul2 kronik dan perlu beritahu ibubapa,barulah guru akan telefon.kadang-kadang guru akan bagi 'warning' supaya ibubapa nasihat anak-anak mereka sendiri untuk ubah kelakuan.Guru yang telefon itu memang guru yang bertanggungjawab.kalau ikutkan hati tak ambil kesah pun xapa,xrugi kat cikgu pun.Lagi pun kalau guru bagi kerja sekolah,ibubapalah sepatutnya pantau samaada anak-anak buat kerja sekolah atau tidak..xkan nak guru datang rumah check kerja sekolah kot...fikir2kanlah

Madam Pam said...

assalamualaikum
ala dik,walaupun akak br je jd cikgu, byk dah ragam murid2 yg akak jumpa, bukan setakat tu, ragam mak ayah pun banyak gak dah...yang penting, kita jd guru yg terbaik yer..br berkat duit gaji kita tu...jd darah daging tau...kalau nak jaga hati org, penat dik!!!

bedpet said...

em. taktau la nak kabo ape. tp kena ade peranan dari semua pihaklah. yg cikgu, kenalah didik anak murid tu betul2. jgn amik kesempatan. jgn amik mudah profesion ni. yg ibu bapa pulak, jgn asyik nak salahkan cikgu. kadang2 ape yg cikgu buat tu betul. anak murid pulak, kenalah pandai berfikir. jgn tau nak susahkan mak ayah & cikgu2.

Nobita Sensei said...

cikgu laki gatal sungguh sekarang ni. pantang nampak cikgu pompuan muda konfem naik miang. cikgu pompuang pulak sibuk jual barang. mana ada masa nak fokus mengajar.

Onitsuka_hana said...

saya sokong cikgu

wanacesh said...

yela mngkin btul jgk pa dia ckp ada jgk yang jadi cikgu ni sbb kerjanya selamat dari segi gaji n sabtu ahad bole cuti pulak,,bila niat x betul mengajar pon mls,,tpi bgi saya cikgu yg col mak dia tu mstilah seorang yang caring n walau dia ugut macam tu pun utuk kbaikan budak tu jgk,,apa2 pon ibu bapa la sbnany guru pertama n jika anak tu kuangajak,,so saper la guru pertamanya?

Cahaya Petunjuk Nuha said...

Kerjaya sebagai guru adalah kerjaya yg agak mencabar bg saya. Ini kerana mereka warga pendidik ini bertanggungjawab dlm mencorakkan masa depan pelajar selepas ibu bapa. Namun begitu, adalah tidak wajar utk menyalahkan 100% kesalahan pd guru.

Bg saya, article dari berita harian ini memang nampak sangat provokatif dan berat sebelah. Saya rasa kurang bersetuju bila cikgu dahulu dibandingkan dengan cikgu sekarang. Guru pun ada nafsu, guru juga manusia, bukannya bila professionnya guru, terus mereka bertukar jadi malaikat. Guru dahulu pun banyak juga yang mencabul murid tetapi tidak didedahkan kesnya sahaja dan kebanyakkan orang tidak pandai menggunakan medium spt akhbar untuk mengadu. Itu beza orang dahulu dan orang sekarang. (Tetapi disalah gunakan kebanyakannya).

Banyak yg ingin sy ulas lagi, tetapi cukuplah smpai disini.

*Saya sendiri tidak mampu menjadi guru, jadi kepada guru-guru diluar sana, tabik pada anda.

PS: I'm not saying don't believe in everything they saying, just don't go on thinking that the whole world tells the truth.

farrah hayati said...

banyak dengar 'susah jadi ckg skng'..bile ckg wat salah..masyarakat mula bising...dok bela nsb student..memang la xpatot ckg wat cam2 sebab dye pendidik..tapi ckg pown manusia..xlari dari wat salah..kte bkn nabi de sifat maksum...tp ble stdent pkul ckg e pe xde plak nk bela nsb ckg..

Post a Comment