Subscribe:

Pages

Sunday, 28 November 2010

BAHASA PENGATURCARAAN

Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang seperti  membina dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.

Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sesuatu aturcara PLC.

·          Mula
            Memulakan sesuatu operasi
         Mod Operasi
            Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga    
            kedudukan mula.
·          Keadaan Reset
           
Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di
            dalam aturcara.  

·          Operasi/Turutan Proses
           
Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas.
            ·          Isyarat Keluaran
                        Memicu peralatan keluaran.
·          Status Keluaran
            Memaparkan lampu penunjuk atau penggera.
·          Tamat
           Menghentikan operasi.

4.1       BAHASA-BAHASA PENGATURCARAAN

            Terdapat LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat antarabangsa iaitu :·          Rajah Tangga (Ladder Diagram)·          Senarai Arahan (Instruction List)·          Teks Struktur (Structured Text)·          Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)·          Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram)

           
4.1.1    Rajah Tangga (Ladder Diagram)
                        Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan rajah ( rujuk rajah 4.1.1 ). Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan sedia   buka   (   normally open – NO )   atau   penyuisan   sedia   tutup 
(  normally   closed      NC ) menerusi  laluan arus dan gelung elemen.
                        
 Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar secara berasingan.

4.1.2        Senarai Arahan (Instruction List)

Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks. Ianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator) dan kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang menggunakan bahasa senarai arahan.

                        LD                   A
                        AND                B
                                                ST                    C


            4.1.3    Teks Struktur (Structured Text)

Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang mengandungi ungkapan dan suruhan. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti berikut :

            Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C

4.1.4    Carta   Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)

Merupakan jenis bahasa grafik ( rujuk rajah 4.1.4 ). Elemen-elemennya terdiri daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang selari. Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan yang aktif atau tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur turutannya sendiri.



4.1.5    Rajah Fungsi Blok (Function Block Diagram)

Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam rajah   fungsi   ini   digambarkan   secara   grafik fungsi dan blok fungsi
                        ( rujuk rajah 4.1.5 ). Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan aliran isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian.

             
4.2       ASAS RAJAH TANGGA
            Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis mendatar ke  kanan yang dinamakan garis-garis arahan   (  instruction lines ).
 Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan (conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di sebelah kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga ditunjukkan seperti di Rajah 4.2.a di bawah.


          Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang dipanggil keadaan (conditions). Keadaan-keadaan ini terdiri daripada dua iaitu :
 
            i.  Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO )    (             )
           
            ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed – NC ) (           )
           
Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi setiap arahan. Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau OFF bergantung kepada status bit operasi yang telah ditentukan.

Keadaan normally open  adalah ON jika bit operasi adalah ON dan akan OFF jika bit operasi adalah OFF.
Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan akan OFF jika bit operasi adalah ON.



4.3       ISTILAH-ISTILAH ASAS

            4.3.1    Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions)

                        Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan. Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan Perlaksanaan. Rujuk Rajah 4.3.1.


                        Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) ON apabila X0 adalah ON, X1 adalah OFF dan X2 adalah ON.
           
            4.3.2    Bit Operasi (Operand Bits)

Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit dalam kawasan-kawasan ingatan ( memory ) IR, SR, HR, TC atau TR. Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga boleh ditentukan oleh bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ), pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-lain. Jadual 4.3.2
menunjukkan peta ingatan yang merujuk kepada PLC jenis OMRON –SYSMAC CQM1H.

                        Jadual 4.3.2 Jadual Ingatan PLC

KAWASAN DATA
BIT
FUNGSI


Kawasan IR

Kawasan
Input
IR00000 - IR01515

Digunakan sebagai bit masukan
Kawasan
Output
IR10000 – IR11515
Digunakan sebagai bit keluaran.
Kawasan
Kerja
IR21600 – IR21915
Bit ini tidak mempunyai fungsi yang. khusus. Boleh digunakan secara bebas dalam program.

Kawasan SR

SR24400 – SR25507

Bit ini melakukan fungsi yang tertentu seperti bendera (flags) dan bit kawalan.

Kawasan TR

TR 0 – TR 7

Bit ini digunakan untuk menyimpan secara sementara status ON / OFF pada cabang-cabang program

Kawasan HR

HR 0000 – HR 9915

Bit ni digunakan untuk menyimpan data dan mengekalkan status ON / OFF  bila kuasa dimatikan.

Kawasan Timer/Counter

TC 000 – TC 511

Nombor yang sama digunakan untuk timer dan counter. TC000 ke TC002 dgunakan utk. `interval timer’

                       
            4.3.3    Blok Logik ( Logic Blocks )

                        Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah ditentukan oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions) yang ada pada garisan arahan yang menghubungkan mereka. Sebarang kumpulan keadaan yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan logik dinamakan blok logik. Rujuk rajah 4.3.3.



4.3.4    Blok Arahan (  Instruction Block )

                        Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan yang terdapat di dalam satu blok . Blok itu diperolehi dengan melukis satu garis mendatar tanpa memotong garisan yang menegak dan sebaliknya. Rujuk rajah 4.3.3.

4.4       KOD MNEMONIK

Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan. Oleh itu Rajah Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik. Kod mnemonik memberikan maklumat yang sama seperti Rajah Tangga dan boleh ditaip secara terus pada Konsol Pengaturcaraan.
                                     
                                     Jadual 4.4 Contoh Kod Mnemonik

ALAMAT
ARAHAN
OPERASI / DATA
00000
LD
X0
00001
OR
X1
00002
AND
X3
00003
AND LD

00004
OUT
Y0
00005
TMY
00


K20
00006
CNT
002


#0010
00007
END




sumber : modul e4800 (Programmable Logic Controller)

No comments:

Post a Comment