Subscribe:

Pages

Friday, 31 December 2010

Balik ke UTHM ku sayang..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


cuti semester dah hampir habis..
tinggal 2 hari je lagi..
hari isnin dah start kelas..
tak sabar dah ni nak belajar..
semangat berkobar giler2..hahahaha..
esok pagi akan balik ke UTHM kat Parit Raja kat Batu Pahat kat Johor..
perasaan malas nak balik ada lagi ni..
bukan sebab nak cuti lagi..
tapi disebabkan malas nak drive time hujan ni..
sejuk duk dalam aircond..
mulut berasap macam duk kat negara mat saleh..hahaha..
doakan selamat sampai ye..
selamat malam semua.. 
 
 
*p/s : entri ni sama je nga kat 1st blog cikgu watching the wheels..cikgu copy dari sana..plagiat jugak ke kalau copy dari blog sendiri..hahahaha

Thursday, 30 December 2010

Kenali diri..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara...
kali ni cikgu nak bercakap mengenai kenali diri..
mesti ramai yang mengaku dah kenal sangat2 diri ini tapi sebenarnya tak kenal sangat pun kan...

Mengenali diri sendiri bukan sekadar mengetahui nama,alamat dan umur semata2..
 tetapi ianya perlu lebih dari itu...
bagi mengenali diri sendiri kita harus bersikap terbuka dimana kita perlu mengambil atau menerima setiap kritikan membina yang dilemparkan 
orang lain mahupun masyarakat kepada kita...
kita tidak dapat menilai diri kita dengan hanya melihat diri kita...

Ramai yg mengaku kenal dengan diri sendiri tapi kalau betul kenapa masih ada yang
sanggup menganiaya diri sendiri??? 
Selalunya penganiayaan disebabkan oleh masalah cinta dan emosi...
Kenapa kita mudah ambil keputusan terburu2 dlm mnyelesaikan 
sesuatu masalah yg kita cipta sendiri???
Mengapa kita abaikan pertimbangan sewajarnya jika kita betul2 mengenali diri sendiri?

jika kita berjaya mengenali diri sendiri,sesuatu yang hebat
pasti tercipta dan ia mungkin sesuatu yg diluar jangkaan...
manusia yang tak berupaya mengenali diri sendiri adalah manusia yang gagal...

Tuesday, 28 December 2010

Perjalanan kearah menjadi seorang pendidik..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
ringkasan perjalanan cikgu kearah menjadi seorang pendidik..


19 Ogos 1987 
cikgu dilahirkan di felda kerteh 2, dungun, terengganu darul iman..
anak ke 5 dari 9 orang adik beradik..
ada 4 kakak dan 4 adik lelaki..


Januari 1993
cikgu mendapat pendidikan formal untuk kali pertama..
cikgu masuk tabika kemas tahun ni..
masa tu ada 3 kelas biru,merah dan kuning..
cikgu masuk kelas kuning..


januari 1994 - disember 1999
cikgu masuk darjah 1..
darjah 1 kelas no 3..
darjah 2 - darjah 5 kelas no 1..
darjah 6 kelas no 2..
UPSR cikgu dapat 4A 1C..


januari 2000 - disember 2004
cikgu masuk tingkatan 1..
sekolah kat kampung je..
dari tingkatan 1 - tingkatan 5 cikgu kelas no 1..
kat sekolah cikgu dicop budak nakal oleh cikgu2..
PMR cikgu dapat 3A 4B 1C..
SPM cikgu dapat 3A 2B 4C 1D..


mei 2005
cikgu dapat masuk form 6 aliran sains kat SMKTIZ..
tapi cikgu sempat belajar sebulan je..
lepas tu cikgu berhenti sebab kena buang asrama..
cikgu dulu memang tersangat2 nakal..


jun 2005 - jun 2008
berhenti dari form 6 cikgu dapat masuk poli..
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang..
cikgu ambik diploma kejuruteraan mekanikal loji..
1st time masuk kelas cikgu dah dicop budak pembawa masalah oleh PA cikgu..
lepas 3 tahun cikgu graduated dengan result 3.75..

jun 2008 - jun 2009
lepas je abis diploma cikgu ditawarkan kerja di Hoya Electronic Malaysia Sdn Bhd di Kulim Hi Tech Park..
kalau nak tahu kilang tu buat apa boleh search kat google..
cikgu keje sebagai QC Technician je kat kilang jepun ni..
gaji masa tu takde la mahal sangat..
tiap2 bulan dapat +- RM1800 je..
berhenti sebab dapat sambung belajar..


jun 2009 - sekarang
cikgu dapat sambung belajar kat UTHM..
cikgu ambik ijazah sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional..
alhamdulillah sekarang ni berjalan dengan lancar..
sepanjang kat sini takde lagi lecturer cop ape2..hehehe..
cikgu dijangka tamatkan pengajian jun 2012..

setakat ni je perjalanan cikgu untuk menjadi cikgu..hehehe..
cerita ni tidak ditokok tambah..
sebab itu ianya tidak menarik..hehehe

Saturday, 25 December 2010

Patut ke tak??? Apa pendapat anda???

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


ada reader blog cikgu ni nak minta pendapat..
nama dia kasih tapi dia tak tinggalkan url..
tak dapat la cikgu nak jejak dia balik..
taoi takpe..ni cikgu wat entri untuk bagi pendapat persoalan kasih..

ni pendapat peribadi cikgu la..
orang lain punya pendapat mungkin bertentangan..

soalannya : 
patut ke seseorang yang tak minat menjadi cikgu tetapi memohon menjadi cikgu kerana melihat peluang sahaja..

pendapat cikgu : 
patut kalau kita mampu bersikap profesional..
minat ni boleh dipupuk..
dulu cikgu bukan minat sangat pun nak jadi cikgu..
sambung study pun sebab ingatkan jadi cikgu ni senang..
sekarang ni baru tahu jadi cikgu ni banyak dugaannya..
minat cikgu untuk jadi cikgu ada masa study kat UTHM ni la..
maknanya baru setahun lebih..
belajar untuk jadi cikgu dengan bakal2 cikgu yang lain secara tak langsung minat cikgu telah terpupuk..
kena pula masa handle kem untuk student2 sekolah..
sape2 yang tak minat jadi cikgu kalau dah 3tahun belajar untuk jadi cikgu lama2 akan jadi minat juga..
yang penting pandai sesuaikan diri dan jadi fleksibel..


ni pendapat cikgu je..
pendapat kawan2 yang lain camne..
nak juga tahu pendapat orang lain..


Thursday, 23 December 2010

Kemaafan (forgiveness)

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


kita sebagai umat islam harus la bermaafan..
kalau tak bermaafan kita akan ada musuh..
bila ada musuh mesti ada kebencian..
bila dah benci tu faham2 la apa yang akan berlaku..
memang susah untuk memaafkan seseorang terutama orang tu buat kesalahan yang serius..
tapi kemaafan tu kita lakukan untuk diri kita jugak..
cikgu nak minta maaf kat semua sekiranya ada salah dan silap..
dan cikgu maafkan semua..hehehe..


ni ada cerita yang di copy paste dari syok.org khas untuk korang..
baca sekiranya anda berminat..

(semoga kita menjadi orang yang pemaaf.....)

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si
Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik
transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang
tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci,
jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah
orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama
orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg
plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke
toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid
mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan
baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega karena penderitaan
mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya
membawa kentang2 tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk
tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun
menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan. Si Guru
berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila
kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan
kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru
hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)
kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya

Tuesday, 21 December 2010

Wajarkah bakal guru ditemuduga lagi selepas habis belajar..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
cikgu nak minta pendapat semua..
wajarkah bakal guru ditemuduga kali kedua selepas habis belajar..
sebelum belajar dah kena ambik ujian medsi dan temuduga..
dah lepas ujian medsi dan temuduga tu dah menunjukkan seseorang tu layak jadi cikgu..
kalau tak lepas memang tak layak la..
atau pun ujian medsi dan temuduga sebelum ini hanya la syarat untuk melanjutkan pelajaran..
tidakkah ianya menyusahkan bakal cikgu??
apa pendapat anda semua??

Saturday, 18 December 2010

Terdidik kerana tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
sedapkan makan tembikai..meleleh air liur..hehehe

Wednesday, 15 December 2010

Balik kampung..bercuti selama 2 minggu..

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..
esok cikgu akan balik kampung..
bercuti selama 2minggu..
nanti lepas 2minggu baru dapat online balik..
kat kampung takde internet la..
tapi nasib baik 2 minggu je..hehehe..
esok pagi dari batu pahat ke terengganu..
sape nak ikut..jom..hehe..
doakan cikgu selamat sampai ke destinasi ye..
selama cikgu takde ni sila2 la singgah lagi..
kasi up ckit traffic blog cikgu ni..
nanti cikgu dah balik sini cikgu singgah blog korang pulak..
sape2 yang follow tinggalkan link kat komen entri ni..
nanti cikgu follow balik..
cikgu balik kampung 2 minggu je..
kejap je tu..hehehe..
terima kasih banyak2 ye kawan2..
sayang kamu semua..
take care..

berjumpa lagi pada masa akan datang..

Tuesday, 14 December 2010

Kisah Orang Pertama


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..


copy paste from syok.org....

Monday, 13 December 2010

Biar ku menjadi lilin

 
biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
terangi sekeliling,
dengan diri terbakar tiada siapa yang sedar.

disaat kegelapan,
 rela aku berkorban,
demi satu harapan.

 biar masa berlari,
dan kau terus mendakai,
`aku tenang disini dangan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci.
 andai aku terjatuh,
terluka dan tersungkur,
kurawat biar sembuh.

aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan,
setiap pemberian,
demi satu ikatan.

keikhlasan dihati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua.

biarku mnejadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian,
saat kau kegelapan,
kurela menerengkan.
aku senang begini,
dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri.

Saturday, 11 December 2010

LIMA PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu: 

1. Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.

2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

5. Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.    

Tuesday, 7 December 2010

Motivasi dalam pengurusan industri..

oleh kerana cikgu akan menduduki exam pengurusan industri esok, cikgu nak bagi nota ni untuk semua..
juga untuk cikgu dalam proses ingat balik ape yang dah study..hehehe

apa itu motivasi??

motivasi ialah kesanggupan untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu matlamat berdasarkan kepada kebolehupayaan untuk memuaskan keperluan individu.

usaha disini merupakan pengukuran bagi dorongan atau kekuatan bagi individu untuk mencapai matlamat organisasi manakala keperluan pula dilihat sebagai ketetapan aliran yang boleh menyebabkan sesuatu hasil yang tercetus itu dapat menarik dan mengembirakan hati individu.

8 fakta dalam motivasi : 

1) upah yang berpatutan
2) kepuasan bekerja
3) pengiktirafan
4) penglibatan
5) skim galakan
6) status
7) suasana tempat kerja
8) jangkaan jaminan masa depan.

semua nota ni disalin oleh cikgu masa dalam kuliah subjek pengurusan industri.
sumbernya dari pensyarah yang mengajar subjek ni.
credit to my lecturer..

Sunday, 5 December 2010

Hijrah

Selamat menyambut Awal Muharam 1432 Hijrah kepada seluruh umat islam..
esok kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam...
ni ada sedikit bingkisan hijarah dari cikgu...
korang semua dah tahu pasal hijrah ni kan..
ni hanya untuk mengingatkan lagi..




Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.


Di dalam lipatan sejarah, Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat r.a. dari kota Mekah menuju ke Madinah al-Munawwarah. Sebelum hijrah besar-besaran ini, telah berlaku satu penghijrahan kecil melibatkan para sahabat r.a. dari Mekah ke Habsyah.



Hijrah ke Habsyah

Dua belas laki-laki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.


Hijrah ke Madinah

biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Hari Tarikh Nota
Hari 1
Khamis
26 Safar SH 1
(9 September 622)
Meninggalkan rumah di Mekah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah.
Hari 5
Isnin
1 Rabiulawal SH 1
(13 September 622)
Meninggalkan lingkungan di Mekkah. Perjalanan ke daerah Yatsrib.
Hari 12
Isnin
8 Rabiulawal SH 1
(20 September 622)
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Hari 16
Jumaat
12 Rabiulawal SH 1
(24 September 622)
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Hari 26
Monday
22 Rabiulawal SH 1
(4 October 622)
Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.

Hijrah Sekarang

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata:
Saya mendengar Rasulullah ? bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari ( I/9 – Fath ) dan Muslim (1907)


sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrah
            - http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=490

Saturday, 4 December 2010

baca dan sebarkan..



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased. 


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.' 


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Friday, 3 December 2010

-4 golongan lelaki yg menempah neraka...-

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-



" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..



Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YARABBALALAMIN;



apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan........

Thursday, 2 December 2010

Award..

cikgu ada dapat award dari cik bulan..
2 skali dapat..hehehe..
tapi blog cikgu ni macam takde la menarik sangat..
sepatutnya tak leh dapat lagi..
tapi cik bulan dah bagi cikgu pun sapu la..
tak kan nak biar je kan..hehehe..
thanks to cik bulan..
ni la awardnye..


nasib baik la xde soalan dah..
so tak payah susah2 nak jawab..hehehe

nak bagi award ni kat :

Wednesday, 1 December 2010

Guru Oh Guru


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


(1979,Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang )