Subscribe:

Pages

Sunday, 28 November 2010

SISTEM KAWALAN

1.0       PENGKELASAN DAN PENJENISAN

            Sistem kawalan masa kini banyak menjurus kepada Sistem Kawalan Automasi. Kemana saja kita pergi, kita dikelilingi oleh sistem ini contohnya di rumah, di jalan, di dalam kenderaan dan di bangunan-bangunan. Di industri pula, Sistem Kawalan Automasi ini sangat diperlukan kerana ianya dapat meningkatkan kualiti dan menambahkan produktiviti. Boleh dikatakan sistem kawalan automasi ini banyak mempengaruhi cara hidup masa depan.

1.1       KEPERLUAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI DI INDUSTRI
            Sistem Kawalan Automasi ialah sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan pertolongan insani yang minima atau tanpa insani dan mempunyai keupayaan untuk memulakan, melaras, bertindak memapar atau mengukur pembolehubah di dalam proses dan memberhentikan proses dalam usaha mendapatkan keluaran yang diperlukan.
         
Tujuan utama Sistem Kawalan Automasi digunakan di dalam industri adalah untuk meningkatkan produktiviti dari segi :-     
·          Meningkatkan kuantiti keluaran.
·          Memperbaiki kualiti keluaran.
·          Mengawal kos perbelanjaan.    


1.2       PENGKELASAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI
           
            Sistem Kawalan Automasi boleh dikelaskan kepada DUA (2) bahagian iaitu :

            1.2.1    Automasi Tetap (Fixed Automation / Hard-Wire Control)

                        Sistem kawalan ini direka untuk melakukan satu tugas yang khusus. Fungsi litar kawalannya  adalah tetap dan kekal. Kerja akan menjadi rumit jika kita ingin melakukan kerja lain selain dari tugas yang telah sedia ada pada sistem kawalan jenis ini.

            1.2.2    Automasi Boleh Aturcara / Automasi Bolehlentur
                        (Flexible Automation / Programmable Control System)

Automasi Boleh Aturcara atau Automasi Bolehlentur adalah sistem kawalan yang kompleks yang dapat melakukan berbagai tugas.
Fungsi litar kawalannya diaturcarakan oleh pengguna dan boleh diubahsuai. Apabila tugas yang perlu dilakukan oleh mesin bertukar, perubahan cuma perlu dilakukan dengan melakukan pengubahsuaian pada aturcara kawalan mesin tersebut.

1.3       PERBANDINGAN ANTARA AUTOMASI TETAP DENGAN AUTOMASI BOLEH ATURCARA



AUTOMASI
TETAP
AUTOMASI
BOLEH ATURCARA

Kegunaan

Khusus

Berbagai

Kemudahan membuat perubahan / penambahbaikan

Sukar

Mudah

Penyelenggaraan

Mudah

Sukar



Keupayaan
Bergantung kepada rekabentuk dan pembuatan

Sangat tinggi

Kelajuan

Laju

Perlahan

Kecekapan dari segi ekonomi
Sesuai untuk sistem yang kecil
Sesuai untuk semua jenis sistem


1.4              JENIS-JENIS SISTEM KAWALAN

            Terdapat  TIGA (3) jenis sistem kawalan yang berasaskan kepada sumber bekalan. Sistem-sistem tersebut adalah seperti berikut:

            i.          Sistem kawalan pneumatik.
ii.          Sistem kawalan hidraulik.
iii.         Sistem kawalan elektrik.
                       
1.5       SISTEM KAWALAN PNEUMATIK

Sistem kawalan pneumatik ialah satu sistem yang menggunakan udara yang di mampatkan untuk menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem pneumatik banyak di dapati dalam sistem perindustrian seperti industri makanan, petrokimia dan industri yang menggunakan robotik. Secara amnya sistem pneumatik memerlukan

i.                     Bekalan udara mampat
ii.                   Injap kawalan
iii.                  Tiub penghubung
iv.                 Pemindaharuh (Transducer)

Sistem kawalan pneumatik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.5a dan Rajah 1.5b.


                              
1.6       SISTEM KAWALAN HIDRAULIK

Sistem kawalan hidraulik ialah satu sistem yang menggunakan bendalir untuk  menghasilkan daya / tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem  hidraulik banyak di gunakan di dalam industri automobil seperti sistem kuasa, sistem brek, kren, jek kereta, satelit dan sebagainya. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak. Secara amnya sistem hidraulik memerlukan :

i.          Bekalan Bendalir Hidraulik
ii.          Injap kawalan
iii.         Silinder

Sistem kawalan hidraulik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.6a dan Rajah 1.6b.



1.7       SISTEM KAWALAN ELEKTRIK
Sistem Kawalan Elektrik ialah satu sistem kawalan yang menggunakan arus elektrik samada arus terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber bekalan. Secara amnya Sistem Kawalan Elektrik memerlukan:


 i.          Bekalan elektrik (AT) atau (AU)
 ii.         Elemen masukan (Suis, penderia, pemindaharuh, injap, komponen-  komponen elektronik dan sebagainya)
 iii.         Elemen keluaran ( Motor, lampu dan sebagainya)
 iv.         Kabel penyambung

Sistem Kawalan Elektrik ini boleh dikawal secara insani dan automatik. Sistem-sistem ini boleh diwakili oleh gambarajah blok asas pada Rajah 1.7a dan Rajah 1.7b.


1.8       PERBANDINGAN ANTARA SISTEM KAWALAN PNEUMATIK, SISTEM KAWALAN HIDRAULIK DAN SISTEM KAWALAN ELEKTRIK


1.8.1        Sistem kawalan pneumatik

·        Sistem pemasangannya mudah.
·        Rekabentuk sistemnya ringkas.
·        Menggunakan udara mampat sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.

1.8.2        Sistem kawalan hidraulik

·        Sistem pemasangannya rumit.
·        Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.
·        Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran.
                 
1.8.3        Sistem kawalan elektrik

·        Sistem yang mudah.
·        Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja.
·        Penggunaannya meluas.


sumber : modul e4800 (Programmable Logic Controller)

2 comments:

Polskahackrew said...

Programable logic control,..subject ni memeningkan kepala..huhu..

Anonymous said...

ko je yg lmbap...blaja main2...cmne nk masuk otak...

Post a Comment