Subscribe:

Pages

Tuesday, 30 November 2010

kenali diri..

- Percaya kata hati
Jika sukar untuk membuat keputusan, percayalah pada kata hati kerana
hati sememangnya tidak pernah berbohong.

- Kenal emosi dalam diri
Cuba kenal pasti tanda yang boleh menyebabkan emosi sering terganggu,
marah, kecewa atau curiga. Semakin banyak anda mengenali emosi,
semakin mudah anda mengawalnya.

- Bertanggungjawab
Bertanggungjawab terhadap diri sendiri adalah satu perkara yang perlu
ada dalam diri seseorang. Contohnya, melakukan perkara baik yang
mendatangkan manfaat kepada diri.

- Bersikap terbuka
Bersikap terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa mampu
mengubah diri menjadi remaja yang berjaya. Anda bukan saja mudah
bergaul tetapi mudah diterima orang sekeliling yang senang dengan
kehadiran anda.

- Bersikap jujur
Anda akan rasa bahagia sekiranya bersikap jujur dengan diri sendiri
dan orang lain. Anda tidak perlu menjadi hipokrit atau bermuka-muka,
sebaliknya jadilah diri sendiri walaupun dengan penampilan sederhana.

- Terima perubahan
Sikap mudah menerima dan menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan
pada diri dan sekeliling anda akan membuatkan pergaulan bersama kawan
bertambah rapat.

- Beri dorongan pada diri
Sokong dan dorong kata hati dan diri sendiri supaya hidup menjadi
lebih sempurna dan bahagia. Ia sekali gus membuatkan anda menjadi
seorang yang tidak membosankan.

- Kenali kekuatan dan batasan diri
Tonjolkan kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri anda. Ia bukan
bermakna anda seorang sombong atau meninggi diri tetapi sebenarnya
membantu anda menjadi lebih yakin.

- Kenali perkara disukai dan sebaliknya
Tahukah anda perkara yang disukai boleh mengembangkan minat dan
keinginan anda untuk menjadi yang terbaik, manakala perkara yang tidak
disukai boleh menyebabkan anda sering berasa tertekan. Jadi, kenal
pasti apa yang anda sukai dan jangan biarkan perkara yang tidak
disukai mengganggu ‘mood’ anda.

- Kembangkan kemampuan diri
Berdasarkan kepada kemampuan diri, anda seharusnya berusaha
mengembangkannya dan cuba hargai diri sendiri. Ia penting untuk
mencapai hidup bahagia.

No comments:

Post a Comment