Subscribe:

Pages

Tuesday, 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejehtera..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA BUMI YANG MENYAMBUT HARI RAYA INI..


Wednesday, 23 January 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang


Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih lagi dalam pembinaan.
Jambatan ini menghubungkan Batu kawan di Tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.

View dari Pantai Seagate..

Wednesday, 16 January 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com


“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia

nak tag sape sorg ni..no idea..hentam sajalah..

Tuesday, 15 January 2013

Hutan Lipur Sungai Sedim, Kedah

Sesejuk air di Sungai Sedim, sejuk lagi ais kacang..
Se'syok' makan ais kacang, syok lagi berendam di Sungai Sedim..


Wednesday, 12 September 2012

I Become A Trader

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Bila dah habis belajar, masa terluang pun banyak..dengan kerjanya yang tak dapat lagi..sepanjang menganggur ni ape je kerja yang dibuat..pagi bangun tido tu g makan..pastu ambik adik kat sekolah..pastu balik makan..malam pun makan..pastu tidur..online jangan cakap la..hampir 20 jam laptop sentiasa on..nasib baik tak meletup je laptop ni..guna seguna2nya..

Masa terluang ni kalau tak diisi dengan benda yang berfaedah amatlah rugi..dalam masa duk online tu terasa macam nak buat bisnes online..duk fikir2 bisnes apa yang nak dibuat tiba2 teringat kat mainan benda ni..memang takde pengalaman la main benda ni..cuma pernah tengok kawan je main masa kat UTHM dulu..apa lagi terus la search kat google..belajar cara nak main..tak sampai sehari belajar terus daftar dan masukkan modal..untuk permulaan ni hanya main dengan modal kecil dulu..letak modal yang minimun..bila keyakinan dah bertambah nanti baru la letak modal yang besar..baru boleh main dengan lot besar..sekarang ni masih lagi dalam mode percubaan..risiko rugi tetap ada tapi untuk main benda ni kena la berani mengambil risiko..bila rugi cuba lagi..belajar dari kesilapan..dan satu lagi jangan tamak..

Ni la mainan tu..Forex..kalau nak daftar dan bermain bersama-sama sila ke laman web instaforex..mana tahu nanti kita boleh bertukar2 signal dan pendapat..akhirnya saya sudah menjadi seorang trader forex..walaupun masih lagi tak sampai seminggu tapi boleh la untuk mengisi masa lapang..


Saturday, 8 September 2012

Bukit Tebuk Terowong Bersejarah

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..

Bukit Tebuk  cukup sinonim dengan penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk daerah Dungun pada suatu masa dahulu. Bukut Tebuk ini merupakan salah satu tempat yang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah di Dungun Terengganu. Bukit ini telah ditebuk untuk dibuat terowong laluan kereta api pada suatu masa dahulu. Sebab itulah ianya dikenali sebagai Terowong Bukit Tebuk. Lokasinya terletak di Kampung Nibong Kubur.

Terowong Bukit Tebuk pada suatu ketika dahulu (Sumber : Google)

Terowong Bukit Tebuk ini dibina pada tahun 1935 dan siap pada tahun 1936 dan digunakan sebagai laluan kereta api mengangkut bijih besi dan pelombong dari Bukit Besi ke pelabuhan Sura Gate yang terletak di Pantai Teluk Lipat. Laluan kereta api ini telah dihentikan operasinya sekitar tahun 1970an selepas lombing bijih besi di Bukit Besi ditutup. Namun terowong ini masih digunakan lagi pada maa sekarang cuma fungsinya sahaja yang telah berbeza. Penduduk sekitar menjadikan terowong ini sebagai laluan alternatif untuk ke jalan utama Kuantan - Kuala Terengganu bagi mengelak kesibukkan di pusat bandar dan juga laluan penduduk untuk ke Bandar Dungun.

Tinjauan penulis pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas mendapati salah satu tempat yang telah diwartakan sebagai tempat bersejarah di Terengganu ini bagaikan terabai tanpa penjagaan dengan sampah sarap yang dibuang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Kawasan bersejarah ini perlulah dijaga kerana Terowong Bukit Tebuk inilah satu-satunya terowong yang menjadi laluan kereta api yang mengangkut bijih besi dan pelombong pada suatu ketika dahulu dan masih kekal hingga kehari ini walaupun lombong bijih besi sudah lama ditutup.

Penulis bergambar kenangan di Bukit Tebuk

Rakan penulis yang ketika itu turut bersama penulis melawat kawasan ini juga melahirkan pendapat yang sama. Beliau yang juga merupakan seorang pelancong dari Selangor amat teruja apabila melawat kawasan ini. Beliau yang telah beberapa kali melancong ke Terengganu namun baru mengetahui wujudnya Bukit Tebuk ini terus membuat keputusan untuk melawat kawasan ini dan ternyata kawasan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

Bukit Tebuk sekarang dalam mode hitam putih

Masih ramai yang tidak menyedari kewujudan tempat bersejarah ini. Tidak terkejut sekiranya penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk daerah Dungun sendiri tidak mengetahui sejarah Bukit Tebuk ini. Oleh itu pihak berkenaan perlu menggiatkan lagi promosi supaya Bukit Tebuk ini dikenali dan dikunjungi ramai terutama pencinta sejarah.


(Oleh : Mohd Firdaus Bin A Wahab 8/9/2012)

Wednesday, 1 August 2012

Tawaran Kemasukan ke Program Sarjana / Doktor Falsafah UTHM

Assalamualaikum w.b.t. pembuka bicara..


Alhamdulillah dapat tawaran sambung belajar ke peringkat sarjana / PHD di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat Johor..perasaan sekarang berbelah bahagi..rasa macam nak sambung terus je ni..memandangkan posting yang tak tahu bila ni baik sambung terus je..bukan posting je, interview pun tak tahu bila..bila la nak dapat jadi cikgu ni..kalau boleh nak dapat gelaran doktor dalam masa yang masih muda..hehe..tapi bila fikir2 balik rasa macam malas la pulak nak sambung..nak kena rehatkan otak yang masih belum rehat sepenuhnya..lagi pun tahun depan plan nak kahwin..kena cari kerja lain dulu la sementara nak tunggu posting ni..apa2 pun lepas raya ni baru buat keputusan nak sambung ke tidak..raya nanti jemput2 datang rumah ye..selamat berpuasa..