Subscribe:

Pages

Friday, 11 February 2011

Renungan untuk kita...14 Februari...

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. ..
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....




klik untuk tengok berita..

29 comments:

::nuRuLaDHar:: said...

eyekkk! kejam! huhu

ruby zaizi said...

sedehnye tengok beby tu semua..kalau xnak jangan di bia die x bernyawa..ramai lagi orang lain yang nak anak..:(

KUREKURE COMEL said...

sgt sedeh.....xtau nk kata ape2...
sedarlah wahai pemuda dan pemudi islam....

Putri Zara Sofea said...

nauzubillah ~ semoga kita semua dijauhi dari perbuatan terkutuk Ya Allah... pelihara hati-hati kami dari maksiat.. jangan kau pesongkan kami setelah kau beri hidayah kepada kami Ya Allah.. sesungguhnya kau maha pengampun dosa-dosa besar...

~ Kak Azz ~ said...

Na'uzubillah..

Moga kita semua dilindungi Allah selalu... Aminnn...

Madam Pam said...

inilah dugaan akhir zaman...nyawa manusia dibuat main je..kalau laksana hudud, rasanya x jd kes2 mcm ni..

ctpayong said...

salam

ibu bukan sifat seorang ibu. seorang ibu tidak akan sanggup buang zuriatnya begitu. itulah sikap j****g dibelit nafsu.

itu bukan sifat seorang ibu.

ghost writer said...

cukup lar picca2 macam nih..dah tak larat nak tengok dah..sadis!

cunndaa said...

Nauzubillah

Miss Nurun said...

tanda akhir zaman~

~aYeeN & SuE~ said...

salam..
teruknya kn..t'sayat hati tgk bayi2 tu..:(

i am S!L4H.. said...

x smpai ati nk tgok bayi cmtu....

Mr Laici said...

kejam nya manusia zaman sekarang.. adekah dunia dah kembali spt dulu.. zaman jahiliah.. ermmm tq tn blog for the reminder for ourself


Entry Terbaru: Entry khas untuk blogers.. B.E yg ke-2

najah hijriah said...

xsampai hati tgok baby kecil yg xberdosa dibunuh dgn kejam!! manusia jennis ape la... minta dijauhkan kita semua perkara2 mcm ni...

Eyka said...

sedih la awk..yang allah nape la jadi cm ni?? huhuu...T.T

Bulan said...

nauzubillah..mintak jauh

Puteri Balqis said...

baby tidak berdosa....sedey tngok...

RuSh D said...

byk btol buang bayi...sadis btol,,,,

Fiza said...

mintak dijauhkan...

nadzirah aqilah said...

sedey.. x sanggup tgk gambar bayi tu sume.. huhuhu

misza said...

w'pun dah tenguk berulang kali tetap rasa sedih.

Scarlett O'Hara said...

Kerana 'ibu' itu tidak layak digelar ibu tetapi 'hantu'

M.a.s.u.r.i said...

sedih...semoga kita dijauhkan dari semua nie...amin...

NurSya said...

hmmmmm..xsmpai ati nk tgok gmba2 tu..hmmmm..smoge masih ade mnusia yg cintenye bukan berpaksikan nafsu semata-mata..:(

ruby bieha said...

sedih tgk bby2 itu

bila blog bercerita said...

mntk jauh niyh sume jdik pd driku yg srbe kekurangan niyh...nway, nice entry...mendalam mknenye...

Nurfarihanim said...

ya Allah. i was touched by this entry ;(

AnNa FaRHaNa said...

ya Allah..kesiannya...

nurul honey said...

teruk yang amat..dunia da akhir zaman..gejal macam ni banyak yg berlaku..kesian kat baby yg tak tau menahu..mak bapak yg buat salah, anak yg kena..nauzubillah..lindungilah kaum islam..~~

Post a Comment